Skip to main content
tropico 4

Tropico 4 : Pertanian Tanpa Keluarkan Peluh

Antara genre game yang EB minat selain bola ( PES ), EB suka juga main game yang bergenre Simulation. Antara contoh game simulation yang best ialah Cities XL , The Sim, Sim City, Zoo Tycoon, Rollecoaster Tycoon dan termasuk game yang nak EB ceritakan dalam entri kali ini ialah Tropico 4. Tropico 4 merupakan sambungan dari siri Tropico-Tropico sebelum ni. Game ini telah dipasarkan bulan Ogos 2011 yang lepas. Walaupun Tropico 4 boleh dikatakan sudah agak lama dipasarkan, tapi EB memang sarankan anda cuba game ni terutamanya yang berminat dengan game ber-gendre simulation.

Tropico 4 ialah game simulation yang berlatarkan pembinaan di kawasan pulau. Apa yang menarik dan membezakan Tropico 4 dengan game simulation lain ialah Tropico fokus kepada pembinaan dari segi pertanian, perlombongan dan perlancongan. Pertanian tersebut terdiri daripada :

  • Tanaman makanan ( pisang, nenas, betik )
  • Tanaman komersil ( kopi, gula, tobacco )
  • Ternakan ( lembu , kambing, unta )

Perlombongan pula terdiri daripada :

  • Lombong emas
  • Lombong besi

Kita akan bermain sebagai senator dan rakyat terdiri dari 3 peringkat iaitu , uneducated, high school, college. Setiap kategori rakyat akan bekerja mengikut standard masing-masing. Sebagai contoh, golongan udeducated akan bekerja sebagai petani, manakan golongan college kerja sebagai pengawal nuklear reaktor.

Kita akan diishtiharkan sebagai game over sekiranya masa tamat untuk selesaikan misi, atau kita kalah dalam pengundian. Menarik kan! Dalam game pun ada proses mengundi. Kita bolehlah bagi speech, bagi bonus ke, sampaikan pilihan untuk bagi rasuah pun ada. Betapa realistiknya game Tropico 4 ni.

tropico 4 simulation game

Sepanjang tempoh pentadbiran kita akan diuji dengan beberapa cabaran antaranya harga barangan jatuh, bencana alam, kadang-kadang kita akan ditawan oleh negara lain. Jadi sebagai senator kita kene memastikan pandai mengawal duit keluar dan masuk supaya tidak ditawan oleh negara lain.

Grafik

Dengan game yang berkapasiti lebih kurang 4GB, grafik Tropico 4 memang menarik. Walaupun details yang diberikan takdelah macam dunia sebenar, tapi memang sudah cukup untuk kita rasa seperti hidup bersama dalam game tu. Kita boleh lihat kereta bergerak, kapal, dan rakyat yang sedang sibuk bekerja.

Jarang game simulator menyediakan option untuk kita zoom sehingga ke kawasan jalanraya. Tapi dalam Tropico 4, pandangan dalam game bukan sahaja dari atas, tapi kita boleh juga berjalan-jalan di jalan raya.

tropico 4 simulation game

Lagu Latar Belakang

Banyak juga EB baca di Youtube mahupun laman-laman review yang lain penarik kepada game ni adalah background music dia. Sememangnya background music nya menghidupkan suasana Tropico dan seperti berada di kawasan ala-ala Spain atau Mexico gitu.

tropico 4 simulation game

Rumusan

Tropico 4 ni adalah satu game yang boleh dimainkan oleh semua. Tahap kesukaran dia takdelah begitu susah sehingga boleh buat kita tertekan. Keseronokkan melihat negara yang kita tadbir membangun dari rumah flat ke rumah banglo, dari tanam pokok ke pembuatan perabot, dari duit simpanan negara 10,000 menjadi 100,000,000. Dalam banyak-banyak game simulation yang EB pernah cuba, Tropicolah antara game yang buat kita rasa tak give up nak main. Tak macam Cities XL atau Sim City, sampai satu tahap tu kita dah tak tahu macam mana nak settlekan masalah negara. Jadi untuk game Tropico 4 ni EB bagi rating 9/10. Jadi anda pun harus cuba game Tropico 4 ni ok!

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi – 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

4 thoughts to “Tropico 4 : Pertanian Tanpa Keluarkan Peluh”

Leave a Reply