Nickname : Asal Usul Eastbullet

Ramai jugak kawan-kawan aku yg bertanya…
“naim,kenapa ko suke gune name eastbullet??”

Biasa aku akan jawab..
“ala,aku selalu gune dalam game online la..”

Sebenarnya asal usul nama eastbullet ini datang dari seorang kawan aku time kat sekolah dulu. Wanita semestinya. aku ni time sekolah suke sakat-menyakat. Sekarang pun masih suka juga. aku suka amek kertas orang, baca buku-buku diorang. Buku yg pelik-pelik la. So ada la seorang insan ni, aku amek kertas atas meja dia. Ada nampak perkataan “silver bullet”..

aku tanya dia..
“weyh,silver bullet ni ape..??”
Dia jawab..
“ade la.. cari dalam kamus”

Sungguh bagus jawapan seperti ini. Amat aku gemari nya. Dari situ aku terfikir. waa… Cam sedap je name ni. Jadi pada hari-hari seterusnya, aku register la satu game online ni. LastChaosMalaysia… (dah tutup kot game ni..bengong tul..!! bazer duit aku je…). So aku teringat la nickname silverbullet tu. ingt nak gune je trus. Tapi kang,cam takde istimewa plak. So disebabkan aku orang timur. aku tukar la silver kepada east. Jadila “eastbullet”. Kalau nak diikutkan dari nama sebenar aku. Mana ada east langsung. Apatah lagi Iskandar. Sekarang ni, mostly apa-apa benda dalam dunia maya, aku akan register sebagai eastbullet. So kalo ade terjumpa nama eastbullet, mungkin kah itu aku..?? aku dah cube google nama eastbullet. Hasilnya memang memberangsangkan. Tak banyak atau boleh kata tiada orang gune nama eastbullet lagi. Dalam google carian “eastbullet”,no 1 tu pun memang aku.

Apakah nickname anda?? dan asal usulnya..?? kongsi2 la ok…

One thought on “Nickname : Asal Usul Eastbullet

  1. Online gamer jugak..mari jemput ke my blog boleh share pandangan tentang gaming sbb aku built blog yang kemungkinan 60% orang asia akan baca, cuma buat masa sekarang aku 1 pun xde follower biasa laa bru buat je.. aku pun tertanya kat mana aku nak promote supaya orang senang nak jumpa blog aku ni

Leave a Reply