Sudah lama tidak EB buka laman web nuffnang, apatah lagi menggunakan perkhidmatan pengiklanan yang disediakan. Hari ini terdetik hati untuk buka kembali. Lihat pada earning, eh ada duit! Agak banyak di situ. Rasa rugi jika EB terus ignore nuffnang tanpa menghabiskan saki baki duit dalam tu. Sebelum ini pernah cashout sekali, namun masih menggunakan perkhidmatan nuffnang. Setelah beralih pada blog baru ini iaitu eastbulletdotcom, nuffnang terus hilang dari pandangan. Tapi bila hari ini melihat pada baki earning yang ada, terasa mahu beriklan kembali. Mungkin bila dah sampai cashout limit, stop. Atau mungkin tidak.

Sungguh banyak perubahan pada akaun nuffnang EB. Dari status “gelihati@glitterati” terus jadi “ordinary”. Sudah lupa macam mana status itu berfungsi. Lepas ini kene mengaji kembali.
Semoga dengan adanya iklan ini, hati tidak berasa tertekan dan tenteram untuk membuat entri. Maklumlah, bila beriklan kita akan mengejar traffik. Bila mengejar traffik, terkejar entri. Bila terkejar entri, lahirlah entri tak berkualiti. Harap sangat itu tak berlaku. Apa-apa pun terima kasih EB ucapkan pada mereka yang telah banyak memberi sokongan pada EB. Apa yang blog eastbulletdotcom mampu beri pada anda ialah status dofollow yang entah berapa banyak memberi kesan pada anda semua. Kepada pengunjung baru, selamat datang dan teruskan memberi kritikan, cadangan dan komen yang bernas di dalam blog ini. Terima kasih!


cuba aje. Dah dapat cek pertama nanti, ko akan rasa feel tu lain macam aje. Hehe..
titan punya entri terbaru >5 Benda Yang Aku Akan Buat Kalau Aku Boleh Ulang Masa Kembali
sudah pernah dapat cek pertama itu… lambat bebenor tiba di rumah..
tgh menunggu cek pertama, nak tgok ada berlaku perubahan perasaan x?
adele punya entri terbaru >Teka Teki- Nampak Tak Kucing Tu
terasa seperti mahu pergi bank untuk bank-in cek…
Jai baru semalah cashout tuk income yang pertama.. X sabar nak tunggu posmen datang..hu3
decrewz punya entri terbaru >Shortcut Rahsia Pada Mozila Firefox Yang Perlu Anda Tahu
sebulan rasanya kene tunggu. memang tangan gatal je lah lepas ni..
Bro, nuffnang ni senang dapat tak berbanding iklan yg lain seperti churp2 dan says..
BroZooL punya entri terbaru >KABELUPUKOM !
kalu ikut iklan churp2 lg lumayan, tp kne kuat promosi link la.. aku 2 mggu shurp dh rm10..hehe.. tp skrg dh mls nk prmosi,,hehe
Mr.Kerro punya entri terbaru >8 Perkara Yang Biasa Membuatkan Korang Terkejut Beruk
lepas ini blog eastbulletdotcom mungkin akan cuba churp2 pulak.. bunyi cam besh!
nuffnang dan churp satu agen yang sama.. cuma nuff ini pengiklanan yang berunsur “kita dipilih untun mengiklan” , manakala says dan churp berunsur “kita memilih untuk mengiklankan” ..
jadi mana lebih senang bagi brozool, kita dipilih atau kita yang memilih?
OO..cam tu rupanya, rasanya bagi saya, biar dipilih daripada memilih sebab nak pilih sendiri ni kadang2 tak menepati sasaran..=)
BroZooL punya entri terbaru >KABELUPUKOM !
tapi kalau berkesempatan, elok juga kita pilih nak iklankan benda yang kita nak..
aku pun ntah bila la nk dpt..haha.. cum aku rasa best je tgk analitikal nuffnang..hehe
Mr.Kerro punya entri terbaru >8 Perkara Yang Biasa Membuatkan Korang Terkejut Beruk
biar betul hang tak dapat apa lagi bro. aku yang selama ini berblog pun pernah dapat.. analytic nuff syok ke, aku rasa cam ringkas bebenor..
Kat blog aku dah tak de iklan. Buang semua nuffnang ni, earning tak banyak pun. Baru ada rm28++ lepas 3 bulan tempek iklan. Tensen rasanya. Hehehe.
Hisyam punya entri terbaru >Tips Minta Hutang
Iklan ini sepatutnya menjadi sampingan. Biarkan sahaja pada blog, sekurang-kurangnya masuk juga sepuluh dua puluh sen. Namun dinasihatkan, bina komuniti dahulu, bina entri, bina pengunjung tetap. Jadi kurang tensennya di situ. Biar tensen membuat entri, jangan tensen iklan tak menjadi.
owh macam tuh rupanya.. apepun tingkatkan kualiti… sekarang nie banyak pilihan…
zik punya entri terbaru >Kisah tauladan- Wanita dan cekodok
cik tom dah merasa cek pertama nuffnang..utk cek kedua tunggu banyak sikit…hee…tp rs cam nak tukar iklan lain yang lagi best…
cik tom punya entri terbaru >HTML Code Color Warna Kod HTML 2
cek kedua nak tunggu banyak sikit? EB ni cek kedua ntah bila lah nak capai cashout limit. pernah juga berkira-kira untuk tukar agen pengiklanan, tapi bila fikir-fikir balik semua sama ja..
gua dah setahun beriklan dgn nuff…dapat le sikit,takat paras2 hidung jerr…tp still setia lagi ngan nuff. Tak tau la bila nk tuka yg len,atau menduakan nuff…hehehe
#Dulu2 penah gak layan mangga…tp kejap jerr..
yas punya entri terbaru >Nasib Komando Malaysia
setahun agak lama tu.. pernah cashout tak? kalau tak pernah sampai limit, memang agak pedih di hati..
Cashout!!! Lom penah lagi walaupun kalau nk ikut mmg dh boleh c/out….
bia beranak lebih sikit..hehehe
yas punya entri terbaru >Carrom- sukan yang kurang popular
haha…aku pun rasanya dah lama sgt tak bukak page nuffnang….nak tulis entri pun tak terkejar-kejar nih…adeh
sollehahn punya entri terbaru >Pengumuman penting untuk penggiat-penggiat DotA di Malaysia
aku maleh nak bukak selalu. buat sakit hati je income tak naik-naik. bukak seminggu sekali je.
Servis Nuffnang ni betul2 best ke? Nak harap Innity Ads syarat2 dia punyalah grand giler apa yang Innity mintak, bukan senang nak ikut…trafik kena tinggi dulu baru la boleh apply innity…Pasal tu rasa nak mula dengan Nuffnang ni dulu…
nuffnang ni tak banyak syarat mana pun. yang penting kita ada blog, dan letakkan script iklan dalam blog. Siap! Cuma kalau traffik tak banyak@klik, income mungkin macam tak wujud je. nanti diri akan terasa sia-sia plak. innity tak perrnah try la pulak. tapi ada juga terbaca syarat dia ketat sikit.