Skip to main content
pes 2012 demo

PES 2012 Demo : Kelemahan Diperbaiki Kelebihan Diragui

Kesengsaraan menunggu dan menunggu berakhir juga setelah EB berjaya mendownload PES 2012 Demo dengan kelajuan 30kb/s. Tanpa membuang masa EB terus menginstall dan mencuba beberapa match dalam PES 2012 Demo ni. Sememangnya diakui 2 atau 3 match masih tak cukup untuk buat satu review yang baik. Namun EB akan kemaskini dari masa ke semasa untuk memberikan gambaran terbaik kepada pembaca. Jadi bolehlah like fanpage EastbulletdotCom untuk ketahui informasi terkini dan terus lawati blog EastbulletdotCom!

Beberapa jam diluangkan bersama PES 2012 Demo dapat memberi gambaran secara kasar kepada EB bagaimana hasil PES 2012 yang lengkap nanti. Dalam PES 2012 Demo ini ada menyediakan beberapa pasukan sebagai percubaan antaranya Manchester United, FC Porto, Santos, SS Napoli, Penarol dan AC Milan. Selain dari Exhibiton Match, PES 2012 Demo ada juga memberi peluang untuk kita mencuba Mode Training Challenge. Mode yang amat EB rindui.

Kelemahan Yang Diperbaiki

Kelemahan yang dinyatakan adalah dari versi PES 2011 yang telah diperbaiki untuk PES 2012 Demo ini.

  • Grafik Yang Lebih Baik : siri PES dengan kualiti grafik memang tak dapat dipisahkan. Dari tahun ke tahun kualiti akan dipertingkatkan namun keperluan spesifikasi dari PC masih dalam lingkungan yang sama.
  • Situasi Defense Realistik : Jika sebelum ini situasi defending kurang memuaskan seperti opponent terlalu senang rampas bola, badan macam nak jatuh. Tapi dalam PES 2012 Demo setiap langkah defend perlu berhati-hati. Jika kita tertekan button tackle terlalu awal, penyerang dapat melepasi dengan mudah dan seterusnya menjaringkan gol. Selain itu, jika keadaan tackle tak sempurna, penyerang mungkin dapat tarik semula bola yang dirampas.
  • Attack and Defense as a team : Ini peningkatan yang amat EB suka teramat sangat!!! Setiap kali kita attack kita boleh rasa flow of the game. Dan bila defense kita boleh rasa flow nak defense. Contohnya kita akan ada player untuk dipass, dan sekiranya kita pass ke belakang, kita boleh segera pass ke depan kerana ia tak detect sebagai defense move. Dalam PES 2011 jika kita pass ke belakang, teammate lain pun akan turun semula. Jadi dalam PES 2012 Demo kita dapat rancang strategi permainan
  • Tiada sifat teragak-agak : dalam PES 2011 EB amat pelik kenapa sifat teragak-agak boleh wujud dalam player sedangkan kita yang main ni tak teragak pun. Dalam PES 2012 Demo sifat ni dah tiada. Walaupun kita dikepung atau dikerumun, player tak teragak-agak nak shoot atau pass mengikut arahan kita. yeah!! TOTAL CONTROL!!

Kelemahan Yang Nyata

Ini merupakan kelemahan yang terlalu nyata dan harus diperbaiki untuk PES 2012 yang lengkap.

  • Keeper terlalu bodoh..! Ye sangat bodoh. Bola leret pun tak dapat tahan. Hanya memandang sahaja bola bergolek umpama Sharbinee buat masa lawan Singapore
  • Terlalu senang foul?? entahla.. Mungkin EB yang main kasar.

Kelebihan Yang Diragui

Ini mungkin satu peningkatan, tapi diragui keberkesanannya.

  • Off Ball Control : EB masih tak dapat nak gunakan fungsi ni sebaiknya. Walaupun boleh gerakkan player sambil shoot atau passing. Bola tu end up pada kaki orang lain. Ini mungkin memerlukan masa yang amat laaaaaama untuk biasakan diri
  • Player terlalu aktif : Memang bagus player satu pasukan banyak bergerak. Tapi pada satu tahap mereka banyak sangat bergerak passing pun boleh terlepas nak ambil

Tontonlah video pendek yang sempat EB sediakan untuk memberi gambaran secara visual PES 2012 Demo

Nantikan PES 2012 yang akan dipasarkan secara rasmi akhir bulan September 2011 ini. Jangan lupa juga untuk sentiasa kunjungi blog EastbulletdotCom untuk berkongsi cerita tentang PES 2012!

eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

One thought on “PES 2012 Demo : Kelemahan Diperbaiki Kelebihan Diragui

Leave a Reply