Dalam tutorial transparent header blog yang lepas EB telah tunjukkan cara yang ringkas dan mudah menggunakan Adobe Photoshop. Namun dalam tutorial kali ini, EB menggunakan satu image editor yang PERCUMA iaitu Photoscape. Software edit gambar ini boleh didownload secara percuma dari website Photoscape sendiri. Tanpa membuang masa, jom ikuti tutorial membuat transparent blog header dengan menggunakan photoscape.
Hasil yang akan dapat jika ikuti tutorial ini adalah seperti di bawah:

Tutorial Transparent Header Blog Dengan Photoscape versi Video
Tutorial Transparent Header Blog
Untuk membuat transparent header, kita kene ada satu image yang transparent dahulu. Image ini EB ada sediakan untuk di muat turun ( image transparent saiz 600×200 ). Jika mahu saiz header blog yang berbeza, kene pastikan image transparent mengikut saiz yang dikehendaki.
Maaf ada typo sedikit. “Buka file trans.png” bukan “trans.jpg”.
Maaf typo lagi. “Tambah” bukan “Tambar”.

Photoscape sememangnya antara software edit gambar percuma yang terbaik. Icon-icon yang sedia ada cukup comel untuk dijadikan header. Jika mahu tambah objek lain ke dalam header melalui photoscape, pastikan image dalam format png atau gif. Ini kerana format gambar begini biasanya hanya gambar objek tanpa latar belakang putih. Jadi bila dimasukkan ke dalam design header akan kelihatan lebih kemas. Nak puas hati, belajar cara cut objek dari gambar menggunakan adobe photoshop dalam blog eastbulletdotcom ini. Hasil sudah pasti lebih menarik! Selain tu, boleh juga gunakan font yang lebih versatil dengan mendownload font yang EB telah sediakan ini.
p/s : jika mahu image transparent header bersaiz lain, just drop your comment. I will be happy to help you!


aku pun guna software ni he.
photoshop baru2 lagi nak belajar hehe
software yang free dan mudah… bukan setakat nak buat header blog je, kalau nak edit gambar kahwin pun boleh…
Pingback: Tutorial Transparent Blog Header Dengan Adobe Photoshop | EastbulletdotCom EastbulletdotCom
kat mane file trans uh ? ta jmpe pon ?
oh.. saya ada beri link dia kat atas “Image ini EB ada sediakan untuk di muat turun ( image transparent saiz 600×200 )” ..
right click pada pautan tu dan click “save link as”..
thanks for the tutorial . love it
camne nak wat size besar lagi oh?
size header transparent ke cyla maksudkan..?? kalau nak besar lagi, boleh bagitau EB, i will make it for you.. sebab transparent image tu buat guna photoshop, dengan photoscape tak boleh… kalau nak besarkan sendiri pun boleh, guna Microsoft Office Picture Manager..
japp..meaning kalau save gune file png,automatic jadi tranparent ke?
ya betul tuh.. kalau save dalam format png akan jadi transparent.. tapi dengan syarat kalau guna photoscape ni kene guna image transparent sebagai basic. boleh guna image yang saya sediakan di atas..
bleh tlong buatkn header x? em.. still x fhm la even dh tgk tuto ni ..
boleh tolong buat, ikut cara2 di sini ( http://eastbullet.com/projek-1-header-percuma-untuk-anda/ ) supaya mudah kita comunicate..
boleh buatkan , image tranparents saiz 850×300 ?
saya tak pasti yang mana satu sebab kireen ada bagi bnyak komen, so saya sediakan dua ( saiz 850×300 dengan 830X300 )
Selamat mencuba!!
thanks sebab tolong saya buat header
Your welcome.. I’m glad i can help.. Keep reading eastbullDotcom for more tips and tutorial..!!
tQ for de tutorial..:) very use to me..
ur welcome… i’m glad i can help others…
eb, thanks wat tutorial ni..nak try lah.baru nak blaja buat.hiii..dok mencari mcm na nak transperen header..sehr ngadap leptop..ntah jd ke idok wat sat agy..rjn2 jengah la belog kite (^_*)
alaaaaa,kenapa tak jadi transparent punnnnn? sedih laaaaa,tolong fiza pleaseee
masa mula-mula tuh ada guna image ni tak ( http://eastbullet.com/wp-content/uploads/trans.png ).. kene guna image ni dulu baru akan jadi transparent. jangan create new.. Kalau tak boleh jugak, boleh email kat EB nak header macam mana.. I will do it for u free.. guna contact form ni http://eastbullet.com/contact/
dah jadi dah! tq:)
TQ atas tutorial EB ni…Akak dah berjaya buat header sendiri..takde lah cun mana..tapi puas hati dah tau buat sendiri… welcoming you to visit my blog..
salam, thanks for sharing…sy dh jadi dh buat…suka nye sy….hehe..
**sy minta izin nk share kat blog sy ye…bye
eb ! ! mane na cari trans jpg uhhhh~ tekan link tuh ta keluar pun , just blank je . waaaa~ !
dia memang blank sebab kan transparent.. cuba right-klik pada bahagian atas kiri sikit, ada tak “Save Image” .. tak pun kat link gambar tuh terus right klik, tekan “save link as” …
salam…thanks for sharing…mmg menjadi…mohon izin sharing kt blog sy ye..
your welcome.. glad i can help…
salam bro. nak tanya. lau nk insert our own pic. cne??
w’salam.. nak insert own pic, pergi klik kat “Object” then klik pada ikon imej pada bahagian bawah kiri..
thank you.
yeay !!! da jadi …. tq Eb …….
tq,,,
terima kasih atas tutorial ini. soalan: photoscape ada gadget untuk “cut object” dari sekeping image? TQ
photoscape tak boleh untuk cut gambar.. biasanya photoscape ni banyak orang gunakan utk letak effect pada sekeping photo ala2 professional photographer..
mcm mane nak sediakan transparent tu??? adoi2