Teruknya Layanan Di Kedai Basikal Melayu Berbanding Kedai Cina

Pertama sekali ingin EB tegaskan ini bukanlah entri bersifat perkauman. Cuma EB menyatakan realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian. Sekarang ni EB memang busy mencari kedai basikal yang ada jual basikal Raleigh Oakland Hybrid. Tapi mostly dalam kebanyakkan kedai, jual Fixie je. Maklumlah, tengah musim. Dari satu kedai ke satu kedai EB merayap. Dari KL hingga ke Selangor. Dari online hingga ke offline search.

Hari ini EB pergi ke satu kedai basikal di kawasan Taman Melawati dan satu lagi di Taman Sri Sinar. Apalagi, mengerah tenaga Modenas GT128 lah untuk travel. Di Taman Melawati kedai melayu. Di Taman Sri Sinar kedai cina. Ikuti pengalaman ringkas EB di bawah :

Kedai Basikal Melayu di Taman Melawati :

  • masuk kedai, dalam hati bersuara.. ” besar jugak kedai ni. banyak giler basikal”.
  • lihat ada seorang budak, seorang tengah repair basikal. Dan beberapa pelanggan lain.
  • membelek basikal seorang diri sambil pandang-pandang jika ada yang nak layan.
  • sudah 5 min merayap dalam kedai yang besar tu. macam-macam brand ada. Raleigh, Dabomb, Fuji, Giant etc.
  • masih tiada seorang datang layan. Aku terus pergi pada yang tengah repair basikal, datang rapat. Tapi tak pandang.
  • “bang…..!” dia masih tak pandang. “Bang!!!”, tinggi nadaku. Baru dipandangnya.
  • “emm… basikal raleigh oakland ada tak?” … dia jawab “ada kat sana”. sekadar menunjuk dengan jari.
  • aku pergi ke arah yang dituding, tapi tak nampak pon.
  • dia panggil aku semula, ” cari yang Raleigh Hybrid ke? itu takda stok”.
  • “celaka!” dalam hati berbisik. Tadi suruh aku pergi tengok tu macam ada je.
  • aku tanya lagi, “agak-agak bila ada ye? dalam dua minggu boleh?”. Dia jawab, “oh tak lama tu, dua tiga hari adalah.”
  • “kalau saya nak tempah macam mana ye?” kataku. Dia jawab, “bla bla bla blaaa, tulis nama”. Tak faham langsung aku dia cakap apa.
  • Dia menunding jari lagi pada orang lain untuk aku tulis nama. Aku tanya dia mana satu orang tu? Dia hanya cakap di sana. Ye ini kali pertama aku datang kedai ni, dan orang tu ingat aku kenal semua orang dalam kedai tu.
  • Aku menghampiri seorang yang agak berumur dan tanya, macam mana nak tempah ye?
  • Dia jawab, “nak tempah kene tulis nama”. Memang aku bodoh, sebab tu dia cakap perkara sama dengan orang tadi padaku.
  • Aku dengan nada tegas, ” Tulis nama kat mana, lepas tu nak buat apa?” Langkas dia jawab, “Bos takde, so tak boleh nak tempah. Kene tunggu bos balik makan.”
  • Dalam hatiku terus menjerit, “buang masa aku betul! kalau nak tunggu bos kau datang, baik ko tak payah kerja!” Aku terus ucapkan terima kasih dan keluar dari kedai.
  • Terima kasih ku langsung tidak dibalas.

Kedai Basikal Cina di Taman Sri Sinar :

  • aku tengok dari luar, ada basikal Raleigh! Harap-harap ada jual basikal yang aku nak.
  • aku melangkah masuk kedai, terus disapa dari jauh. ” Ye bos! Mau cari apa?”
  • “nak cari basikal hybrid lah…”. Terus dibawaku melihat koleksi basikal yang ada.
  • dia tunjukkan aku pada satu basikal hybrid jenama Polygon, dan terus sebut harga sedangkan aku tak tanya.
  • “bujet you berapa?” tanya pekedai. Aku nyatakan bujet ku dan terus tanya tentang Raleigh Oakland Hybrid.
  • Dengan mesra dan ramahnya pekedai jawab, “aiyaa. itu sudah habisla. bulan depan baru sampai. nanti saya kol tanya harga dan bila boleh sampai.” ┬áSekali lagi dia sibuk je nak bagitau aku harga padahal aku tak tanya.
  • Lama jugak dia borak dengan bahasa ibunda dia. Aku pun naik bosan. Selesai je borak, pekedai bagitau aku harga sekali dan tawaran istimewa lagi. Sekali lagi dia sibuk-sibuk bagi tawaran istimewa padahal aku tak mintak.
  • Dengan ramahnya dia mintak no phone aku untuk call aku jika stok dah sampai. Namun aku tak bagi, takut dia bagi amoi lain nombor tu. Kene kacau plak nanti.
  • Aku ucapkan terima kasih dan keluar dalam kedai.
  • Pekedai pun balas dengan cakap , “ok bos! thank you!”

