Skip to main content

Tayar Pancit, Kasut Sukan dan LAN Party

Lama benor tak menulis dalam blog nih. Macam-macam betul perkara nak kene aku settlekan. Memang merata-ratalah aku merayap menaiki Modenas GT128 aku tuh. Nak pergi cari kasut sukanlah, pergi beli OS lah, beli bitdefender antivirus lagik. Ada satu malam time aku nak keluar pergi beli CD, aku bawak moto separuh jalan. Tiba-tiba rasa berat je. Turun motor tengok tayar. Cis! Takde angin. Kalau kurang angin ok lagi, ini takde angin langsung! Pagi esoknya aku menolaklah motor ke bengkel. Beratnya tak terkatalah. Dengan minyak full-tank pulak. Aku pun satu otak tak jalan, ade ke aku just tolak je motor tu tak start engine. Patutnya startlah engine dan masuk gear dua. Pulas sikit-sikit. Kuranglah beban nak tolak motor tuh. Bila sampai kat bengkel, terus tukar tiub tayar. Ingat nak tukar tubeless terus, tapi sayang tayar masih berbunga mekar. Bila dibukanya tube tuh, fuh! panjang betul besi mencucuk tayar aku ni. Memang dam* giler jalan kat KL ni. Terbang RM10 aku. Boleh claim kat DBKL ke hah?

Pencarian kasut sukan aku masih belum berakhir. Aku masih keliru nak beli kasut FUTSAL atau kasut JOGGING. Nak beli dua-dua kang, banyak duit terbang. Satu kasut dah dalam RM100++. Kalau beli kasut futsal, boleh jugak dibawa jogging. Tapi kaki sakitlah. Kalau kasut jog, memang for sure takley bawak main futsal punya. Tapi aku lebih banyak jog dari main futsal. Mana lebih berbaloi? Beli kasut yang dwi guna atau kasut selalu guna?

Hujung minggu ni pulak ada event besar bekas kolej aku, MEFeK 2011. Kalau nak diikutkan aku dan rakan-rakan akan manage program LAN PARTY. Tapi aku tak dapat nak join. Apa yang aku boleh bantu ialah menyediakan PC aku yang tak seberapa ni untuk digunakan ketika program. So, sebelum nak menghadapi event besar ni, aku kenelah memformat balik PC aku yang dah teruk diserang virus nih. Sekarang ni pun aku masih guna antivirus trial version, Bitdefender. Aku masih tak jumpa kedai yang jual bitdefender nih. Korang ada kawan-kawan yang jual tak?

mefek lan party pes

Tamat sudah cerita hidup aku yang bercelaru dan amat simple dalam beberapa hari ini. Harap dapat settlekan semua masalah dengan segera!

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi – 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

One thought to “Tayar Pancit, Kasut Sukan dan LAN Party”

Leave a Reply