Skip to main content

PS3 Move Is Making Me On The Move!

Selama ini EB tak pernah mencuba permainan konsol era baru sama ada xbox 360, wii, ps3. Zaman terakhir game konsol yang dicuba ialah game tape je. Namun baru-baru ini EB amat bertuah kerana dapat mencuba, menghayati dan bersentuhan bersama Sony Playstation 3. Mencuba game wrestling nya saja sudah cukup membuatkan EB terpesona dan terasa nak beli satu untuk diri sendiri. Mungkin kerana tiadanya game wrestling versi PC semenarik versi PS3. Untuk bermain PS3 ini EB terpaksa mengharungi jalan dari Segambut hingga Taman Melawati untuk ke rumah kakak kerana di situlah terdapat PS3 yang masih bau kedai dan tak berbuka habis balutannya.

ps3 dual shock
Pada mulanya EB mencuba game WWE SmackDown vs. Raw 2011 menggunakan Dual Shock Wireless controller. Walaupun controller ini tak menarik hati EB seperti mana Xbox controller lakukan sebelum ini, graphic serta gameplay WWE itu sendiri membuatkan kita lupa betapa tak selesa controller tersebut. Selepas itu, abang ipar EB mungkin terdengar bisikan hatiku untuk mencuba PS3 Move. Dibelinya pula dengan harga agak ratusan dan free sport game.

ps3 move motion

Ini merupakan kali pertama EB face-to-face dengan Playstation Move motion controller ini.Rupanya seperti control tv yang mempunyai mentol di hujung. Kadang-kadang macam light saber pun ada. Disediakan bersama USB camera dan klip yang perlu dipasang pada mana-mana tempat yang selesa. Tempat paling sesuai atas TV rasanya. Mulanya EB mencuba game Volleyball atau bola tampar pantai. Rasa kekok pun ada pada mulanya walaupun diri ini hebat bermain bola tampar. (he3!) Sungguh tak disangka, EB cuba untuk main game tersebut seperti betul-betul sedang bermain di gelanggang. Ternyata rasa kekok itu hilang. Ini kerana perasaan realiti dari PS3 Motion controller itu sendiri membantu.Teknik seperti digging, spike, blocking, underhead serve, overhead serve semua dapat dilakukan seperti keadaan sebenar. Malah dive pun ada! Tapi janganlah dive masa tengah main game tu, just gayakan je. Kang tak pasal-pasal patah riuk tulang dibuatnya.

Game seterusnya EB cuba ialah Gladiator, iaitu bermain lawan pedang. Ini memang game yang betul-betul memenatkan. Kita terpaksa membuat gaya seperti memegang pedang. Hayunan juga harus betul-betul, jika tidak hit pada lawan akan rendah. Jika ada dua PS3 Motion controller akan jadi satu kelebihan kerana satu lagi kita boleh kawal shield. Namun begitu, satu juga dah memadai kerana ada button perlu ditekan jika mahu aktifkan shield. Cuma kurang puaslah.

Selain dari dua game tersebut, EB juga ada cuba game memanah, ping pong dan juga petanque. Sememangnya semua game ini jika dimain menggunakan PS3 Move membuatkan diri rasa seperti betul-betul berada di gelanggang. Ketepatan, swerve, hayunan semuanya diambil kira. Selepas ini nak cuba game tinju dan tembak-tembak pula versi PS3 Move.

Kini game sudah menghampiri realiti. Adakah selepas ini sensor untuk satu badan pula dicipta? Ini bukan mustahil……

eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

4 thoughts on “PS3 Move Is Making Me On The Move!

  1. wah.. boleh main games ping-pong maya… tak sakit sangatlah tangan aku nak menyemash,lepas nie….bola pun jimat, tak payah fikir nak beli kalau pecah… lol

Leave a Reply