Skip to main content

Need For Speed : Hot Pursuit Race Gameplay

Kali ini aku nak cerita tentang game racing terbaru keluaran EA iaitu Need For Speed, NFS. Aku dah cuba hampir semua versi NFS, tapi yang terbaru ini memang menarik minat aku selepas jatuh hati pada NFS : Shift. Apa yang membuat game ini menarik?

Kelebihan Game Need For Speed Hot Pursuit :

  • semestinya grafik, ini antara kriteria utama pemilihan game
  • movement kereta yang tak terlalu realistik. So element of fun is still there.
  • sound fx yang memang meremang bulu roma jika guna 5.1 speaker walaupun aku hanya ade 2.1 speaker je
  • pemilihan kereta yang pelbagai, semua kereta tak pernah aku lihat apalagi memandunya
  • effect kemalangan yang seronok ditonton

Itu antara apa yang menarik tentang NFS versi kali ini. Grafik dia memang cantiklah. Tapi berbeza dengan game keluaran Codemaster. Walaupun movement kereta tak berapa realistik, tapi inilah yang membuat game ini besh. Sebab kalau terlalu realistik kita akan cepat bosan, rasa cam bawak kereta betul. Walaubagaimanapun, bergantung pada minat masing-masing. Sound dia memang syok! Bunyi kereta, bunyi polis merepek, bunyi crash. Kalau guna speaker 5.1 memang bergegar badan. Bagi yang dah biasa dengan NFS, mesti korang perasan yang NFS punya pemilihan kereta memang macam-macam. Sampai satu tahap kita tak pernah guna pun kereta tuh. Samalah juga dengan NFS versi terbaru ini. Kemalangan memang akan berlaku. Tapi dalam NFS ni accident masih boleh diterima kesannya. Walaupun kita accident dalam kelajuan yang tinggi, kereta tak rosak sepenuhnya. Berbeza dengan GRID yang jika kita langgar dalam kelajuan tinggi, kereta memang berkecai, siap ada detail G-Force lagik.

Seriously bagi sesiapa yang minat game lumba kereta, memang berbaloi dapatkan game ni. Apa yang kurang aku rasa dengan game ni ialah takde free roaming. Kita tak boleh nak jalan-jalan menayang kereta macam game Burnout Paradise : The Ultimate Box. Jemputlah tonton gameplay yang aku sediakan di bawah ini.

eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

3 thoughts on “Need For Speed : Hot Pursuit Race Gameplay

Leave a Reply