Skip to main content
spam comment

I Love You Spammers!

Pernahkah anda di SPAM oleh komen yang banyak di blog? Bagi blog yang biasa tanpa traffik yang tinggi macam eastbullet[dot]com ini pun akan menerima purata 3 komen SPAM sehari. Bayangkan kalau blog yang traffiknya beratus-ratus atau beribu-ribu sehari. Apa sebenarnya maksud SPAM ni? SPAM ini adalah sesuatu yang kita terima tanpa kerelaan sama ada dalam bentuk emel, komen, mahupun SMS. Biasanya material SPAM ini menyusahkan, berbentuk penipuan dan pengiklanan. Salah satu langkah penting untuk menghadapi material SPAM ini adalah dengan jangan balas sebarang apa yang diminta. Walaupun material tersebut menjanjikan wang pada anda.

Kebanyakkan orang tidak suka dengan kehadiran SPAM ini, dalam entri ini aku fokuskan pada SPAM COMMENT. Berbeza bagi aku. aku memang suka dengan SPAM comment yang diterima dalam blog ini. Biasanya SPAM yang diterima berbentuk pengiklanan atau penipuan, tetapi apa yang diterima blog eastbullet[dot]com ini ialah pujian melambung dan kata-kata semangat buat kita. Di bawah ini aku tunjuk antara SPAM comment yang diterima :

  • How could I’ve overlooked this blog! Its extraordinary. Your style is perfect, as if you know exactly what to do to do make people flock to your page! I also like the perspective you brought to this subject. Its like you’ve an insight that most individuals havent seen before. So great to read a weblog like this.
  • Very nice and helpful information has been given in this article. I like the way you explain things. Keep posting. Thanks. .
  • I like it! I like it a lot. You know exactly what youre talking about, exactly where other people are coming from on this issue. Im glad that I had the fortune to stumble across your blog. Its definitely an important issue that not enough people are talking about and Im glad that I got the chance to see all the angles.
  • I’ve been absent for some time, but now I remember why I used to love this website. Thanks , I will try and check back more frequently. How frequently you update your site?
  • My brother suggested I might like this web site. He was totally right. This post truly made my day. You can not imagine just how much time I had spent for this info! Thanks!

Seriously semua komen ini memberi kata-kata inspirasi, pujian dan semangat buat kita. Percaya atau tidak semua kata-kata ini bukanlah dihantar oleh manusia sebenar, tapi cuma kata-kata yang diprogramkan untuk dihantar pada blog secara rawak. Tiada sebarang niat untuk pengiklanan atau penipuan dalam komen mereka ini. Sehingga boleh aku katakan, komen mereka lebih baik dari komen yang blogger sebenar beri dengan hanya menaip dua tiga patah perkataan tiada makna.

So pada pengomen sekalian., belajarlah dari kata-kata SPAMMER di atas. Sesungguhnya ia memang memberi inspirasi dan semangat untuk terus memberi artikel dan idea menarik. Walaubagaimanapun, janganlah mengapprove comment mereka ini di dalam blog anda kerana ia adalah SPAM!

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi – 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

6 thoughts to “I Love You Spammers!”

  1. tak mampu dah untuk mengatasinya.. macam2 dah ayat dia.. kadang2 dia bagi macam ala2 tracback.. tapi tengok link tak berkaitan pun… so delete jugak…

  2. Jai pun ada dapat jugak spammer, tapi bukan dari malayia, bila klik link, ntah pape lama web yang kluar daa.. Jai bukannya paham sepatah haram pun BI..hu3

Leave a Reply