Skip to main content
syokhost webhosting review

Kenali Perbezaan Apa Itu Domain Dan Webhosting

Hari berganti hari, semakin banyak rakyat Malaysia yang mencuba untuk menjadi blogger. Ada yang bermula dengan blogspot, ada yang terus ke wordpress. ( antara dua platfom popular di Malaysia ). Untuk bermula menjadi seorang blogger, pengetahuan mengenai domain dan webhosting seharusnya menjadi ilmu asas yang harus diketahui. Oleh itu, dalam entri ini EB ingin berkongsi secara umum apa itu domain, apa itu webhosting, dan perbezaan masing-masing.

Dalam entri ini EB pecahkan kepada beberapa bahagian iaitu :

  1. Apa itu domain?
  2. Apa itu webhosting?
  3. Beza domain dan webhosting
  4. Beza antara domain percuma dan domain berbayar
  5. Jika Nak Beli Domain, Perlu Ke Beli Hosting?

Apa itu Domain

maksud domain name
Domain ini ialah url blog yang telah anda pilih. Dengan kata lain, apa yang ditaip dalam address bar pada web browser, itulah domain name/url. Sebagai contoh terdekat, domain untuk eastbulletdotcom ini ialah “eastbullet.com”. Nama domain boleh terdiri dari pelbagai jenis TLD ( top level domain ). Contohnya :

  • eastbullet.com
  • eastbullet.org
  • eastbullet.biz
  • eastbullet.com.my
  • dan sebagainya

Biasanya TLD yang berbeza membawa maksud yang berbeza. Tapi kebiasaannya ramai yang tak endahkan nama domain mengikut jenis TLD yang sesuai. Berikut merupakan maksud bagi jenis-jenis TLD :

    • .COM : Top level domain untuk commerce
    • .EDU : Top level domain untuk education
    • .GOV : Top level domain untuk government
    • .NET : Top level domain untuk network providers
    • .ORG : Top level domain untuk non-profit organizations

*sumber : Maksud TLD ( Top Level Domain )

Pemilihan domain bukan sesuatu yang boleh kita cuba-cuba atau tukar-tukar. Terumatamanya bagi domain yang berbayar. Jadi, fikirlah dengan teliti nama domain yang anda rasa sesuai dan akan gunakannya dalam tempoh yang lama. Untuk penjelasan lebih lanjut mengenai nama domain, boleh baca “Tips Nama Domain Yang Sesuai”.

Apa itu Webhosting

maksud hosting webhosting
Webhosting ialah tempat di mana data disimpan. Data ni boleh terdiri daripada gambar, komen, entri malah template blog tersebut. Bagi pengguna blogspot, webhosting bagi mereka ialah blogger.com. Jadi segala data disimpan oleh pihak blogger.com/google. Bukan pemilik blog tersebut.

Bagi yang pernah terdengar “wordpress self-hosted”. Ini bermaksud mereka menggunakan webhosting dan menggunakan platfom wordpress untuk ber-blog. Bukan bermakna “wordpress” itu ialah webhosting. Webhosting sebenarnya terdiri dari syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan hosting yang mempunyai nilai harga yang berbeza. Sebagai contoh syarikat yang menyediakan perkhidmatan webhosting di Malaysia ialah Syokhost dan Baitulbytes.

Beza Antara Domain dan Webhosting

Kalau dah baca penerangan ringkas kat atas, mesti dah dapat bezakan sikit-sikit apa itu domain dan apa itu webhosting kan?

Dalam kata yang lain, domain ini boleh lah dianggap alamat rumah (address). Manakala hosting ialah rumah tersebut di mana anda simpan barang-barang. Jadi bila orang cari alamat rumah tu, (eastbullet.com) maka akan jumpa lah rumah tu beserta barang-barang dalam nya (content blog ni).

Beza Antara Domain Berbayar Dan Domain Percuma

Masih ada yang keliru, bila kata domain je, mesti ingat kene bayar. Sebenarnya tanggapan tu salah sama sekali! Seperti yang telah dinyatakan sebelum ni, domain ni ialah URL/addresss. Jadi sekiranya url blog anda “loverhater.blogspot.com”, maknanya anda sudah ada domain sebenarnya. Yang inilah dikategorikan sebagai domain percuma. Iaitu anda menggunakan sub-domain dari blogspot.com sebagai domain utama anda.

Domain berbayar pula biasanya lebih pendek dan nama domain itu sepenuhnya mengikut kehendak kita. Sebagai contoh “loverhater.blogspot.com” jika anda beli domain, anda boleh tukar kepada “loverhater.com”. Nama domain yang berbayar biasanya lebih senang diingat dan dicari oleh pengunjung. Jadi pemilihan nama domain yang sesuai harus dititikberatkan.

Jika Nak Beli Domain, Perlu Ke Beli Hosting?

Domain dan hosting adalah dua elemen berbeza. Jadi jika anda nak beli domain sahaja pun boleh untuk gunakan dengan blogspot anda. Hanya pergi kepada ( Settings > Publishing ). Tapi jika anda beli hosting, anda perlu membeli domain. Kalau tak beli domain sekali, hosting tu umpama rumah yang siap tapi tak tahu di mana kedudukannya.

Diharap selepas membaca artikel ini, anda dapat tahu serba sedikit mengenai domain dan webhosting. Pada sesiapa yang berminat untuk mula berhosting sendiri ataupun pindah dari blogspot ke wordpress, janganlah malu-malu untuk minta bantuan EB. I will help you from the first step until you get your new blog. EB sarankan kalau nak beli domain atau hosting, bolehlah ambil pakej dari Syokhost yang ternyata murah dan berkualiti!!

Interested with Syokhost webhosting? Click the ads below and register your domain or hosting now!! 

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi – 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

One thought to “Kenali Perbezaan Apa Itu Domain Dan Webhosting”

Leave a Reply