Anda nilai sendiri dari situasi di atas. Yang mana lebih bagus bagi kita pengguna atau orang yang ingin membeli? Tidak hairanlah kaum Cina hebat dalam perniagaan. Pandai tarik hati pelanggan. Namun tak dinafikan terdapat juga peniaga Melayu yang ramah dan baik hati macam pemilik Neocycles. Situasi hari ini memang buat EB panas hati di Taman Melawati sebab kedai tu jauh dari rumah. Dengan keadaan demam dan cuaca panas, sanggup meredah lalu lintas jauh-jauh. Tapi layanan diterima macam serupa kedai takde orang jaga pun. Diharap bagi pemilik-pemilik kedai lain, layanlah pelanggan anda sebaiknya.

27 thoughts on “Teruknya Layanan Di Kedai Basikal Melayu Berbanding Kedai Cina

  1. Memang realiti bro, saya pun pernah kena macam ni gak..kadang2 kita nak majukan kedai melayu tapi orang melayu sendiri budi bahasa tak jaga, customer tak jaga, terpaksa lah pergi kedai cina yg lebih mesra…nak mengata kaum sendiri,tapi nilah realitinya dalam kehidupan sekarang..

  2. em, isu perkauman Melayu yang tak ada budi bahasa. pertama sekali sy bengang mcm haram jadah buat iklan budi bahasa budaya kita sedangkan Melayu sbnrnya tak mcm tu lgsung!!

    mmg servis kedai cina adalah yg terbaik, sbb tu diorg maju. kalau kedai melayu mcm tu lah, servis ter hampeh. mcmana nak maju.

    lagi stu EB, yg kedai melayu tu, tokey dia melayu ke? kalau ya,ok. kalau tokey dia cina, kau yg melayu tu sedar diri sebenarnya anda tu kuli sahaja.sila jgn berlagak sgt..biasanya mcm tu lah. kedai cina, pelayan melayu,pelayannya yg terlebih bongkak.

    maaf kasar bahasa, panas juga baca entri ni sebab selalu jadi perkara ni di kedai MELAYU.huhu

  3. sebab tu aku gi kedai cina kalau nak repair basikal. Servis cepat, bagus..siap boleh borak pasal politik lagi. haha..

  4. Tu mesti tak puas ati dgn boss dia…mungkin gaji kecik atau pun derang baru lepas kene marah kott….
    (pikir positif jee…:))

    #layan MTB gak ka bro?

    • rasanya memang budaya kerja macam tu kot.. dia ingat beli basikal ni macam beli baju kat emporium.. di emporium yelah kita boleh tengok dan cuba baju tuh. kalau kat kedai basikal takkan nak angkut je basikal tu then cuba..

    • sekurang-kurangnya kita dilayan, event diorang tipu kita dalam selling or other things.. dalam setiap perniagaan, customer service paling diutamakan…

    • betul tu. tapi kadang-kadang kita kene pandai fikir apa yang dinasihatkan. sebab itu pun sebahagian taktik peniagaan mereka untuk kita beli barang lain dari kedai mereka..

