Skip to main content

Pengalaman Kerja Di ASWARA

Dalam dua minggu ini aku cuba lari dari zon selesa. Seorang kawan sekolah mengajak aku bekerja. Sementara menunggu kemasukan ke IPTA September nanti, baik aku isikan dengan bekerja. Dapat juga buat duit.

Pada mulanya kawan aku kata kerja di pejabat, tapi yang peliknya pakaian bebas. Cuma pastikan berkasut. Sungguh aku pelik. Ada ke kerja pejabat yang boleh pakai bebas je. Sebagai langkah berjaga-jaga, pada hari pertama kerja aku pakai t-shirt berkolar, seluar jeans hitam, kasut dengan rambut yang kemas. Maklumlah, nak kerja pejabat. Kene juga jaga imej. Semasa dalam perjalanan menunggang Modenas GT128 ke tempat kerja, aku masih tak tahu di mana aku akan kerja. Aku hanya menjadi ekor dibelakang mengikut kawan-kawanku. Peh! Masuk Bukit Tunku, jalan yang amat sunyi tanpa kenderaan serta selekoh yang merbahaya. Macam-macam bermain di fikiranku.

Setelah beberapa ketika, muncul bangunan-bangunan selepas meredah lautan pokok hijau. Ternampak bangunan JKR. “Oh, kerja di JKR kot. Oklah tu.” , kata di hatiku. Tapi kami melewati bangunan JKR tanpa pandang ke belakang. Muncul pula satu bangunan yang tidak pernah aku tiba. Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan?? ASWARA ke?

logo aswara

Sambil menunggu tugas pertama di cafe ASWARA, hati aku masih berbisik penuh tanda tanya. “Nak kerja apa ni? Tolong sesi ujibakat ke? atau tolong penyediaan pelajar baru?”. Aku diperkenalkan dengan Abang Mus yang menjadi koordinator kerja aku di ASWARA. Sangkaan aku meleset sekali, aku dan kawan-kawan ditugaskan untuk memindahkan barangan pejabat dari satu tempat ke tempat yang lain. Menyesal pakai elok-elok!

Kerja kami amatlah berat. Bayangkan bagaimana kami memindahkan meja, almari besi, kotak-kotak seberat lebih 15kg, dari satu aras ke aras lain. Dari satu bangunan ke bangunan lain. Pengalaman paling melekat di kepala bila mengalihkan mesin fotostat ke aras yang berbeza menaiki tangga. Lapan tenaga remaja mengangkat mesin tersebut selangkah demi selangkah. Ada ketika hampir terjatuh menghempap kaki.

rambut palsu aswara
pakai rambut palsu jumpa masa memunggah barang

 

Kini aku sudah berhenti dari kerja ini. Bukan dek kerana tak tahan dengan bebanan. Cuma ada perkara lebih penting untuk diuruskan. Ditambah pula kecederaan demi kecederaan. Mulangan kaki, pergi ke lengan, kini tangan. Otot-otot juga mula tegang dan minta direhatkan. Cukuplah pengalaman hampir 2 minggu kerja di ASWARA. Bukan dapat pengalaman sahaja, dapat juga cuci mata!!

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi – 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

8 thoughts to “Pengalaman Kerja Di ASWARA”

  1. Pengalaman tu sgt berharga…aku dulu masa memula jejak kaki ke KL memacam kerja yg aku buat…banyak yg merapu dr yg oknye..
    Tp tu laa pengalaman yg terbaik aku…

    #mase OJT kat Korea dulu, aku penah tgk bebudak derang punggah barang….lagi hebat bro, datang siap pakai kot all black lagi..time keje bukak kot, siap je pakai balik…terbaikkk arrr:)

    1. aku pun saja je amek kerja berat ni, selain dapat duit, dapat juga sihatkan badan. tapi untuk orang yang pendek bahayalah, takut terbantut tumbesaran..

      #kat korea or japan memamg camtuh.. sampaikan pengemis punya pakaian pun boleh jadi fesyen,

  2. owh, bekerja rupanya..haha..mjurlah tak join teater ke apa.pndai berlakon tak?

    hmm.. apapun..smua tu pengalaman kan.. đŸ™‚

    1. pernah sekali je berlakon theater, lepas tu tak dapat peluang lagi dah. mungkin sebab badan yang tinggi dan besar. takut tak match dengan pelakon lain yang kecik-kecik tak cukup tumbesaran.. pengalaman dalam hidup tu penting, ada la jugak benda nak borak2 dengan orang dari borak kosong.

Leave a Reply