Skip to main content

Razer Kiamat Gaming Headset??

Nama Razer rasanya tak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan gamers. Sesuai dengan tagline mereka, “for gamers by gamers”, rasa pelik jika seorang gamers tak kenal apa itu Razer. Jangan disalahanggap dengan Razor pulak ye, ini nama kumpulan crackers. Namun berbalik kepada persoalan tajuk entri ni, Razer Kiamat? “Apa takde nama lain ke nak letak untuk produk baru mereka ni?”, itu perkara pertama terlintas di fikiran EB. Bila dibuka webpage tentang produk ni, baru tersedar yang nama sebenar Gaming Headset ni ialah Razer Tiamat. Tiamat tu ialah nama monster laut mengikut sejarah Babylon (sumber). Tapi EB tak pastilah adakah Tiamat yang dimaksudkan Razer ialah monster ni.

razer tiamat gaming headset

Razer Tiamat ialah headset yang mempunyai keupayaan 7.1 surround sound! Biasanya di rumah-rumah kita yang speaker atau headphone biasa tu 2.0 je. Tapi ini 7.1 surround sound!

7.1 surround speaker arrangement

Dengan posisi speaker seperti ditunjukkan di atas, cuba bayangkan bagaimana hasil bunyi jika datang betul di telinga kita? WOW! Semestinya bunyi langkah musuh dalam shooting game jelas dari mana, bunyi kereta nak overtake dari mana, bunyi bola ditendang dan tackling. Bukan itu saja! Walaupun Razer Tiamat ni dalam kategori gaming headset, tak semestinya bila tengok movie atau dengar lagu kualiti dia teruk. Kualitinya sama baik mahupun digunakan untuk kegunaan berbeza. Cuma pastikan movie yang kita tonton pun gunakan sistem 7.1 surround sound, baru dapat dengar bunyi yang diidamkan.

Razer Tiamat ini juga dilengkapi span berkualiti disekekeling cup telinga bagi keselesaan penggunaan dalam jangka masa yang lama. Takdelah telingan kita lenguh dan berpeluh time tengah syok main game. Untuk permainan multiplayer, Razer Tiamat juga menyediakan mic dengan sistem unidirectional yang menapis noise. Sambil main game, boleh borak-borak dengan jelas bersama player lain.

Kalau tengok spesifikasi headset Razer Tiamat ini, anda pasti kagum dan percaya dengan kata-kata EB :

Headphones
4 x 40mm neodymium full range drivers:
Frequency Response: 20 – 20,000Hz
Impedance : 60 Ω
Sensitivity : 109 ± 3dB at 1kHz Max

Microphone
Frequency Response: 50 – 16,000 Hz
Sensitivity @1kHz: -36 dB ± 2dB
Signal-to-Noise Ratio: 50 dB
Pick-up Pattern: Unidirectional

2 Sub woofer
40mm. Ti coated diaphragm
Frequency Response: 20Hz – 20,000 Hz
Impedance: 16Ω
Sensitivity: 116 dB ± 3dB @ 1kHz

2 Side
20mm.
Frequency Response: 20Hz – 20,000 Hz
Impedance: 32 Ω
Sensitivity: 120dB ± 3dB @ 1kHz

2 Front
30mm. CCAW Voice Coil
Frequency Response: 20Hz – 20,000 Hz
Impedance: 24 Ω
Sensitivity: 102dB ± 3dB @ 1kHz

2 Rear
20mm.
Frequency Response: 20Hz – 20,000 Hz
Impedance: 32 Ω
Sensitivity: 120dB ± 3dB @ 1kHz

2 Centre
30mm. CCAW Voice Coil
Frequency Response: 20Hz – 20,000 Hz
Impedance: 24 Ω
Sensitivity: 102dB ± 3dB @ 1kHz

razer tiamat gaming headset

Alangkah indahnya jika dapat memiliki satu Razer Tiamat 7.1 Gaming Headset ni. Walaupun ada contest dapat hadiah headset ni, tapi tarikh tutup ialah semalam. Rasa sangat rugi! Nak beli sendiri memang tak mampu. Tapi kalau anda di luar sana mampu untuk memiliki Razer Tiamat Gaming Headset ni, silah kongsikan review anda di entri ini. (Untuk info lebih lanjut tentang Razer Tiamat)

eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

6 thoughts on “Razer Kiamat Gaming Headset??

Leave a Reply