Skip to main content

Kucing Berak Dalam Rumah : Salah Siapa??

Hari ini buat pertama kalinya sikap buruk Mia terbongkar. Disebabkan bau busuk yang datang dari ruang belakang rumah, family telah berpakat untuk kemas dan cari apa puncanya. Setelah beberapa ketika, hati EB sungguh kecewa. Telah ditemui beberapa ketul najis Mia diiringi bau busuk dan hancing. Amat kecewa rasanya. Selama ini EB percayakan Mia yang dia takkan buang air dalam rumah. Sebab apa, bila dia merayau-rayau di luar, Mia akan kembali ke litter box nya untuk melaksanakan hajat. Namun EB fikir balik, ini salah siapa sebenarnya? Apa yang membuatkan dia buang air dalam rumah?

Seperti yang kita tahu, binatang memang tiada akal yang boleh berfikir. Tapi dia boleh diajar. Sama juga macam Mia. Dia hanya akan buang air jika kawasan itu ada pasir, dan ada bekas najisnya. Mungkin ada sekali EB sekeluarga terleka dari hantar Mia ke “toilet” dia, jadi Mia yang tidah mampu bertahan terpaksa buang najis dalam rumah. Bila dia sudah buang di situ, dia akan anggap situlah tempat najis dia selagi tak dibersihkan. Bila EB mengemas tadi, boleh dikatakan stok najis tu adalah untuk 3 atau 4 hari.

mia kucing

Sebelum ini pelik juga, kenapa bila hantar Mia ke litter box, dia tak mau buang. Sampaikan dua hari dia tak buang apa-apa. Jadi EB hanya fikir yang mungkin dia dah membesar, perut dia boleh tampung lebih lama. Sikap positif masih dikekalkan. Tapi hari ini cukup memberi pengajaran. jangan sesekali lupa hantar Mia ke litter box. Buruk padahnya!

Jika dilihat pada tempat Mia buang najis di dalam rumah itu memang logik pada akalnya. Tempat tu terdapat sedikit pasir-pasir dan ada tuala kering lama bertempek di situ. Bila dibeleknya tuala tersebut, maka nampaknya ketul-ketulan yang sudah kering. Nak marahkan Mia pun macam tiada gunanya. Memang salah kita tak kemas rumah dan tak hantar dia ke litter box.

Walaupun kita dah sediakan segala keperluan asas untuk membela kucing, tak semestinya kita boleh buat tak tahu dengan keadaan dalam rumah. Cuba elakkan rumah dari terlalu bersepah dan berpasir kerana itulah kawasan selesa untuk kucing buang air.

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi – 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

9 thoughts to “Kucing Berak Dalam Rumah : Salah Siapa??”

  1. kucing kat rumah aku nk masuk dalam rumah pun tak berani…sekali jejak kaki, kompem penyapu jadi habuan…haha….mak aku mmg tak suka kucing kt dalam rumah. so hidup dia mmg kat luar je

    1. aku takut bagi dia keluar rumah je.. mengawan kang susah aku nak jaga anak2 dia lagik.. kaki dia pun kaler pink je.. bersih… tapi tu lah, time berak dia kene jaga..

  2. pelik, litterbox kat luar rumah?
    jadi setiap kali mia nak buang air kena bawak die keluar rumah la yek?
    cane pulak nak tau bila die nak buang air?

    1. kalau letak litterbox dalam rumah bau dia memang “mengancam”.. so kitorang kat rumah dat setkan waktu Mia membuang.. plus kalau Mia dah tak tahan dia akan gigit kaki sesiapa yang dijumpai dan lari-lari macam kucing tak betul.. tu maknanya dah tak tahan nak melabur la tuh..

Leave a Reply