Skip to main content

Asyik Dengan Usop Wilcha Je, Meh Layan Rebecca Pulak

Akhir-akhir ni merata-rata EB baca tentang blogger menceritakan tentang Usop Wilcha di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Siapa yang menang kategori pelakon popularlah, pelawak popularlah, artis paling popular etc. Paling yang EB rasakan dapat perhatian ialah ketika kehadiran Johan dan Usop Wilca yang membawakan watak dari filem Hantu Kak Limah. So, tak perlulah EB menambah satu lagi entri berkaitan dengan ABPBH 2010 ni. Kalau nak baca jugak tentang Usop Wilcah ni, boleh lihat di blog Mr. Kerro ( Usop Wilca )

Siapa Rebecca ni?

Insan bernama Rebecca ini bukan Rebecca Islam artis Malaysia tuh, tapi Rebecca Black artis remaja yang dikatakan dapat mencabar Justin Bieber yang nak datang Malaysia nanti. Rebecca Black baru berumur 13 tahun dan baru melancarkan single bertajuk “Friday”. ARK Music Factory bertanggungjawab sebagai syarikat label untuk Rebecca Black ni.

Sejak biler pulak blog eastbulletdotcom cakap pasal artis ni ye?

Sebenarnya apa yang menarik perhatian EB adalah penerimaan Rebecca Black ini di US. Populariti Rebecca Black ini boleh dikatakan melebihi dari Usop Wilcha yang hanya melenggokkan tangan dan memberi ucapan “Kito Bakor Je!” tu. Namun apa yang membezakan kedua-dua mereka ialah Usop Wilcha popular keranan disukai, tapi Rebecca Black popular keranan dibenci. Pada ketika entri ini ditulis, Official Video Rebecca Black – Friday telah ditonton lebih 92 JUTA kali. Manakala jumlah “dislike” yang diterima 1.8 JUTA, dan “like” hanya 200 RIBU. Sungguh dibenci penyanyi Rebecca Black ini.

Dari apa yang EB lihat, dengar dan baca. Rebecca Black tidak disukai atas sebab:

  • Suara auto-tune
  • Muka tak lawa
  • Lirik lagu Friday

Tapi sememangnya EB mengaku, lirik lagu Friday ini amatlah teruk. Umpama berkata-kata dan mengajar orang tentang hari. Namun lagu/irama Friday ini catchy dan video klip yang kreatif.

Label Rebecca Black iaitu ARK Music Factory memang banyak menghasilkan penyanyi remaja lain yang menarik perhatian EB. Mereka lahirkan artis yang boleh dikatakan berbakat pada usia yang amat muda. Tak seperti rancangan Bintang Kecil atau Idola Kecil di Malaysia ini yang hanya nyanyi tanpa hala tuju.

Jemputla tengok video Rebecca Black ini dan silalah “like” sebagai tanda sokongan pada dia. Cuba bayangkan kalau kita di tempat dia. Memang terasa dibuang masyarakat je. Dahla baru umur 13 tahun. Bagaikan dibalik taik ke muka, ramai juga vloggers yang menyejek lagu Friday Rebecca Black ini dengan membuat video klip dan lirik sendiri.

Rebecca Black – Friday (Music Video Parody)

Yang ini versi ubahsuai kepada lebih Islamik

It’s Jumuah! (Muslim parody of “Friday”)

Bilalah vloggers Malaysia nak jadi berani dan kreatif macam video di atas. Even macam kasar dan keji, at least they have something to point out. Jangan asyik dok cakap depan camera pasal filem ini best lah, macam mana aku blogging lah. Itu semua boleh tulis, tak payah buat vlog pun takpe. Dan EB pelik apsal rakyat Malaysia suka sangat dengan Usop Wilcha Hantu Kak Limah ni. Oh Malaysiaku!


eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi – 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

9 thoughts to “Asyik Dengan Usop Wilcha Je, Meh Layan Rebecca Pulak”

  1. pada pndgn peribadi sy, sy tak tau apa istimewanya si usop sehingga menjadi ikutan masyarakat kita. apa yg hebat sgtnya? menyampah sy tengok lg ada lah..tiada nilai kesenian..

    tgok lah artis barat, dibenci skali pun ttp mendapat rating tinggi dlm masyarakat..

  2. aku pun xtau napa seburuk2 rebecca ni pun, msih dpt hits tinggi… tp tu la mungkin ada yg ckp ok, ada yg xsuka tp xmusthil ada yg suka…mcm ko ckp ty aku stuju tang blogger kita dah2 la buat vlog yg mngarut, baik buat vlog yg berilmiah skit…

    1. dia dapat hits tinggi disebabkan orang cam aku ni la. mempromote. bila orang cakap dia tak besh, mesti kita rasa nak tengok. secara tak langsung dia dapat hits tinggi.

  3. Apa yg best sangat dengan lawak Usop Wilcha nih?aku rasa lawak yg dibuat biasa je aku tengok. Rebecca Black tak lawa?pada aku cantikla,kalau bujang dah lama aku pinang,itupun kalau dia sudi,haha

    1. usop wilcha. sekadar fenomena. akan berlalu seperti angin juga. rebecca black pula, akan melancarkan solo terbaru.. memang tak dinafikan dia agak lawa. muka pun macam orang dah tua, tapi budak-budak ja..

Leave a Reply