Page About Me Itu Amat Penting Bagi Seorang Blogger

 

Bila kita masuk sesuatu blog adakah kita hanya baca isinya tanpa mengetahui penulisnya? Mungkin ada dikalangan kita pembaca terdetik untuk mengetahui siapa di sebalik setiap penulisan yang hebat dan memberi kesan itu. Jadi dari sini page about me ini mengambil peranan. Masih ramai EB lihat tidak menyediakan page about me di blog masing-masing. Namun ini adalah pilihan anda sendiri.


Kenapa page About Me itu penting?

  1. Pembaca nak kenal anda. EB sendiri bila masuk sesuatu blog mesti nak tahu penulisnya lelaki atau perempuan,umur berapa, hobi dia apa. Jadi tidak timbullah masalah pembaca menanyakan soalan yang sama pada anda. Ini EB tengok ada sesetengah blog tu kepilkan nota di sidebar supaya jangan tanya soalan sama mengenai diri blogger. Ini silap anda sendiri kerana tidak menyediakan page about me.
  2. Mungkin pembaca anda dari universiti yang sama. Dari page about me inilah yang mengambil peranan. Jika blogger dan pembaca tahu perkara ini, mungkin boleh buat gathering atau saling bantu-membantu dalam dunia blogging. Tapi janganlah bila salah seorang dah berjaya, jadi naik kepala pulak ye!
  3. Komunikasi antara blogger dan pembaca lebih baik. Sebagai contoh, anda (blogger) telah nyatakan di page about me anda merupakan pelajar bidang agama, dan anda membuat entri berunsur keagamaan. Pembaca akan lebih yakin dengan entri yang anda tulis dan dapat menanya soalan-soalan tambahan. Bukan bermakna mereka yang bukan berada dalam bidang agama ni tak boleh buat entri keagaamaan, tapi lebih baik serahkan pada yang pakar.
  4. Boleh borak kosong dalam Page tersebut. Bila eb masuk sesuatu blog tu, rasa jugak nak berborak kosong. Kalau borak kosong pada entri nampak macam tak menghormati entri tersebut. Jadi dengan adanya page about me ini, wujudlah juga ruangan untuk borak kosong anda dengan pembaca.

Itulah antara poin terpenting dengan page About Me ini. Bukan susah sangat nak buat page About Me ni kawan-kawan. Kalau pengguna blogspot boleh je buat satu entri khas mengenai diri anda, kemudian buat link/pautan pada navbar atau di mana-mana anda rasa sesuai. Kalau pengguna wordpress lagi lah senang, cuma buat new page dengan title About Me, kemudian publish. Kalau tumblr pun lebih kurang macam wordpress.

Bagi yang tiada page About Me tu, meh pakat-pakat buat. Bagi yang sudah ada tu, cuba baca balik. Tambah dan update apa yang patut. Kang ada yang tulis umur saya 12 tahun sedangkan dah 20. EB punya page About Me ni pun terlalu simple sangat. Bila buat entri ni, mengingatkan diri sendiri jugak.

 

31 thoughts on “Page About Me Itu Amat Penting Bagi Seorang Blogger

  1. Betul tu bro,memang senang pembaca nak kenal penulisnya, tapi bukan semua orang nak masuk page About Me ni..betul x bro? Page ni dah jadi sekadar hiasan jer..hehe

  2. aku pun bila msuk sesebuah blog msti trcari2 owner dia..heehe… mcm kwajipan..

    p/s: eah dh bleh akses, laju plak tu..gud!

  3. Dah pernah buat tapi dibuang.Mungkin lepas ni aku buat balik.Nak ambil gambar yg hensem dulu,huhu.Rasa macam tak kena pakai gambar manga utk about me page

  4. Smpai skrg aku masih belum update page About ME.. aku sendiri pun rasa page ni amat penting.. kene cari masa utk update nnti.. :)

    Oh, bro pakai Elegant yg berbayar ke ni? blh tau eStore theme skrg ni versi berapa?

    • tak semestinya kena letak gambar… letak tentang diri kita apa yang patutlah… yang rasanya penting, boleh juga letakkan apa misi dan visi kita dalam arena blogging.. contohla

      • zik, rasanya dia tak ada cakap pun pasal letak gambar..

        tonjolkan diri tak semestinya dengan gambar, boleh aje tonjolkan diri dengan nama samaran. kerana itu adalah diri anda. benda ini mungkin dapat membantu orang kenal diri anda dari stay anonymous dalam blog sendiri.

    • ikut orang lah. ada rasa tak penting, ada rasa penting. bagi EB perkara ini penting supaya komunikasi lebih baik dapat dijalankan. internet kan ejen komunikasi.

  5. betul-betul.
    namun tak perlu la untuk meletakkan kesemua info mereka,cukup sekadar untuk pengunjung mengenali mereka serba sedikit.

    p/s:saya blogger baru. yeah! :p

    • entri pertama buat siapa saya, memang bagus langkah macam tu. bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. jadi bila mula entri orang dah baca tentang kita, kemungkinan untuk jatuh cinta pada blog tu tinggi.. lebih bermanfaat jika entri untuk dipautkan pada menubar atau dimana senang untuk pengungjung rujuk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>