Skip to main content

Mia Si Kucing Comel Ketika Musim Mengawan

Lama dah EB tak bercerita tentang kucing kesayangan semua, Mia. Dah makin besar pun Mia ni. Umur pun dah hampir setahun. Bila dah makin membesar, Mia pun dah pandai menggatal. Macam manusia jugaklah kan? Sebelum ni EB ada cerita tentang Jantan Tak Guna yang cuba mengorat Mia. Tapi bila tiba musim mengawan, dua-dua sama naik. Borak-borak dengan miow-an mereka.

Bila dilihatkan keadaan Mia si kucing bila musim mengawan, kesian pun ada. Dia akan berguling-guling, gesel-gesel, sampai luka-luka badan. Miow-an Mia pun tanpa henti. Makan tak nak, minum tak nak.. Bila orang usap sikit, terus dia buat aksi miang dia. Pengalaman first time dengan kucing dalam musim mengawan ni cukup menyeksakan.

Bukan sekadar miow-an tanpa henti je yang mengganggu tidur, bila bangun pagi tiba-tiba ada bau hancing. Mia dengan tanpa serba salah kencing atas tilam. Tapi sebenarnya ini bukan salah kita buat di kencing dalam rumah, tapi memang itu akan terjadi bila musim mengawan kucing. Jadi EB terpaksa letak litter box dalam rumah agar Mia boleh melabur di tempat yang sesuai. Kalau selalu dia kencing sehari sekali, bila musim mengawan boleh jadi dua atau tiga kali! So memang kene banyak bersabar semasa musim kucing mengawan ni.

Tak lama lagi Mia akan di-“zasss”. Ataupun orang panggil mandulkan kucing. Entahla, tak tau apa term yang betul. Harap lepas ni suasana mengawan kucing untuk Mia lebih tenang. Takde bising-bising atau kencing merata-rata lagi.

Hayati video Mia on-heat di bawah ni :

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi – 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

8 thoughts to “Mia Si Kucing Comel Ketika Musim Mengawan”

  1. haha…dah macam entri 18sx aku baca tajuk tuh..
    tapi mmg sakit hati ah time musim kucing mengawan nih…kt rumah aku dulu 3 ekor kucing betina…semua bunting serentak…sekali beranak amek ko, dekat 20 ekor anak kucing…

  2. salam EB
    memang sakit atih kalu tiba musim mengawan ni
    kat umah akak dulu banyaklah orang buang kucing
    habis motor pun jadi mangsa tempat kucing pancut
    kalau time beranak, mengiau sana mengiau sini, si kecil kucing.
    nak mandulkan,erm, boleh ke ye?
    p/s;akak nak tau lah EB guna server hosting BB yang mana ye?setiap kali akak jengah ke sini, (silnent reader), akak tengok blog BB jarang server down.akak punya blog kerap down. kali ni paling lama down,kata BB, server rayyan problems.

    1. itulah… sekarang ni Mia baru nak start “miang” balik… Baru ingat nak bercuti ke P.Pinang… Nak mandulkan boleh je, cuma arituh masa Mia nak bedah, muntah2 pulak.. so tak jadi nk bedah…

      p/s : guna server hosting athoolibu… server Hannan .. Rayyan baru lagi, so memang banyak masalah sikit.. Biasalah, dulu masa awal2 tahun selalu jugak down, banyak kali komplain… ingat lepas ni nak tukar pada company lain, tapi mahal sikit lah… BB je setakat ni yang termurah dan boleh dipercayai.

Leave a Reply