[Review] Pengalaman Bersama Modenas GT128

Modenas atau hasil singkatan dari Motosikal Dan Enjin Nasional memang satu nama yang tak asing lagi dalam dunia permotoran Malaysia. Walaupun dibayangi oleh pengeluar motosikal jenama luar seperti Yamaha dan Honda, Modenas masih lagi mempunyai peminat setia yang tersendiri. Antara salah seorang peminat setia Modenas ialah EB sendiri. Sepanjang penubuhan Modenas dari tahun 1996, pelbagai jenis motosikal dan skuter dipasarkan oleh pihak Modenas. Antara nama motosikal dan skuter yang telah dipasarkan oleh Modenas ialah Kriss, Dinamik, Xcite, Karisma, Passion, Elegan, CT 110/100 , GT128. Selain itu, Modenas juga menjalinkan kerjasama dengan pihak Kawasaki Heavy Industries dalam pembuatan motosikal.

modenas gt128

Dalam kesemua motosikal yang ada di pasaran, EB memilih Modenas GT128 sebagai motosikal moped yang pertama. Pada mulanya memang agak ragu-ragu dengan motosikal Modenas GT128 ni dari pembacaan di internet dan pendapat orang ramai. Ramai yang menyatakan Modenas GT128 ini tidak bagus dan lebih baik membeli Yamaha LC135. Sedangkan ayah EB sendiri menyarankan untuk membeli motosikal keluaran Yamaha atau Honda. Walaubagaimanapun, EB tetap berkeras untuk membeli Modenas GT128. Salah satu faktornya ialah Modenas GT128 ialah barangan buatan Malaysia.

Selama hampir setahun EB menggunakan Modenas GT128, memang berpuas hati. Berbaloi dengan harganya yang kurang dari RM5500.

Kelebihan Modenas GT128 :

  • Body yang berat meningkatkan kestabilan
  • Design yang memikat pandangan
  • Brek yang mencengkam. Bawak laju tak risau sangat dengan adanya disc break depan dan belakang
  • Keselesaan ketika mengambil selekoh
  • Boleh melalui becak atau air bertakung dengan kadar bersesuaian
  • Rim sukan atau Sport Rim terus dari kilang
  • Meter digital yang menunjukkan Gear, Odometer, Trip Meter, Jam, Minyak
  • Penjimatan minyak. Tetapi bergantung dengan cara penunggangan
  • Meter RPM


Kekurangan atau Masalah Modenas GT128 : (ini masalah dalam Modenas GT128 yang lama, tak pasti dengan Modenas GT128 FL)

  • Motor agak bergegar. Lebih memberi kesan kepada penumpang di belakang
  • Meter minyak digital yang kurang tepat
  • Seat penumpang agak keras
  • Pagi-pagi atau ketika motor tidak digunakan dalam 10jam, motor susah nak start. Tapi digalakkan menggunakan “choke”
  • Bahaya ketika hujan kerana tayar agak tergelongsor dengan brek yang kuat


Kepuasan menunggang Modenas GT128 memang menakjubkan. Walaupun tidak sepantas Yamaha LC135, tetapi keselamatan dan keselesaan penunggang memang EB rasakan.

sumber : modenas

p/s : semalam tayar pancit di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Penat menolak motor dan terpaksa keluarkan duit RM75 untuk tukar tayar baru kepada tubeless. Lupa nak cerita, Modenas GT128 lama tayar tiub, tapi yang baru tubeless.

share-it

22 thoughts on “[Review] Pengalaman Bersama Modenas GT128

    • bukan apa, tayar asal masih elok dan bunga pun segar bugar. so, nak kene tunggu tayar betol punah baru tukar.. semalam pun tayar dah koyak sebab still bedal even angin dah kurang..

  1. aku pun pakai tubeless yang baru nih ,kalau bocor .. boleh tahan lama sikit, lagi2 kat highway, bahaya gak tuh, silap haribulan boleh tergelincir kalau licin jalan… motor bese2 jer aku nie…

  2. uih…mcm best je…aku tgh kira2 nk bli motor nih…sblum ni pakai honda wave…keciwa, kuat makan minyak sedangkan performance kureng…

    gt128 ni utk long distance ok tak?..

    p/s : dulu aku pakai tiub, 2-3 minggu sekali mesti bocor…tayar sebulan lebih je dah kena tukar….sekarang pakai tubeless dah dekat setahun, tayar ok lagi, bunga macam tak kurang2…haha

    • motor Modenas GT128 ni kalau tak modi apa2, memang jimat jugaklah minyak. untuk long distance, memang selesa. untuk single la, kalau naik double, orang belakang mungkin tak selesa.

      tayar tiub gt128 aku tuh dah tahan hampir setahun, sebab kene besi haritu terus spoil. tayar yang aku baru pasang ni macam goyang je, esok kene pergi bengkel balik..

