Skip to main content
test drive unlimited 2 game

Test Drive Unlimited 2 (TDU2) Gameplay Review

Test Drive Unlimited 2 (TDU2) ialah sebuah game car racing yang dibangunkan oleh pihak Eden Games dan diterbitkan oleh pihak Atari. Dua nama besar dalam dunia game lumba kereta selain dari EA dan Codemaster. Test Drive Unlimited 2 ini adalah game kesinambungan dari Test Drive Unlimited. Mungkin sudah banyak review tentang Test Drive Unlimited 2 (TDU2) di laman lain yang berbeza dengan apa yang EB tulis. Semua yang ditulis berdasarkan pendapat dan pengalaman sendiri.

TDU2 ini dipecahkan kepada 3 cara pemanduan/jenis kereta, off-road, asphalt, classic car. Kategori paling EB suka ialah Asphalt kerana adanya kereta-kereta yang spoty dan classy. Oklah, di bawah ini EB ceritakan serba sedikit tentang TDU2 ini dari segi kawalan kereta, graphic environment, sound fx, dan perkara berkaitan.

Kawalan Kereta / Handling

  • dalam TDU2 ini, tidak terlalu susah untuk mengawal kereta. Nak kata terlalu realistik, tak juga. Masih boleh diterima akallah. Kalau nak rasa handling yang realistik, boleh try Grand Turismo atau Forza yang latest version. Game ni baru pemanduan realistik. Kalau nak dicomparekan TDU2 dengan NFS:Hot Pursuit, lebih kurang je handlingnya. Cuma NFS: Hot Pursuit tends buat kereta drifting time selekoh.

test drive unlimited game

Graphic

  • Bagi komputer yang tak punyai spec terlalu tinggi, masih boleh enjoy game ni dengan lancar. Graphic masih tetap cantik even dalam mode medium. Pergerakkan kereta juga tidak lag. Cuma kita akan nampak graphic diproses agak lewat. Maksudnya jika kereta sedang bergerak, ada part yang gambarnya macam agak blur. Tapi sebenarnya tak perasan sangat benda ni.
  • Efek kemalangan TDU2 memang boleh dikatakan hampir tiada. Bawak laju-laju langgar tiang pun hanya calar macam bergesel. Kalau nak rasa efek kemalangan yang real boleh try Grid atau Dirt2.

test drive unlimited 2 game

Sound fx

  • TDU2 ada menyediakan siaran radio yang boleh pilih sama ada nak on/off. Tapi yang mengecewakan hanya terdapat dua channel radio untuk didengar.
  • Bunyi engin kenderaan memang sedap telinga mendengar. Dan dari setiap angle camera, bunyi enjin akan berubah mengikut kesesuaian.

test drive unlimited 2 game

Storyline

  • biasanya satu-satu game lumba kereta akan ada storyline tersendiri. Sebagai contoh, NFS: Hot Pursuit lebih kepada menjadi pemandu illegal, atau memandu sebagai polis dan setiap level akan diunlock mengikut cara pemanduan, dan kemenangan. TDU2 lebih menfokuskan explorasi kita terhadap game. Jika kita banyak roaming dalam map, discover new things, level akan meningkat.
  • perlumbaan boleh disertai dengan join championship atau mencabar pemandu lain.

Cakap banyak pun tak guna, anda boleh lihat sedikit video gameplay TDU2 ini yang EB sediakan. Dan boleh dapatkan game ini di pasaran. EB prefer STEAM. šŸ˜€

eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

12 thoughts on “Test Drive Unlimited 2 (TDU2) Gameplay Review

Leave a Reply