Skip to main content

Jom Buat Muzik Sendiri Hanya Dengan Software Studio Percussion

Semasa berblogwalking insan-insan yang berada di blogroll, terbaca satu entri dari riezarchry.com mengenai “Main Muzik Online dengan 5 Instrumen Virtual“. Sungguh terkesima aku dengan kecanggihan dunia sekarang sehinggakan muzik boleh dimainkan secara virtual atau berangan. Sebagai info tambahan, alat muzik elektronik pun sudah lama bertapak di bumi ini. Alatan seperti conga dan drumĀ elektronik sering kali kita dapat lihat digunakan dalam persembahan artis-artis.roland hand drum

Diilhamkan dari entri riezarchry tersebut, aku men-google perkataan “percussion virtual”. Walaupun ada virtual percussion, tetapi bunyi yang dihasilkan menghampakan. Terdetik kata kunci “percussion studio” terus di-googlekan. Bertemu aku dengan laman web Moosware.net yang menyediakan satu software bernama Percussion Studio. Software ini dilengkapi oleh pelbagai bunyi percussion seperti djembe, conga, bonga dan shaker. Bunyi yang dihasilkan dari studio ini boleh dikatakan menghampiri realistik.

Setelah berhempas pulas mempelajari bagaimana Software Studio Percussion ini berfungsi, aku berjaya menghasilkan serangkap muzik percussion yang tergantung.

[audio:http://eastbullet.com/wp-content/uploads/2011/03/percussionfull.mp3|titles=Percussion Music By Eastbullet]

Muzik player itu di atas ni, tak tahu korang boleh play ke tak.

Sudah dengar? Apa pendapat anda semua? Software Studio Percussion ini amat sesuai digunakan bagi golongan tak professional macam aku ni untuk buat lagu nasyid syok sendiri. Oklah, aku nak menyelongkar lagi apa yang Studio Percussion ini boleh buat.

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi – 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

2 thoughts to “Jom Buat Muzik Sendiri Hanya Dengan Software Studio Percussion”

Leave a Reply