Skip to main content
basikal vs motorsikal

Basikal Yang Nilainya Lebih Tinggi Dari Modenas GT128

Basikal boleh dikatakan pengangkutan yang semakin dilupakan. Kegunaannya di Kuala Lumpur terutamanya sudah tidak praktikal. Dengan kesesakkan jalan raya, kes kecurian, jalan raya yang macam permukaan bulan. Tapi dalam bandar besar lain seperti di Jepun, basikal masih lagi kenderaan utama. Lebih GREEN la katakan. Oleh itu, dalam entri ini aku kongsikan basikal yang nilainya lebih tinggi dari Modenas GT128. Kenapa perlu nama Modenas GT128 digunakan,bukan Yamaha LC135 atau Honda Wave? Ini kerana aku merupakan pengguna setia Modenas GT128 walaupun ada terfikir nak beralih arah di masa hadapan.

Cerita disebalik kenapa tiba-tiba aku buat entri pasal basikal ini adalah disebabkan abang aku yang tiba-tiba nak beli basikal pulak. Tak tahulah dia terpengaruh dari LTDL 2011 yang lepas kot. Punyalah semangat abang aku cari basikal di internet. Ditambah pula basikal yang abang aku minat bukan basikal biasa tu, tapi basikal Jepun. Ala-ala masa zaman Jepun tu, tapi ini basikal Jepun yang moden. Harga memang mahal dibandingkan dengan basikal biasa. Dalam RM600 macam tu. Tapi bukan basikal itu yang dijadikan tumpuan dalam entri ini. Basikal yang dimaksudkan ialah basikal keluaran Black Sheep.

Tak pastilah Black Sheep Bikes ni company dari mana, tapi rasanya US. Basikal diorang memang tip top! Harga dia mengalahkan harga Modenas GT128. Frame basikal sahaja pun sudah berharga $3400! US dolar tu, kalau Ringgit Malaysia dalam RM10000++. Boleh beli dua buah Modenas GT128. Kat bawah ini aku listkan salah satu jenis basikal beserta harganya sekali :

basikal black sheep

Basikal The Speedster

Unbelievable ti bends, Twin top tubes, lonestar bar,  media blasted faux lugs and word mark, Sheep and Speedster badges. Beauty.

  • Speedster frame $3400
  • Jen Green badges $200 ($100 each)
  • Lonestar Scorcher bar $375
  • >Media Blasted Detailing $75

Dilihatkan pada rangka basikal ini, aku pun teringin nak menunggangnya. Body titanium tuh. Basikal seterusnya pula, basikal yang berharga $5500 ataupun RM17000++! Ini dinamakan basikal “fixed gear”. Basikal ini tiada brek kerana ia bergerak dan berhenti ikut kayuhan. If kita kayuh, basikal bergerak. Kita berhenti kayuh, basikal terus berhenti. Maknanya kalau nak turun bukit, pandai-pandailah kawal kayuhan tu.

basikal fixie

aku ingatkan motosikal je ada break disc, rupanya basikal pun ada. Fuh!!

basikal fixie

Kalau aku diberi RM20 000 pun, aku takkan beli basikal ni. Baik simpan duit sikit lagi, beli Kawasaki ER-6n.

Sumber : blacksheepbikes , bikerumor

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi – 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

4 thoughts to “Basikal Yang Nilainya Lebih Tinggi Dari Modenas GT128”

Leave a Reply