Skip to main content

Siapa Kata Kucing Comel Tak Boleh Jadi SPY?

Mungkin masih ada pembaca blog eastbullet[dot]com ini tak tahu yang EB memiliki seekor kucing tempatan ( domestic short hair ) yang diberi nama Mia. Kucing comel ini sudah tinggal bersama keluarga EB hampir 4 bulan. Selama tempoh 4 bulan ini, macam-macam perangai Mia tunjuk. Kenakalannya, kecomelannya, dan kemanjaannya. Mia ini EB latih supaya jadi indoor cat. Maknanya dia akan duduk dalam rumah sahaja berlari-lari menyepahkan rumah. Tapi kadang-kadang sifat kenakalan Mia ini terserlah apabila cuba melarikan diri dari rumah.

Baru-baru ni Mia buat perangai lagi. Bila pintu rumah terbuka, terus berlari tak pandang belakang terus keluar rumah. Sudah malas diri ini menangkap Mia Si Kucing Comel. Biar sahaja dia keluar seketika. Setelah beberapa ketika, EB keluar cuba panggil Mia kembali masuk ke rumah. Maklumlah, kucing betina. Nanti dibiarkan lama, naik miang cari jantan pula. Melangkah keluar sahaja dari pintu rumah, mata EB tertumpu pada satu tempat. Iaitu pokok mangga dihadapan rumah. Tau apa yang EB nampak?

Satu bebulu putih yang mintak dirotan bila tiba di rumah, Mia. Dengan muka selamba Mia menoleh padaku, dan terus memanjat pokok. Kononnya Mia Si Kucing Comel ini hendak menangkap burung yang berkicauan hinggap di dahan pokok mangga. Lantas aku keluar rumah melihat kelibat Mia ini. Mia masih berusaha panjat sehingga puncak tertinggi. Akhirnya semua burung terbang pergi tinggalkan Mia sendiri. EB pun join Mia memanjat pokok. Tapi tujuanku berbeza, untuk mengambil Mia turun dari pokok tersebut.

Mungkin Mia ni nak berlatih menjadi SPY!

Puas bercerita, dia bawah ini gambarnya :

mia kucing comel
mia kucing comel
mia kucing comel
mia kucing comel

eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

5 thoughts on “Siapa Kata Kucing Comel Tak Boleh Jadi SPY?

    1. kiut memang kiut. nakal dia memang tak boleh cerita. kalau dah keluar rumah tu, sungguh susah nak balik rumah semula. bila orang nak tangkap, lagi dia lari.. tapi disebabkan kecomellan Mia ini, sabar je lah..

Leave a Reply