Skip to main content

Tutorial Buat Blogroll Page Susun Mengikut Latest Update Untuk WordPress

Dalam komen entri “Gempa dan Tsunami Di Jepun : Khabar Angin Letusan Reaktor Nuklear” tersebut, Juan menanyakan macam mana membuat blogroll seperti yang terdapat di exchange page eastbullet[dot]com ini.

Blogroll yang dimaksudkan merupakan sebuah plugin dari weinschenker. Plugins ini hampir menyerupai widget bloglist yang digunakan di blogspot. Blogroll ini akan menyusun senarai blog list mengikut update yang terbaru berpandukan feed blog. Ikuti tutorial ringkas ini untuk meletak bloglist/blogroll page seperti di eastbullet[dot]com ini :


Tutorial Membuat Blog List Susun Mengikut Feed Dengan Plugin WP Social Blogroll

  1. Download plugin Feedreading Blogroll
  2. Install plugin ke dalam sistem blog mengikut cara yang anda suka
  3. Activekan plugin
  4. Buka theme editor blog anda dan klik pada “Page Template (page.php)” seperti ditunjukkan gambar di bawah tutorial blogroll
  5. Copy semua code yang dipaparkan itu dan pastekan pada Notepad kosong pada sistem komputer (setiap theme akan mempunyai code berbeza)
  6. Kemudian cari code <?php the_content(); ?> pastekan code ini <?php feedreading_blogroll(); ?> di bawah code <?php the_content(); ?> tadi. ( sebenarnya boleh di atas atau di bawah, tapi preferable di bawah )
  7. Selepas itu, pastikan code seperti di bawah ini ada pada ruangan atas sekali dalam code di notepad itu.
    <?php
    /*
    Template Name: Blogroll
    */
    ?>
  8. Kalau tiada, sila letakkan.
  9. Hasil terakhir akan kelihatan seperti di bawah ini tutorial; blogroll
  10. Save fail notepad tersebut dengan nama blogroll.php . Pastikan file itu dalam format php bukan txt.
  11. Kemudian uploadkan pada folder theme anda ( wp-content/themes/namathemeanda )
  12. Pergi pada ruangan Add New Page, letak tajuk yang anda mahu dan pilih template yang bernama Blogroll.  tutorial blogroll

Untuk menjadikan blogroll anda disusun mengikut update terkini, hendaklah ditetapkan pada setting plugin WP Social Blogroll seperti gambar di bawah.

tutorial blogroll

Plugin WP Social Blogroll ini boleh didownload pada laman plugin wordress.org. Kini ada boleh meletak bloglist/blogroll anda di sebuah page khas seperti yang digunakan oleh platfom blogspot. 

*UPDATE : ikuti tutorial letakkan bloglist blogspot dalam blog wordpress.

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi – 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

23 thoughts to “Tutorial Buat Blogroll Page Susun Mengikut Latest Update Untuk WordPress”

  1. bro..nak tanya lebih lanjut, apa fungsi sebenar blogroll ni? Ramai yang saya nampak guna blogroll ni, tapi jujur saya cakap, saya tak tahu fungsi nya..hehe

    1. blogroll ni merupakan senarai kita “add link” pada admin wordpress. apa yang ada dalam link itu akan dipaparkan melalui blogroll ni. tapi biasanya semua link tersebut tidak disusun mengikut update, dengan menggunakan plugin yang disuggest di atas. segalanya mungkin..

  2. kalu kt blogspot dipanggil bloglist..hehe..tp aku trcri2 plugin blogroll mcm blogspot ada jmpe x?..sbb ak tgk blogspotnye bloglist lbih best..

    1. sebenarnya tiada beza pun antara keduanya. keduanya mempunyai konsep yang sama iaitu menghubungkan blogger dengan blogger. cuma dalam tutorial ini blogroll akan kelihatan lebih tersusun dan mudah diakses.

  3. saya dah try wat tutorial ni tapi saya stuck dekat step 11 & 12. sy x fhm :Kemudian uploadkan pada folder theme anda ( wp-content/themes/namathemeanda “.. nk upload dkt mana bloglist.php yg kita dah buat tuh? boleh ajar x? tq =)

    1. Rose tahu guna FTP Client tak? Macam Filezilla tu ke? kalau tahu, upload guna software tu lah. kalau tak tahu, nyatakan. nanti EB terangkan melalui email Rose..

  4. bro upload file tu pakai upload plugin ker? gua dah upload tadi tapi tkleh ler. kuar message ni +Incompatible Archive. PCLZIP_ERR_BAD_FORMAT (-10) : Unable to find End of Central Dir Record signature

  5. salam, saya ada masalah nak paparkan latest feed blogger yg saya dh linkkan :'(

    lagi satu dia keluar mesej

    JavaScript-file and content-directory are writable. This is no longer necessary. You should make the content-directory read-only (chmod 755) now for security-reasons. This plugin requires only JavaScript-file itself to be writable.

    kenapa ye :'(

    1. maaf atas kelewatan membalas. dah dapat selesaikan masalah?

      susah nak tau apa masalah sebenar yang dihadapi kalau tak tengok depan mata nih. boleh details kan lagi masalah macam mana tuh. Tak keluar langsung ke, susanan tak betul ke, atau tak tau setting ke? Tapi kalau berdasarkan dari javasript error tuh. kene betulkan file permission dia dari cPanel. Rasanya permission tu tak bawa kesan pada plugin sangat. Hanya untuk security reasons.

Leave a Reply