Skip to main content
tutorial photoshop text paper

Tutorial Membuat Text Daripada Texture Kertas

Bersama lagi kita dalam tutorial adobe photoshop yang seterusnya iaitu Tutorial Membuat Text Daripada Textures Kertas. Idea ni muncul bila sibuk dengan Projek Design Header EastbulletdotCom. Sememangnya tutorial ni sesuai untuk diaplikasi dalam pembuatan header blog atau design poster. Tutorial ni amat mudah jika anda ikut step-step yang akan ditunjukkan di bawah. Contoh hasil yang anda boleh dapat dari mengaplikasikan tutorial membuat text dari kertas ini adalah seperti yang ditunjukkan di atas.

Dalam tutorial ni EB gunakan paper texture ini.
tutorial text photoshop

Tutorial Membuat Text Daripada Texture Kertas Dengan Photoshop

Mula-mula sekali kita taip dulu text yang kita mahu. EB sarankan gunalah font yang berjenis tebal supaya texture kertas nanti akan lebih jelas kelihatan.
tutorial text photoshop
Kemudian boleh cari sebarang texture di google search “paper texture” atau boleh je cuba guna dengan paper texture yang EB telah sediakan. Open file texture tersebut dan dragkan pada window yang telah kita taip perkataan tadi.
tutorial text photoshop
Susun atau besarkan texture kertas tadi dan duplicate layer kertas tersebut ( duplicate : Crtl+J ). Kemudian susunan semua layer tersebut haruslah seperti yang EB tunjukkan dalam gambar iaitu layer kertas > text > layer kertas.
tutorial text photoshop
Pada layer kertas yang di atas text, right-click pada layer tersebut dan click pada “Create Clipping Mask” atau tekan Crtl+Alt+G.
tutorial text photoshop
Pada masa ni kita memang tak nampak text yang telah kita taip tadi, jadi supaya tulisan tu boleh kita nampak. Add stroke layer style pada layer text tersebut.
tutorial text photoshop
Jadi sampai proses ni hasilnya akan jadi seperti di bawah :
tutorial text photoshop
Sekarang gunakan Rectangular Marquee Tool ( M ) dan lukiskan kotak garis putus-putus di sepanjang tulisan. Tapi pastikan sempadan kotak putus-putus tersebut jangan melebihan dari tapak tulisan. Rujuk gambar di bawah.
tutorial text photoshop
Selepas itu, pastikan kita berada dalam layer di bawah text, dan tekan delete.
tutorial text photoshop
Gunakan eraser ( E ) dan padam serpihan texture kertas tadi. Padam hanya bahagian yang berada di atas text. Hasil pada ketika ini seharusnya kelihatan seperti gambar di bawah :
tutorial text photoshop
Gabungkan/Merge kan ketiga-tiga layer tersebut untuk finalize process.
tutorial text photoshop
Tambah beberapa layer style pada layer yang telah dimergekan tadi seperti stroke dan drop shadow dan hasilnya…….
tutorial text photoshop

Kunci kepada tutorial ini adalah menggunakan clipping mask tool. Tutorial membuat text daripada texture kertas ni bukanlah hanya limit pada kertas, boleh juga cuba gunakan texture lain seperti kain, batu, awan mengikut yang mana anda suka. Kalau gabung kan bersama Tutorial Membuat Stitched Text atau Tulisan Jahitan pun boleh. Semoga anda dapat fahami dan berjaya mengikut tutorial dari EastbulletdotCom ini. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dalam komen di bawah atau gunakan contact form yang disediakan. Jangan lupa like fanpage EastbulletdotCom sekali untuk memudahkan komunikasi antara kita.

eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

3 thoughts on “Tutorial Membuat Text Daripada Texture Kertas

    1. ya guna teknik clipping mask seperti yang telah dinyatakan di atas. cuma tutorial ni tambah sikit kreativiti supaya teknik tu nmpak lebih menarik.

      nak tempah header free je, cuma dalam masa dua minggu ni je la.. sebab nanti dah start semester baru, takde masa nak buat.

      1. Good info dik!! Akak baru mula berblog, ingat nak buat header comel tapi xgheti da..Offer free still on ke? Macam senang jek akak temgok adik buat ni!!

Leave a Reply