Skip to main content

Tutorial Upload Dan Dapatkan URL Image Untuk Pengguna Blogspot

Salah satu perbezaan ketara antara blogspot dan wordpress self-hosted adalah penyimpanan gambar. Kebiasaannya untuk wordpress, gambar yang diupload melalui post uploader akan disimpan di dalam pangkalan data hosting. Manakala untuk blogspot gambar yang diupload akan disimpan dalam data simpanan picasaweb, iaitu rangkaian blogspot. EB rasakan masih ramai yang tak tahu dengan kewujudan picasaweb ni dan fungsinya.

Secara ringkas Fungsi Picasaweb

Picasaweb ni merupakan salah satu alternatif dalam penyimpanan gambar. Tak semestinya gambar tersebut hanya boleh diletakkan di dalam blog. Tapi boleh dikongsi untuk semua orang. Saiz yang disediakan oleh picasaweb untuk simpanan gambar adalah sebanyak 1GB. Jadi kalau kita rasa nak gunakan picasaweb untuk tempoh masa yang lama, pandai-pandailah kecikkan saiz gambar sebelum upload. Andaikata nak jugak tambah gambar bila dah penuh kuota 1GB, kenelah keluar duit sikit untuk tukar account picasa percuma kepada pro.

Jadi kalau kita ada blog dan nak tengok balik gambar lama-lama, just pergi ke picasaweb dan carilah di album-album yang ada (nama blog).

Tutorial Dapatkan URL Image Untuk Pengguna Blogspot

Untuk bagi mereka yang gemar edit tempate dan memerlukan gambar. Ada yang EB lihat gunakan storan image luar seperti photobucket. Lebih baik jika gambar tu diupload pada tempat yang lebih mudah diakses, untuk situasi ni mudah diakses untuk pengguna blogspot. Jadi pertama sekali untuk gunakan imej tu anda kenalah upload pic. Just gunakan teknik upload gambar yang biasa anda gunakan dalam “Posting”.

tutorial float widget

Jika nak gunakan gambar tu dalam template, copy URL seperti yang ditunjukkan di bawah.

tutorial float widget

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi – 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

One thought to “Tutorial Upload Dan Dapatkan URL Image Untuk Pengguna Blogspot”

Leave a Reply