Skip to main content
logitech g1 gaming keyboard

Unpacking Logitech G1 Gaming Desktop Combo

Aku sememangnya peminat barangan Logitech, terutamanya keyboard dan mouse. Walaupun ada barangan lain yang lebih murah dan mungkin lebih baik, aku tetap jadikan barangan Logitech sebagai pilihan utama. Sebelum ni aku pernah menggunakan Logitech Internet Pro Desktop Combo. Disebabkan kegunaan aku yang terlalu agresif dan selalu pindah randah. Keyboard ada button tak detect dan mouse pecah. Sebab apa mouse pecah, itu biarlah rahsia. Tapi kalau anda gamers, mungkin anda tahu sebabnya.

Selepas Logitech Pro Desktop Combo aku rosak, aku terpaksa guna keyboard logitech zaman kuno mana ntah. Tapi still boleh guna. Walaubagaimanapun, selepas event Lan Party MEFeK 2011, keyboard lama itu pun masuk muzium. aku terus research kat internet, desktop combo mana yang menarik dan berpatutan. Set yang pertama sekali menarik perhatian aku ialah Logitech G1 Gaming Desktop Combo. Imbi Plaza terus aku tuju, nama kedai Robyncom kot. Harga ditawarkan RM85, aku mintak RM80 dia tak mau bagi. aku sebut nama bapak aku, terus dia setuju RM80. Tau takut! aku rasa boleh murah lagi, tapi aku malas nak tawar lagi. Tak sabar nak merasai keyboard baru.

Pada pendapat aku, keyboard ni memang sedap nak taip. Lembut dan lancar. Button pun ada lengkuk yang cukup dalam, sesuai untuk aktiviti menaip yang banyak. Yang lebih istimewa ialah mousenya. Besar dan mempunyai berat yang sekata. Berpandukan dari website logitech, set combo ni boleh kene air. Tapi janganlah pi rendam dalam air nak uji ketahanannya pulak. Kalau berpandukan gambar di website, mouse kelihatan kecil dan punyai lekuk-lekuk. Sebenarnya mouse sebenar lebih besar dan lekuk itu hanya corak.

Kesimpulannya, memang berbaloi beli set combo ni. Set gaming pulak tu! Lepas ni Momo Racing Wheel jadi idaman.

p/s : desktop combo bermaksud set keyboard dan mouse. Biasanya set lebih murah dibandingkan beli satu-satu.

This slideshow requires JavaScript.

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi – 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

5 thoughts to “Unpacking Logitech G1 Gaming Desktop Combo”

  1. WOWiee!! so it for gaming kan…rate mouse rponse laju x?
    btw knape bli sbut nme bapa kamu die trus bg kurang?? kalo cam ni ak nk nma bapa kamu jgak la hehehe 🙂

    1. dia punya mouse lebih pada gaming… rate mouse memang cepat… design pon smart..

      yang pasal nama bapak aku tuh, sebab bapak aku dah beli barang dari dia lebih rm10k kot.. laptop, printer, pC aku, semua dari dia…

  2. Hu3.. Jarang main game.. Laptop cikai je..

    Bro, cemna nak buat pengurangan komen dalam blog jai yer, maksid jai plugin apa nak guna? Jai pernah buat sebelum ni tapi x menjadi..

    1. aku beli ni in rush pun.. aku guna duit bujet nak beli kasut.. sebab tiba2 keyboard aku rosak, so aku beli je yang mana rasa besh dan murah… yang G15 tu, lama lagi kot nak beli.. target DSLR dulu.. 😀

Leave a Reply