Skip to main content

Lagu Sempena Hari Kekasih Dari Aku Untuk Kamu

Bersempena Hari Kekasih atau lebih terkenal dengan nama Valentine’s Day ni, biasanya ramai blogger akan berkongsi tentang keburukan valentine’s day, sejarah valentine’s day, hukum menyambut valentine’s day, dan salah satunya anda boleh baca tentang hukum orang Islam menyambut perayaan hari kekasih atau valentine’s day dari murkiester atau kempen katakan tidak pada hari Valentine oleh Furdunesia ini. Tapi EB akan kongsikan perkara yang berbeza. EB menyediakan satu lagu khas sempena valentine’s day atau hari kekasih ni. Lagu ini memang EB nyanyikan sendiri khas untuk anda pembaca. Enjoy!

Album : Tiada Lagi Kasih
In-Team

Rasa cinta

Adalah satu anugerah Tuhan pada hambaNya

Dan kerananya manusia sanggup apa saja

Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta

Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa

Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta

Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai

Mungkinkah si dia kan tetap setia

Setelah kau serah jiwa dan ragamu

Mungkinkah kau pastikan tidak kan dihancurkan

Jika kau mencintai bunga

Sedarlah engkau bunga itu akan layu

Jika kau cintakan manusia

Sedarlah suatu hari dia akan pergi

Jika kau mencintai harta

Harta itu nanti kau akan tinggalkan

Jika kau mencintai Ilahi

Hanya Dia yang akan kekal abadi

Cintailah Ilahi

eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

13 thoughts on “Lagu Sempena Hari Kekasih Dari Aku Untuk Kamu

  1. Walaupun kita rasa kita jahat, sedikit sebanyak kita kena usahakan amar makruf nahi munkar. mudah2an kita pun akan jadi lebih baik dari sebelum ini…

    mari teruskan kempen!

Leave a Reply