Skip to main content

Tanggapan Salah Blogger Terhadap Header

Header merupakan satu elemen terpenting dalam pembinaan blog. Tidak kiralah anda pengguna blogspot , wordpress, joomla atau yang berkaitan dengannya. Header bermaksud sesuatu yang berada di atas dan menyediakan data untuk apa yang berada di bawahnya. Sebagai contoh, di dalam header diletakkan tajuk blog, descriptions blog, keywords blog dan javascript berkaitan. Tapi semua ini adalah disebalik header tersebut, kita tak nampak. Apa yang kita nampak header ialah gambar, atau imej. Ini juga dikira header. Jadi penting untuk kita membentuk imej header agar melambangkan apa yang ada di dalam blog kita.

Walaubagaimanapun, apa tanggapan salah blogger terhadap header ini? Biasanya header dianggap blogger ialah gabungan dari perkataan “head” dan “blogger”. Bila dicantum kedua perkataan ini, jadilah “header”. Disebabkan itulah banyak yang kita boleh nampak blogger memaparkan “head” mereka pada header. Di bawah ini EB cipta contoh tanggapan salah terhadap header.

Contoh header blog mungkin disalah anggap :

header blog

header blog

Tujuan EB membuat entri ini adalah sama sekali bukan untuk menyindir atau menegur, tapi hanya meluahkan pandangan peribadi. Memaparkan “head” tidak pernah dikatakan salah dalam undang-undang blog, tapi buat sesuatu itu biarlah berpada-pada. Jika anda mahu “head” pada header, bolehlah contohi seperti dalam imej di bawah.

Contoh header blog “head” yang berpada-pada :

header blog
saiz muka yang sudah cukup buat pembaca kenal blogger

header blog

Bukankah sedap mata memandang? Saiz header tidak semestinya perlu besar. Not everything that bigger is better. Cukup dengan kelebaran 900px dan ketinggian 150-200px. Buat besar-besar pun melambatkan loading blog sahaja. Tidak perlu berlebih-lebihan. EB tahu anda yakin yang muka anda itu lawa, comel, hensem dan sebagainya. Tapi biarlah wajah anda itu “ditatap” oleh insan yang sepatutnya ( terutamanya kaum hawa ).

Suka EB ingatkan, tidak semestinya blog header anda mempunyai “head” kerana salah anggapan anda. Ini hanya pandangan peribadi yang tidak menyalahkan sebarang individu. Poin utamanya di sini ialah jangan berlebih-lebihan meletakkan “head” anda pada header.

p/s: kepada individu yang mukanya ada dipaparkan pada entri ini dah tidak menyukainya, sila maklumkan. terutama pada dua contoh header di atas sekali.

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

33 thoughts to “Tanggapan Salah Blogger Terhadap Header”

  1. bila lihat pada blog aku la.
    apa awal dulu ada Header.
    tetapi sejak tukar tema premium.
    header pun tiada.saja takut
    beratkan blog.

    header juga boleh menunjukkan
    minat seseorang blogger.

    contoh disini eastbullet, minat
    xbox,permainan komputer dan moto
    kriss GT.hihihi…

    1. yups, memang header menunjukkan minat blogger. seperti yang dicatit di atas, “header memaparakan content yang berada di bawahnya” ..

      tapi bukan kriss gt, gt128 la..

  2. EB, jom la letak muka besar2 jugak nak?
    amik je muka2 ensem jumpa kat google
    aku rasa mesti blog kita meletup2 pastu

    kalau bukan sbb digilai ramai, mgkin sbb kena kutuk sbb guna muka org lain..hehe

  3. sy suka sindiran ini! hehe
    jujur sy katakan, sy mmg tak suka masuk blog org yg letak gambar dia sebesar2 alam kat header blog mereka..
    syok sendiri, perasan n sewaktu dgnnya.. 😀

  4. hehe.. femes pulak aku kat sini… ikutkan aku pun segan nak letak picture aku…. apepun kalau header besar sangat.. loading pun jadi lambat sedikit… kena consider jugak tuh… thank u cr link… 🙂

    1. header anda memang simple, tapi mungkin boleh diperkemas dan dipercantikkan.. boleh dapatkan khidmat en.sollehahn di atas, atau mungkin EB boleh tolong.. 😀

  5. TQ untuk info ini,Selama ini blog sy tiada gambar header,cuma ada tajuk blog dengan descriptions blog,Skg saya ada meletakan gambar diheader yang dihadiahkan oleh seorang blogger.Mintak tuan beri pandangan tentag header saya.

    1. header tu sudah bersesuaian.. cuma kalau boleh buangkan tajuk dan description blog tu… mudah je, cuma klik pada “instead of description and title” cenggitu.

    1. kelakar erk? tak sangka entri berbentuk sindiran boleh jadi kelakar.. kalau kurang jelas tentang entri ni, mungkin kene baca lagi sekali kot.. membaca kan jambatan ilmu…

Leave a Reply