  5. INI ANTARA MASAALAH APA2 JENIS PERNIAGAAN ORG MELAYU,

    1.tokey x ade kat kedai,tiada pembantu hanya makanik mcm kes EB

    2.pekerja x prihatin dan mesra alam dgn pelanggan

    3.kurang kemahiran melayan pelanggan

    4.pelanggan yg cerewet dan kadangkala suka menipu utk dpt hg murah

  6. dari pemerhatian saya, bukan semua peniaga melayu macam tu…kdg2 pelanggan melayu tu sendiri yg tade budi bahasa…. bila masuk kedai cina,lembut gigi dari lidah… tp bila masuk kedai melayu, takde bahasa yg indah pun…. salam yg diberi pun kdg2 x berjawab… bila ditanya, terus keluar dari kedai tanpa sepatah kata… tu belum lg bab nak beli barang…bukan takat tawar menawar lg da…seboleh2nya hrga yg dorg nak lebih rendah dari kos yg peniaga kena tanggung.. kalo da peniaga melayu bagi diskaun…dengan selamba ngata takat kurang 5% – 10% tu bukan diskaun… ada yg lagi x malu nak beli brg berharga rm1.50 pun nak diskaun sampai 50%…. erm..ni sikap pelanggan2 melayu yg dg ke kedai melayu… tapi sgt2 berbeza sekiranya dorang masuk ke kedai cina or india…. tak penah dengar pun bahasa2 yg sebegitu… kalo tokey cina tu kata tade kurang… akur saja… kalo cina tu kata hrga rm5.80 kasi u 5.50…wah!! da bangga giler sbb dpt diskaun 30sen….
    ermm.. sesetengah pelanggan lebih rela pilih ditipu dlm membeli dari tdk mendpt service yg diharapkan…

    • memang betul apa yang diperkatakan. bukan semua perniagaan Melayu macam tu. saya ada nyatakan dalam perenggan terakhir. bab pelanggan tak mesra itu bukan masalah nya. “customer always right”, apa yang customer buat pekedai harus faham. rasanya pelanggan tak msera bukan satu masalah. bab tawar-menawar, itu perkara biasa. semua orang nak murah. pekedai pulak nak untung. kenelah pandai kawal supaya customer tak tawar terlalu rendah.

  7. ni la melayu zaman sekarang suke sangat puji bangsa lain kutuk bangse sendiri!!!!! macam hang. Jahat betul hang pun oang melayu gak abis 2 buat pe nak kutuk ……… :( cube pikir positive sikit entah pekerje 2 baru kerje lagi ke tah2 die lepas kne marah ngan bos ke….kedai cine bukan semue bagus cekik darah tau tak

    • ni dia realiti sebenar melayu zaman sekarang. tegur sikit melenting. kutuk dengan memberi pendapat pun tak tahu beza. dalam penulisan aku ni aku tak nampak sebarang elemen kutuk atau memuji. ianya adalah cerita apa yang berlaku. dan aku tak pernah kata semua kedai cina bagus, atau semua kedai melayu teruk. Aku siap sediakan lagi link untuk kedai melayu yang bagus layanannya.. Ke kau baru lahir semalam dan belajar membaca???

  8. Sedih aku baca komen2 dan cerita kt dalam ni. . . Aku sedih bila ada orang komen pasal melayu Teruk punyala ramai ikut komen sekali. Mungkin kita pernah dengar atau terbaca ni ” kalau buruk beritahu kami kalau baik beritahu kawan”. So kalau buruk service oleh orang melayu tegurla ownernya dan kalau baik servicenya bagi tau kawan or tulis dalam blog ni yg service kt kedai tu bagus. Baru boleh maju bisnes org melayu Aku ni jenis tak apa mane2 kedai tapi kalau ada kedai melayu aku pergi kesana dulu. Aku faham satu melayu kalau nak jual barang mesti mahal tapi untung kecik kalau bangsa lain jual murah tapi untung banyak sbb supplier bangsa lain. So aku selalu bersangka baik dgn kedai melayu biarpun mahal dan .xfriendly. Sape lagi nak bantu kedai melayu kan?

    • harap luaskan sikit pemikiran dalam pembacaan. dalam entri ni saya bertulis tentang layanan.. tak sebut langsung pasal harga.. tujuan saya tulis entri macam ni supaya peniaga lain sedar, mereka perlu melayan pelanggan sebaiknya. harga mahal atau murah, itu perkara kedua. yang penting macam mana pelanggan dilayan. saya bukan jenis manusia hipokrit tulis perkara baik je, dan terlalu bangga2kan orang. Saya cakap dan tulis mengikut apa yang saya rasa dan saya fikirkan. Itu cara saya menulis. Harap maaf kalau anda tersinggung dengan apa yang disampaikan.