    • CT target pasaran pada golongan penunggang jarak dekat, maknanya pergi sekolah ke, pergi masjid.. so design pun sempoi-sempoi ayu je la.. lagipun better amek CT dari EX5 yang design outdated giler…

  3. salam, sy pun baru jgk nak cari moto..dlu pakai tzm(rempit). skang nak carik utk pegi balik kerja, jln2 petang bwk anak & pi masjid (dah insaf)..so antara gt128 ni dgn LC fuel consumption minyak tu agak2 kalau sustain speed 110-120kmj tu mana lebih selesa and jimat. sebab sy ni mmg kategori aggresif jgk..

    • kalau nak compare dengan LC rasanya kedua-dua motor ni dalam kelas tersendiri… Tapi kalau mengikut dari pemerhatian kasar saya, LC lebih bagus dari segi fuel consumption sebab dia lebih ringan, plus nak capai speed 110km/j bagi LC amat mudah. Tapi bagi Modenas GT128 ni lebih selesa dan selamat.. Nak cakap tentang speed, memang Yamaha ternyata lebih bagus. Lebih2 lagi di litar.. Cuma saya rasa Modenas GT128 lebih sesuai untuk orang berkeluarga sebab kita tak terdorong nak bawak laju sangat dan bila ambil selekoh kita rasa dapat rasa berat motor. Tak macam LC bila selekoh rasa macam bawak badan je.. ( mengikut pengalaman sendiri menungga LC versi lama)..

      Namun pilihan terakhir terletak pada saudara.. Keselesaan atau Kelajuan…

      • Thank Q EB, lama sangat xbawak motor, sesekali nk menekan jgk nk try moto besar xbest xda kaki, nk joint club kng tinggal anak bini plak kat rumah. kalau mcm tu LC lar yg sesuai.berat 65 tinggi 170, rasa2 ok lg.tp erm…gt pun best jgk..adoyaiii…

  4. saya sokong kalau nak beli lc 135, saya juga sokong kalau nak beli gt128, kerana masing2 ada kelas sendiri, saya menggunakan motor gt128fl untuk kegunaan harian saya, pergi kerja singapore ulang alik jb, selamber je potong motor kelas 125cc ke bawah (tengok gak motor ape?), tapi lc payah lah sikit, long distance pada saya sangat selesa, kerana berat dan seat nye sangat tebal, pasal saya sendiri berat 100kg, jadi bahagian punggung tidak rasa stress, gegar tu memang ada, tapi yang pasti rajin2 tukar minyak hitam dan jaga rantai motor, aporked cepat jahanam kalau tak berjaga, tapi yang penting untuk orang yang macam saya ialah penjimatan, saya rasa motor ni dah terlalu lengkap kalau nak dibandingkan dengan harga, dalam RM5200, dah dapat brek disk depan belakang (lc135 brek belakang tak pakai brekdisk), tiubless depan belakang dengan sport rims, lampu plak ada 2 mentol, kalau 1 terbakar ada satu lagi (lc 1 mentol aje, kalau mati sah2 kene saman kat check point singapore), dan yang penting jimat tapi laju, mengikut kesesuaian pembawa, dan sekarang ni pun, barang2 untuk modified pun dah berlambak, jadi boleh lah upgrade motor tu (silap2 boleh follow lc135 standart or yang dah bikin) apa pun tepuk dada tanya selera or jadi macam saya, tepuk poket tengok duit, hahaha, sekian comment dari saya….

