Skip to main content
virtual tennis game

Virtual Tennis 4 Gameplay Review : Boleh Sampai Berjam Satu Match!

Virtual tennis 4 merupakan satu lagi adik beradik dalam keluarga Virtual Tennis keluaran SEGA. Game ini boleh dimainkan dalam pelbagai platform antaranya PC, PS3, Xbox360 dan Wii. Selain itu, game ni juga boleh dimainkan menggunakan PS3 Move , Kinect Xbox 360 dan Wii Motion Plus. Namun EB hanya mencuba Virtual Tennis 4 ini menggunakan PC dan controller Xbox 360. Sememangnya game ini mudah dimain. Walaupun EB tak pernah mencuba siri Virtual Tennis yang sebelum ini, secara ringkasnya VT4 amat menyeronokkan. Ikuti entri ini hingga akhir untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Virtual Tennis 4 keluaran SEGA.

Grafik :

  • licin dan smooth
  • sesetengah muka pemain hampir sama dengan wajah sebenar
  • persekitaran gelanggang yang pelbagai dengan adanya penonton, penjaga garisan, judge.
  • cut scene terlalu berulang dan kadang2 jika main beregu reaksi sama

virtual tennis 4

Game Mode:

  • World Tour : Kita akan mencipta satu player baru dan menjelajah satu dunia dan sertai kejohanan yang disediakan. Sepanjang perjalanan pemain kena bijak menguruskan masa dan tenaga. Selain itu, dalam perjalanan pemain boleh memilih untuk training, berjumpa peminat atau berehat di hotel. Namun jangan terleka! Jika pemain lambat sampai ke satu-satu kejohanan, penalti akan dikenakan. Sistem ranking juga memainkan peranan. Jika ranking pemain di dunia tinggi, pemain tidak perlu melalui sesi kelayakan untuk sertai sebarang kejohanan besar.
  • Arcade : Kita boleh memilih untuk bermain secara regu atau perseorangan. Kemudian pemain dikehendaki menempuh lawan yang berbeza mengikut jenis gelanggang yang berbeza.
  • Exhibition : Ini adalah mode yang paling pelbagai. Kita boleh pilih jenis permainan sama ada regu atau seorangan, jumlah set yang akan dimain, kekuatan lawan dan gelanggang.
  • Training : Rasanya tak perlu penerangan panjang tentang mode ini. Kita boleh berlatih untuk memahirkan lagi skill.
  • Online : Berjumpa dengan pemain seluruh dunia. Kalau dah hebat sangat asyik kalahkan CPU je, gamemode ini mungkin cabaran anda yang seterusnya.

virtual tennis 4

Sound :

  • Boleh dikatakan agak bosan. Hanya jeritan pemain yang kedengaran sekali sekala dan bunyi bola melantun. Ataupun senang kata kalau tennis sebenar pun bosan je tengok lama-lama.. 😀
  • Sekurangnya penonton ada bersorak jika dapat mata. Dan jika kita buat pukulan yang agak deadly macam Lee Choong Wei buat (apa kaitan dengan tennis??) penonton pun akan berbunyi kekaguman.
  • Background muzik dia cam tadika. Terlalu ceria..zzzzzzz

virtual tennis 4

Gameplay :

  • Boleh buat beberapa jenis pukulan, lob shot/drop shot, smash, slice, top spin, super shot.
  • Pukulan juga boleh dihalakan mengikut kemahuan sama ada tepi, depan, atau belakang
  • Super shot ialah satu pukulan maut yang laju. Pukulan ini hanya boleh dilakukan jika bar charge sudah penuh.
  • Bar Charge akan naik mengikut player kita pilih. Sebagai contoh Rafel Nadal “defense”. Jadi jika kita banyak defense pukulan lawan, maka bar charge akan naik lebih cepat.
  • Pemain bergerak agak lambat, terutamanya selepas kita baru melakukan pukulan.

Video Gameplay Virtual Tennis 4

virtual tennis 4

Virtual Tennis bukanlah satu-satunya game sukan tenis. Korang boleh jugak cuba Top Spin yang dikatakan lebih bagus dari Virtual Tennis 4 ini. Namun apa yang menyedihkan Top Spin yang terbaru masih tiada versi PC, yang ada cuma Top Spin 1 dan 2. Bila dari ada versi baru, nak cuba versi lama rasa berat je.. haihh….

eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

Leave a Reply