  9. Salam.
    Memang betul tulisan EB tu, memang KEBANYAKAN orang Melayu begitulah sikapnya, buat endah tak endah jer bila kita ke kedai dia. Kedai Cina pula, memang sangat baik, ramah tamah tapi itu taktik berniaga. Mereka memang pandai dalam bab-bab mengambil hati orang ni.
    Ada orang tak kisah pasal harga, asal dilayan macam VIP, mulut manis, hati terpaut…alih-alih duit dikaut…eheh.
    Tapi bukan semua…EB ni tulis pun untuk ambil perhatian yang lain; yang baik, ramah, jujur, ikhlas…janganlah ambik hati.
    Peace no war… :)=

  10. bro..kalau kat melawati..satu je ada kedai basikal. pemiliknya bukan melayu lah..aku arif benar dengan area2 situ sb aku juga mountainbiker. yg bro tanya tu pekerja atau mekanik kedai tu (satu satunya mekanik yg ada knowledge ttg mtb,yg lain..semua kaki auta)…tokey dia ca ya alip…. juga. xusah bangkit isu kaum melayu lah rasanya..sb bro belum lg pegi kedai beskal kat ss2..kedai botak namapanggilannya..ca ya alip… jugak..kalau bro pegi situ..lg laaaa..bos dia ka..pekerja dia kaa..sama ja..kalau takat dtg ngan keta biasa2, dia xnampak pun hang bro… tp kalau dtg ngan x5 ke..fuhhh..!!! itu jam jugak dia cerita hal beskal dimana bro akan ada knowlegde mountainbike macam 20th punya mountainbiker… so..kat sini…nak bgtau..bukan bangsa yg tentukan..tp prangai org/masing2…

    • semua orang ada pengalaman masing-masing.. macam saya, ini pengalaman dan cerita saya. mungkin kedai yang di melawati tu tokey bukan melayu, tapi semua kat dalam tu melayu. So aku anggap itu kedai melayu lah. lagipun masa saya datang dia cakap tokey takde kat kedai, so tak tahu siapa tokey sebenar. saya ceritakan perkara ni dalam blog supaya mereka yang membaca dan kebetulan berniaga tuh agar perbetulkan sikap. Tak kisahlah bangsa apa.

  11. Salam, bro.. Rasanya saya tau kedai basikal di taman melawati yg dimaksudkan ni.. Dah banyak kali singgah.. Memang dah biasa sgt dgn perangai pekerja2 di kedai ni.. Masa pertama kali pergi mmg panas dgn sikap pekerja2 ni.. Lebih2 lagi dgn pekerja yg dah berumur tu, muka sombong gila igtkan pandai sgt bab2 basikal ni.. Walhal, baru tanye sket dah speechless.. Tak reti nak tarik hati pelanggan langsung.. So, saya hanya pergi ke kedai BW ini untuk membeli brg2 basikal yg tidak dapat dikedai basikal lain.. Dan terpaksa menahan kerenah dan sikap pekerja2 di kedai ni yg tak pernah berubah.. Sabar je la..

  12. salam…mmg u pndang kdai cina tipu,cekik darah tp kne tau jgk kbanyakan barang2 kt kedai cina bkualiti…i pn main basikal jgk amatur,slu servis basikal kt kedai cina sbb servis tip top,barang kualiti tinggi n layanan pn bagus…da 11thun da main basikal sejak zaman2 sekolah lg,kedai 2 la yg i pegi klu nk upgrade or repair,layanan n servis tetap sama mcm dlu..bbanding kdai basikal melayu tokey2 melayu ni nk makap lebih tp barang xbrapa kualiti..ada satu kdai,lokasi drahsiakn.dtg nk servis basikal,bila kita dtg kedainya pn pekerja lnsung x alert,xde la nk btanya apa yg kita nk..tokeynye pn sama,bila i tanya jwb pn nk xnk je…ble i tanya lebih lanjut lg dia da marah2,dia dia sound i “benda 2 xde kat sini dik,klu ko nk ko pg cari kt kedai lain..buang masa ko je dtg sini..”..dgn hati yg bengkek i balik n pg kedai yg biasa i pegi n bnda 2 ada jual kt situ…2 la org kita,ble kita ckp je melayu xblh mniaga mcm cina banyak yg melenting,tp kne sedar pelanggan yg 1st time dtg 2 mybe akn jd regular customer…2 je kelemahan peniaga melayu…

  13. kedai basikal d TTDI Jaya ada satu saja…melayu ponya……..kecil sahaja…2 pekerja dan isteri dia tolong juga….kalau basikal aku rosak atau basikal anak rosak bawak sana lah…..pekerja dia sangat responsif kalau kita bertanya…bini dia pun tak kelorek perkataan kalau kita bertanya….owner dia ni dalam 40 an… selalu nampak kat masjid….nampak macam bagus jer…pekerja dia pon takdak komen..so far so good….harga pun ok ….upah dia berpatutan….

Leave a Reply