  5. Assalam…
    Saya sebenarnya tgh mencari-cari ilham. Sekarang ni pakai GT128 color hijau. Masih standard lagi sampai sekarang. Dah guna moto ni masuk 26 bulan. Setiap model ada kelebihan dan kekurangan. Nak kelebihan tu.. kena la terima kekurangan dia.
    Pada saya GT128 ni ok la. Minyak pon jimat. Berat tu mmg tak nafikan la. Nak compare dgn LC mmg beza sbb LC tu 4 valve & GT128 2 valve. Pinkup mmg lebih pada LC la.
    But one thing I like about GT128, demand pencuri tu mmg kurang and road block tu mmg takde la nak kena tahan… jalan jer. Polis pon malas nak tgk. Kalau yamaha dgn honda kena road block… ketepi la dulu. Standard ke tak… cite kat tepi.
    Pengalaman saya dgn GT128 ni… saya byk kali tertinggal kunci kalau parking kat KL. Gi meeting bukan sekejap. Atleast 1 jam. Lepas meeting je turun bawah tgk kunci ada kat handle. Well… mmg kata nasib la kan. Kunci tambahan plak mmg tak pernah guna. Masa memula pakai dulu je pasang padlock… lepas tu mmg tak pernah pasang. Cuma lock handle je. Alhamdulillah… mmg org kata pencuri tak berapa berminat la. LC, 125Z or Lagenda kalau pakai padlock pun org ambik jugak.
    Long distance kalau compare bawak Honda Wave dulu, mmg lebih comfortable. Kerja saya selalu jumpa client meeting area KL, Cheras, Damansara, LCCT, Cyberjaya, Bukit Beruntung, Klang, Shah Alam, Port Klang, Banting. Dgn moto ni la pusing. Mmg tahan la.
    Sekarang ni lepas 2 tahun usia moto, problem dah start masuk. Bateri tak leh charge. Tukar bateri pun tak settle gak. GT128 ni kalau bateri ada problem, kena settlekan sbb karburetor tu perlu bateri. Tuning jadi tak stabil. Bila bawak slow time nak berenti je moto mati. Meter digital tu jgn cite la… meter jadi sangkut tak leh turun kosong. Ada sesiapa boleh bagi cadangan utk settlekan masalah ni? Ke masalah dgn CDI? Nak mintak la kekawan cni bagi cadangan yg memberangsangkan. TQ

  6. SALAM….Saya dah pakai GT nie dah 3 thn…baru2 nie…motor meragam….sempot..terutama bila naik bukit (tak begitu curam)..speeding 130km/j….motor ni drop sehingga 40 ke 60 km/j…so setakat nie apa formen buat …check wiring dan service carburator ….so ada ok sikit lah….kenkawan ada ideal tentang permasalahan camnie…

  7. salam…saya nak beli gt 128 atau honda future 128.nak tnya pendapat korang la.aku pergi kedai.mekanik cakap modenas 128 nie ada masalah btol ke?

    • berdasarkan pengalaman, orang kedai jarang nak promote motor modenas sebab harga murah, so diorang tak untung banyak. So diorang akan cuba desak kita untuk beli motor lain. apa2 pun jangan ikut sangat cakap orang, cuba la cari kawan2 yang ada motor GT 128, test ride dulu .Kalau rasa selesa, boleh la beli.. Motor Modenas GT128 yang besh dari segi keselesaan dia. Seat besar..

  8. salam..nak tanya kwan2 GT128…apasal motor GT lampu batery bkelip..sy dah 3 kali tkar batery..hri ni tkar coil api..bwa jap lampu batery bklip lg.pning nak bwa g modenas servis jauh sgt..tlong2..

  9. Salam semua..nak.tanya..sy.baru.pakai gt second..tp.ada.masalah.sikit.pagi2 susah start..bila dh start kene ram2..klu tak konfem mati..kene ram kt 5 minit jugak..pastu bwk bila bhenti trafic light motor mati..tk sempat drop gear..carb dah servis jd sama jugak….mntk.tlg.sgt2 sapa ada cara.utk repair balik.kasi motor snang start..tk yah ram2 dan.takkan mati time bhenti…tlg tlg tlg..

    • hi bro.. dari pengamalaman dan pembacaan, sye rasa memang GT ni agak susah nak start kalau enjin sejuk. Kene naikkan choke bawah handle tuh.. dan kalau mati time berhenti tu saya rasa kene naikkan timing sikit…

      • lg satu nak tnye..klu buang tps system ni boleh ke?ada apa effect tak?nak masuk carb biasa je..agak2 masalah enjin lambat panas ni boleh settle ke?tk.tahan la nk kene panas enjin kt 10 minit baru bleh jalan..klu tk.mati2 kt trafik ligt

  10. Tuan yg dihormati,sy tlh menggunakan motor gt ni lebih kurang 2 tahun.masalah yg slalu sy hadapi ialah bila nak tukar spoket dgn rantai.setakat ni sy guns spoket yg paling elok.masalahnya jangka hayat rantai tidal setahan spoket.seminggu skli sy gunakn pelincir rantai bellray.siapa Ada cadangan rantai APA yg patut sy guns Dan dimana boleh beli?..tqvm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>