Jom Bela Kucing Di Rumah : Mudah Je!

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang umum bagi rakyat Malaysia selain dari anjing, ikan dan ayam. Sifat kucing yang manja, comel dan lincah membuatkan ramai ingin memilikinya sebagai haiwan peliharaan atau pet di rumah. Namun di sesetengah kawasan perumahan, kucing tidak boleh dibela. Memang cukup mengecewakan bagi yang meminati kucing. Tapi ada juga yang minat dengan kucing, takut untuk bela kucing di rumah. Bukan atas kekangan peraturan, cara penjagaan menjadi permasalahan. EB juga mengalami perasaan yang sama pada mulanya. Setelah beberapa minggu membela kucing, baru EB tahu tak susah mana nak jaga kucing ini. Jadi dalam entri ini EB kongsikan langkah permulaan untuk bela kucing. Ingin EB ingatkan, I’m not a professional about cat, so I just share my experienced with cat for almost 6 months only. I hope if my informations gone wrong, do correct me.

Perkara Asas Perlu Ada di Rumah Untuk Membela Kucing :

  • Kawasan untuk meletakkan kucing – boleh jadi sangkar, bilik atau open. terpulang sama ada anda nak jadikan kucing peliharaan indoor cats atau outdoor. macam Mia ( my cat), EB latih suruh duduk dalam rumah (indoor). So, kalau keluar rumah. Letak dalam sangkar. Tapi dinasihatkan janganlah letak kucing terlalu lama dalam sangkar yang kecik, kesian mereka. Cuba bayangkan diri kita dalam tempat sempit, mesti tak selesakan?
  • Scratching pole/texture – ini penting supaya kucing tak mencakar kerusi kulit anda etc. ┬áMia dulu selalu cakar kerusi, tapi bila dah beli scratching pole, baru henti tabiat tu. Ini sebab kita dah sediakan alternatif untuk dia. Kalau kita tak nak barang-barang di rumah rosak, sediakanlah sesuatu texture untuk kucing cakar.scratching pole
  • Litter box/ kotak pasir kucing – kucing macam manusia juga, perlu buang air. So litter box ini menjadi tempat untuk melepaskan hajat. Mungkin litter box ini lebih berfungsi kepada kucing indoor, kalau kucing outdoor mungkin akan buang merata-rata di luar. Kalau tinggal kampung oklah, tapi di bandar. Boleh buat gaduh dengan jiran!
  • Pasir kucing – boleh beli di mana-mana kedai yang menjualnya. Pelbagai jenis ada, yang kedap baulah, yang tiada habuklah. Belilah mengikut kemampuan masing-masing. Pasir ini perlu diletakkan di dalam litter box tadi.
  • Makanan kucing – kucing bukannya makan angin boleh kenyang. bukan juga menggunakan proses fotosintesis untuk terus hidup. Jadi kucing perlukan makanan. Malaysia memang mewah dengan makanan, begitu juga dengan makanan kucing. Jadi pilihlah makanan yang mengikut kemampuan anda dan umur kucing anda.
  • Permainan kucing – ini mungkin side need. tapi EB rasa penting kalau kita nak kucing yang aktif. biasa kucing suka kejar benda, jadi ciptalah sesuatu permainan yang boleh kucing kejar. Kalau Mia, EB sediakan satu rantai dan ikat sesuatu di hujung. Then Mia akan kejar benda di hujung tu. Sambil main dengan kucing, badan juga boleh senaman.

Perkara Asas Perlu Anda Lakukan Setelah Membela Kucing :

  • Menyayangi kucing anda – buat apa kita bela kucing kalau nak sepak terajang dia je? Jadi sayangilah kucing itu seperti menyanyangi orang yang paling anda sayang. sesungguhnya kucing juga ada perasaan.
  • Mandikan kucing – kalau banyak duit, boleh hantar ke pet shop. Tapi EB prefer buat sendiri. Just beli syampoo pet di kedai. Bawak masuk Mia dalam bilik air sambil dia meraung-raung. Basahkan badan dia dan sabunkan then bilas. Kucing pun kene mandi, kang busuk je kalau nak peluk-peluk dia.
  • Cuci pasir kucing – kucing punya litter box tiada flush, jadi pemilik kucinglah yang kene bersihkan sisa najis kucing tu. Mudah je, hanya pakai penutup hidung (kalau tak tahan bau), amik scoop, scoop najis, masuk dalam plastik. Siap! Lakukan perkara ini sekerap mungkin agar kebersihan terjamin. Rumah pun takdelah bau najis je.
  • Beri makan dan minum – bagilah kucing makan mengikut rutin yang sesuai. Jangan kasi bedal je.
  • Vaksin kucing – ini untuk mengelak kucing dari mendapat penyakit. Boleh bawa kucing ke klinik haiwan terdekat untuk mendapatkan suntikan. Tak mahal pun.

