Skip to main content

Hari Bumi 2011 : 8 Cara Mudah Menyokong Hari Bumi Guna Komputer atau Laptop

Mungkin ramai yang tak tahu 22 April ialah Hari Bumi. Sejujurnya EB sendiri tak tahu. Baru tahu melalui rancangan MHI TV3 pagi tadi. Mungkin kerana Hari Bumi ini kurang mendapat liputan media tidak seperti Earth Hour. Rupa-rupanya dan 40 tahun lebih Hari Bumi ( Earth Day ) ini diadakan. Namun, bila kita sebut selamatkan bumi ke, green life, mahupun hari bumi, apa yang kita lakukan sebenarnya? Adakah dengan hanya membuat entri di blog pasal Hari Bumi atau selamatkan bumi, pung pang pung pang, tapi realitinya anda tak hirau langsung pun.

Cara Menyokong Hari Bumi ( Earth Day ) dan Menjaga Bumi Dari Penggunaan Komputer atau Laptop :

  1. Gunakan Blackle sebagai ejen carian. Blackle merupakan Energy Saving Search yang sebenarnya menggunakan google sebagai ejen carian. Namun apa yang membezakannya Blackle ialah latar belakang gelap yang dapat mengurangkan penggunakan tenaga. Walaupun sikit, tapi ia tetap menyumbang!
  2. Set mode PC/laptop kepada sleep jika tidak digunakan buat sementara waktu.
  3. Rendahkan kecerahan monitor PC / laptop anda dengan beberapa button mudah. Ini juga dapat mengurangkan risiko sakit mata.
  4. Cabut plug charger laptop anda jika bateri sudah penuh, tapi kalau guna desktop tak perlu cabut plug, nanti padam la plak.
  5. Cuba untuk menggunakan laptop berbanding desktop/ komputer meja jika sekadar mahu buat kerja ringan-ringan. ( Contoh : taip assignment, isi borang kemasukan IPTA, facebook ).
  6. Gunakan maps pada internet sebaiknya sebelum keluar rumah untuk pergi satu tempat yang tak pasti. Ini dapat menjimatkan penggunaan minyak dari anda melelong tak tentu pasal cari tempat dituju.
  7. Jika tengok movie di laptop/komputer, jangan tengok sorang-sorang. Ajak kawan-kawan lain. Manalah tahu kawan bilik sebelah pun tengah nak tengok movie yang sama. Kan membazir tu.
  8. Jika anda seorang blogger, cuba gunakan theme yang tak terlalu cerah. Dengan erti kata lain, gunakan background gelap. Kalau nak guna plugins yang gelap jika idle tu pun boleh. Tapi kurang efektif sebab orang buka blog kita nak baca, bukan nak idle. Kalau idle, better guna cara no. 3.

Hanya 8 cara paling mudah untuk menjaga dan menjayakan bumi dari penggunaan laptop atau komputer yang dapat EB kongsikan pada entri ini. Jika kita tidak bertindak, nak harapkan siapa lagi? Walaupun anda tak menang apa-apa dengan langkah yang senang ini, tapi jadilah warga yang bertanggungjawab.

eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

23 thoughts on “Hari Bumi 2011 : 8 Cara Mudah Menyokong Hari Bumi Guna Komputer atau Laptop

  1. Semakin lama, semakin banyak hari-hari yang ditandakan sebagai hari peristiwa. Lama kelamaan dalam satu tahun, akan penuh peristiwa untuk setiap hari, setiap tahun.

    1. tapi Hari Bumi ni sudah lebih 40 tahun.. so, bukanlah hari peristiwa yang baru. ditambah pula ini hari peristiwa yang baik, bukan seperti Valentine’s Day atau April Fools.

  2. blackle tu gelap sangat laa…gue sakit mata kalau gelap2 sangat, tp cadangan guna background gelap tu boleh dipertimbangkan.
    Contoh mcm blog eb ni laa…

  3. setuju no 7….tgok muvi ramai2 baru feel…apa barang sorang2…

    tp aku tak mampu buat no 5…kecik mana pun task…aku akan elak guna laptop/netbook….coz even a little bit of delay/hang pun akan buat aku annoyed gila….huhu

    1. biasa tengok movie ramai-ramai di pelajar uni lah.. yang jadi mangsa desktop aku sebab screen beso.

      laptop/netbook sekrang ni spec rendah pun still boleh buat kerja ringan-ringan. tapi kalau laptop lama, memang masak hati terbakar menunggu lagnya.

Leave a Reply