Skip to main content
tutorial photoshop stitch text

Tutorial Buat Stitched Text Atau Tulisan Jahitan

Hello semua pembaca dan pengikut blog EastbulletdotCom! Dalam entri ini aku menyediakan satu lagi tutorial yang menggabungkan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Tutorial ini diberi nama Tutorial Membuat Stitched Text atau Tulisan Jahitan. Stitches text atau tulisan jahitan ni merupakan salah satu dari pelbagai jenis text effect yang boleh kita buat. Kalau bagi sesiapa yang suka header berjenis text sahaja, tulisan jenis jahitan ni mungkin boleh menjadi salah satu alternatif dalam mendesign header blog anda sendiri. Hasil jika anda mengikut tutorial ini dari mula hingga akhir adalah seperti yang telah ditunjukkan di permulaan entri. Jom mula!!!

Tutorial Membuat Stitched Text Atau Tulisan Jahitan Versi Video

Tutorial Membuat Stitched Text Atau Tulisan Jahitan Versi Gambar

Mula-mula, kita gunakan Adobe Illustrator dan tulis perkataan yang kita nak. Kemudian pergi pada toolbar di sebelah kanan seperti gambar, add satu new fill dan add dua stroke.
tutorial stitched text tulisan jahitan

Kemudian tukarkan warna Stroke dan Fill mengikut citarasa masing-masing. aku lebih suka sarankan kita warnakan text guna adobe photoshop je. Lebih banyak pilihan dan mudah. Berbalik pada Stroke dan Fill tadi, kalau anda perasan Stroke yang kedua dari atas mestilah mempunyai sama warna dengan Fill dan saiz Stroke yang pertama dari atas lebih kecil dari yang satu lagi.
tutorial stitched text tulisan jahitan

Selepas tu, klik pada perkataan Stroke yang atas sekali seperti yang ditunjukkan dalam gambar, akan keluar kotak kecik. Tetapkan style pada kotak kecik tu seperti yang dipaparkan dalam gambar.
tutorial stitched text tulisan jahitan

Jika langkah yang anda buat betul, hasilnya akan kelihatan lebih kurang sama seperti tulisan stitched atau tulisan jahitan di bawah.
tutorial stitched text tulisan jahitan

Kini masa untuk menggunakan adobe photoshop. Drag kan text yang telah anda buat dalam adobe illustrator tadi ke dalam adobe photoshop, atau boleh just copy and paste.
tutorial stitched text tulisan jahitan

Kemudian gunakan Magic Wand Tool untuk select pada bahagian tulisan yang berwarna biru. Pastikan klik pada bahagian tengah tulisan, jangan terlalu hampir dengan garisan putus-putus.
tutorial stitched text tulisan jahitan

Selepas dah select semua text dengan Magic Wand Tool, right-click pada stitched text tadi dan klik Select Inverse. Sejurus selepas tu terus tekan Crtl+C (Copy) dan Crtl+V (Paste).
tutorial stitched text tulisan jahitan

Nanti kita boleh lihat ada layer garis putus-putus berwarna putih yang baru macam dalam gambar tulisan jahitan di bawah.
tutorial stitched text tulisan jahitan

Pada layer garis putus-putus yang kita buat tadi, tambahkan layer style “Drop Shadow”. Jangan lupa untuk susun garis putus-putus yang baru tu supaya sama kedudukan dengan garis putus-putus yang asal.
tutorial stitched text tulisan jahitan

Langkah terakhir untuk lebih mencantikkan tulisan jahitan / stitched text kita, add pula layer style seperti “Drop Shadow” dan “Stroke” pada layer yang asal.
tutorial stitched text tulisan jahitan

Hasilnya kita dapat lah buat tulisan berjahit ataupun stitched text!

Macam mana? Mudah je kan.. Kongsikan tutorial Membuat Stitched Text atau Tulisan Jenis Jahitan ini pada rakan-rakan jika anda merasakan iainya berguna untuk semua. Teruskan membaca dan mengunjungi EastbulletdotCom untuk lebih banyak tutorial-tutorial menarik. Jangan lupa like sekali Fanpage EastbulletdotCom dan boleh bertanyakan sebarang persoalan di sana ataupun dalam ruangan komen di bawah.

eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

7 thoughts on “Tutorial Buat Stitched Text Atau Tulisan Jahitan

  1. Thanks bro EB.. 🙂 Tuto yg sangat² bagus! Especially untuk newbie macam saya ni. Hehehe.. Dah siap share dengan kawan² pun 🙂
    Saya dah berjaya buat stitched text ni untuk header blog saya.

  2. Terima kasih eastbullet atas tutorial ini, saya terus aplikasikan bila belajar dari tutorial tuan. Saya newbie guna Adobe Photoshop & Adobe Illustrator. Btw tuan tahu tak macam mana nak beli dua perisian ini, sebab sekarang saya guna trial version so saya nak dapatkan full version. Terima kasih tuan 😀

Leave a Reply