bela kucing

Kucing merupakan makhluk Tuhan juga. Jadi jagalah mereka, sayangilah mereka. Jika nampak mereka di luar, jangan sepak terajang seperti mereka patung tak bernyawa. Sungguh pun ada tak menyukai kucing, patutkah anda membencinya? Bagi sesiapa yang baru nak membela kucing, teruskanlah niat murni anda. Banyak ganjaran pahala diterima. Berilah kasih sayang padanya.

 

share-it

19 thoughts on “Jom Bela Kucing Di Rumah : Mudah Je!

  1. aku dlu ada kucing, nama dia tom..aku jumpa msa kcik lg, bela smpai besar.. mmg bijak kucin nii, kucing aku tu pndai berak kt jomban tuh.. cuma tak pndai pam je…hehe tp skrg kucing tu dah takde, ilang kene culik atau mati taktau..lari dr umah ke.. xjumpa2… skrg aku bela arnab :)

    • berat kat jamban tu kene latih kan? ke dia pandai sendiri.. aku takut kalau dia berat jamban, dia terbabas masuk sekali. tu malas nak latih.. biasanya kucing hilang sebab mati, atau orang culik je. sesat itu amatlah rendah risikonya… arnab pun aku pernah bela dulu. tapi tak best, diam je..

      • aku xltij dlu tp dia tau sndiri dia slalu nmpk kitorg kuar msuk jamban tu dia tau..hehe.. tp xder lak di jtuh lubang… tu la aku rasa kucing aku mati tp tak tau mti dimana…sbb xjumpa pun mayat dia..huhuh..arnab mmg agak diam hehe

        • kiranya dia berak them tinggal kat jamban je la? aku tengok dalam utube ada kucing buang dalam lubang jamban kot. takyat cuci dah. ada pulak yang pandai flush sendiri.. biasanya kucing kalau mati, dia takkan bagi tuan jumpa mayatnya. supaya tuan dia tak bersedih.

          • sediakanlah jamban yg duduk tu..huhu..skurang2nya risiko nak mati terperosok dlm jamban yg lubang jauh ke dalam tu tak ada..mesti dia suka berenang bila terjatuh..

          • ada jugak tengok tutorial dalam utube macam mana nak ajar kucing buang dalam tandas duduk,tapi si Mia ni masuk toilet pun dah bising. takut kene mandi..

    • sama la kita.kami sekeluarga sayang sangat kat Omeyy.kami jumpa omeyy kat tepi longkang,baby lagi.cantik,putih,gebu,mata colour biru dan pandai.bila besar org kidnap…

  2. Kat rumah aku ada banyak kucing. Tapi tak pun pakai benda kat atas tu, BTW thanks for the tips, bab mandikan kucing tu memang selalu la.

    • benda mana? scratching pole tu ke… dulu mula2 tak beli juga, tapi bila Mia asyik cakar kerusi, baru beli satu… Mia ni kalau mandi susah sikit, jadi 2 minggu sekali je mandi..

    • my mom pun allergic jugak. tapi dah lama2 ok je. same with my brother in law, mula2 allergic. after a few weeks, takde dah perasaan tu. inilah keistimewaan haiwan belaan Nabi Muhammad SAW.

  3. Pingback: Kucing Berak Dalam Rumah : Salah Siapa?? | Eastbullet[dot]Com

  4. Nk bli kcing sms jer sya. .8Bulan jntan parsi spscial mata warna dua..wrna puti blunye..sms 0134081045/0142105834..sy nk jual rm1500 blh brunding kt klntan ni..

  5. saya baru je bela kucing hr ni..ank kucing..mmg x de ilmu lansung.. nak bela tp x reti, nak buang mmg x ler, sayang.. ishk susah hati jadinya asyik mengiau jer.. bg mkn dia x mau, esok pagi2 sy nak mandikan dia sbb dh mmg kotor giler, dia masuk duduk dalam enjin kereta kt tmpt keje.. habis minyak badan!! sedih plak saya nengok dier.. dia x mau mkn.. ke dia lapar susu????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>