Skip to main content
superbike malaysia

Superbike World Championship SBK 2011 Gameplay Review

SBK 2011 telah dilancarkan pada May 2011 yang lepas. Game ini diterbitkan oleh pihak Milestone dimana Black Bean Games sebagai penerbitnya. Game ini berbentuk perlumbaan motor berkuasa tinggi di litar rasmi. Antara kategori motor yang disediakan ialah SBK, Supersport, Superstock 1000, SBK Legends. Apa yang menariknya ialah motor dan pelumba yang ada dalam game ini adalah sama dengan dunia sebenar! Terdapat 9 game modes, 79 penunggang dalam semua kategori, dan 16 litar disediakan dalam SBK 2011.

Grafik :

  • Memuaskan bagi sebuah perlumbaan motosikal di litar
  • Perincian pada sticker body motor, eksos, helmet memang dikagumi
  • Environment yang sesuai, tidak memberatkan game
  • Kesan tayar pada litar memuaskan
  • Kemalangan agak kurang realistik dari segi kerosakan motor (tapi kalau real, eksident terus takley bawak. better macam ni)

Game Mode:

  • Career Mode : iaitu kita create pemandu baru untuk jadi pemandu professional. Boleh pilih nak masuk team atau bawa motor apa. Bermula dari kategori Superstock 1000 hingga ke Superbike. Setiap perlumbaan akan ada Free Practices, Qualifying dan Race.
  • Quick Race : hanya pilih litar mana, penunggang dan jenis motor. boleh pilih mana-mana kategori motosikal. terus race tanpa melalui pusingan kelayakan.
  • Time Attack : sesuai untuk practice pada satu-satu track. selepas kita buat satu catatan pusingan, akan ada ghost rider yang merupakan catatan terbaik kita.
  • Race Weekend : Hampir sama dengan Quick race, cuma ada pusingan kelayakan, free pratices.
  • Championship : Gabungan antara Career Mode, dan Race Weekend. Player akan memilih motosikal mana yang mahu dan akan berlumba di semua track. Pada setiap track akan ada Race Weekend.

superbike malaysia 2011

Sound :

  • Bunyi motor memang sedap didengar. Namun tak pasti adakah sama dengan yang sebenar kerana tak pernah dengar dengan telinga sendiri.
  • Setiap jenis motor ada bunyi tersendiri. Sebagai contoh motor kawasaki dan aprillia mempunyai bunyi berbeza.

superbike malaysia 2011

Gameplay :

  • kawalan motor tidak sesusah mana. memerlukan kebiasaan, akhirnya akan capai kejuaraan!
  • cara penunggangan mengambil selekoh ada pilihan yang berbeza
  • ada tiga pilihan bantuan penunggangan iaitu Low Sim untuk player baru, Medium Sim untuk regular player dan Full Sim untuk yang expert!
  • guna keyboard mungkin agak susah kawal motor kerana throttle motor boleh dikawal.
  • boleh buat wheelie dan angkat tayar belakang!

superbike malaysia 2011

Video Gameplay SBK 2011

Secara keseluruhannya game SBK 2011 ini adalah game lumba motor yang terbaik di pasaran sekarang. Bagi yang berangan nak bawah motor besar, bolehlah cuba game ni. Walaupun kawal guna controller, tapi feeling tu tetap ada. Dapatkan di pasaran sekarang!

Untuk maklumat lanjut dan video-video menarik, boleh kunjungi Official SBK 2011 Game Website.

eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

2 thoughts on “Superbike World Championship SBK 2011 Gameplay Review

Leave a Reply