Keputusan SPM 2010 : Hentikan Perbandingan!

Tarikh 23 Mac 2011 ini mungkin akan menjadi satu titik perubahan bagi calon-calon SPM 2010. Tidak kiralah aliran sastera,vokasional, sains dan sebagainya. Tarikh keputusan SPM 2010 ini juga akan menentukan masa depan mereka sama ada meneruskan pengajian ke universiti, STPM, atau matrikulasi. Pada yang berjaya, tahniah. Pada yang gagal, ini bukan pengakhirannya. Suka untuk EB quotekan status Facebook sahabat EB.

 


Apa yang bakal diterima esok, itulah hasil apa yang diusahakan selama berada di bangku sekolah…masa depan sentiasa ada..

 

 

Sedar atau tidak, kita suka membuat perbandingan. Tidak kiralah dalam apa segi sekalipun dan tidak kira golongan apapun kita. Guru, ibu bapa, kawan-kawan, saudara-mara. Semua suka membuat perbandingan dengan result SPM yang diterima. Yang guru sibuk membandingkan dengan sekolah lain, yang ibu bapa sibuk membandingkan dengan abang kakak, yang kawan-kawan sibuk membandingkan sesama sendiri, yang saudara-mara sibuk membandingkan antara keluarga. Apa faedahnya?

result spm

Pernak tak kita fikirkan perasaan orang lain? Biasanya dalam sesi perbandingan, yang mendapat keputusan SPM kurang baik akan disisihkan. EB juga pernah mengalami perkara macam ni. Ibu bapa kerap membandingkan dengan abang EB yang kononnya berjaya, sampai lupa yang result EB bukannya tiada A langsung.

Mungkin ada yang berpendapat perbandingan dapat memberikan dorongan. Tidak salah pendapat ini. Tapi kebanyakkan dari kita membuat penbandingan semata-mata untuk kepuasan hati.

Tolonglah hentikan perbandingan! Setiap orang mempunyai rezeki yang telah ditentukan Allah. Fikirlah perasaan insan yang mungkin kecil hati dengan apa yang berlaku. Silap hari bulan, mungkin mereka akan mengambil jalan untuk mati akibat tekanan melampau. Dan pada stesen TV, tak perlulah tunjukkan calon-calon yang berjaya itu terlalu kerap. Ini sedikit sebanyak mewujudkan niat perbandingan dikalangan masyarakat. Kalau tunjuk TV dia dapat straight A pun nak buat apa? Nak tunjuk yang sistem pendidikan di Malaysia ni bagus? Ceh!


11 thoughts on “Keputusan SPM 2010 : Hentikan Perbandingan!

  1. kesian pula kalau pelajar kurang cemerlang asyik di pandang rendah..

    spm bukan penentu pandai @ bodoh…

    tiada yang bodoh… cuma malas yang membuat kita leka dan kurang cemerlang.

  2. Aku setuju dengan pendapat,bro.Setiap tahun pasti ada berita pasal pelajar yg dapat keputusan cemerlang.Dah naik muak.Yang paling terasa dah tentula pelajar yang gagal.

  3. setuju. ibu bapa cume fikirkan ttg keputusan perikse je. mereka seolah-olah hidop di dalam dunie di mane keputusan perikse mempengaruhi sume bende.

    ibu bape perlu tahu bahawa ada care laen untuk berjaya dlm idop ni. mane tau, kot-kot budak2 tu yg ambek subjek yg x sesuai lngsong ngan mereka?

    • sememangnya keputusan peperiksaan itu penting, namun perkara itu bukan segalanya.. sebut pasal amek subjek tak sesuai, terkena dengan batang hidung EB sendiri.. last-last, merana nak belajar sebab tak minat..

  4. betul, serius kadang2 aku pun segan nak cakap kat kawan2, kang nanti ada yang terasa. pastu mulalah ada yang cakap
    “ala, ko kan pandai etc”

    • jarang orang yang dapat result kurang baik akan bertanya result kawan-kawan lain.. biasanya golongan yang result “kononnya” bagus ni akan bertanya. namun tidak semua orang berkelakuan begitu.

  5. aku stju,kita ni rmbut jk sma hitam, pmikiran blm tntu lgi sma
    bgi aku mmbuat prbnding bknlah satu” nya cara untuk menaikkn semagt,..bnyk lgi cra utk naikkn smngat org,jd x paya la guna cara itu. org yg mmbnding tu mmg x rsa kesannnya, tp yg kena bnding ni..mendalam tuuuuu….

  6. bg aku, perbandingan ni perlu gak, sbg pendorong tingkatkn lg usaha dan tahap pendidikan…tp kalau melampau sgt tu tak perlu ar..jaja cerita lama2 tak guna gak….telur sebiji riuh sekampung

    • cuma kalau difikirkan semula, bila kita banding. boleh ke orang tu amek SPM semula? sesetengah mata pelajaran tu memang lah boleh. lebih baik beri nasihat cara tingkatkan keputusan akademik. perbandingan hanya mewujudkan tekanan pada yang dibandingkan…

Leave a Reply