Skip to main content
pes 2013

PES 2013 Demo : Info Dan Ulasan

Selepas PES 2011, PES 2012, kini masa untuk PES 2013 untuk dijadikan tumpuan peminat-peminat permainan konsol dan pc di dunia. Pihak KONAMI PES 2013 telah menjadi pendahulu dalam pesaingnya FIFA dalam mengeluarkan demo yang boleh didownload secara percuma.

Dalam demo kali ini disediakan beberapa menu iaitu Match, Copa, Option dan Exit. Sebanyak 8 pasukan boleh pemain cuba sebagai permulaan. Antara pasukan yang disediakan ialah Germany, Italy, England, dan Santos FC. Jadi boleh dikatakan ramai jugaklah player-player star yang boleh kita cuba dalam demo PES 2013 kali ni. Kenapa perkara ni penting? Ini kerana pihak PES sendiri menjanjikan player unique ID iaitu pemain/toon dalam game akan menyerupai pemain asal. Jadi dengan adanya player-player terkenal, lebih mudah untuk kita memberi anggapan bahawa betulkah apa yang telah dijanjikan itu. Player seperti Cristiano Ronaldo, Mario Balloteli, dan Rooney serta Neymar boleh dinilai dari segi gaya dan pergerakan mereka.

Menu Utama

Dari segi menu utama boleh lah dikatakan tiada perbezaan dengan PES 2012. Masih mengekalkan horizontal menu atau menu melintang. Latar belakang seperti biasa memaparkan duta mereka, C-Ronaldo.

Player Support

Aku tak pasti sama ada korang perasan tak dengan kewujudkan benda ni dalam PES 2012 sebab biasanya dia akan papar pada pertama kali membuka PES. Dalam player support PES 2012 adalah beberapa benda yang menjadi aspek penting dalam permainan kita iaitu Pass Support. Benda ni penting sangat sebab dia yang menentukan bola pergi macam mana bila pass. Jika kita memilih full pass support, bola biasanya dikawal oleh sistem game sendiri untuk pergi ke toon lain. Kita tak perlu risau sangat mengenai arrow/analog yang kita arahkan. Tapi kalau kita buat no support at all, segala arrow, kekuatan, keadaan pemain memainkan peranan dalam keberjayaan pass tersebut.

pes 2013

Dalam PES 2013, satu penambahan support telah dibuat iaitu support in shot. Kalau sebelum ni kalau kita nak buat manual shot kene tekan LT/L2. Tapi kali ni pihak PES menyediakan pilihan terus sama ada dan terus buat manual shot, atau nak kene tekan LT/L2. Selain itu satu lagi support yang diperkenalkan ialah support arrow. (ini akan diterangkan dalam gameplay)

Menu Sebelum Perlawanan

Waaa.. menu ni memang berlainan sama sekali. Jika sebelum ni dalam PES 2012 menu sebelum perlawanan akan ada menu untuk pilih jersey, setting dan gameplan serta toon. Kali ini dalam PES 2013 ada satu penambahan drastik iaitu senarai nama pemain sebelum perlawanan. Jadi kita tak perlulah bukak gameplan nak tengok who will be in the first eleven.

pes 2013

Gameplay Feeling

Secara asasnya tak rasa sangat perbezaan gameplay feeling antara PES 2012 dan PES 2013. Cuma adalah rasa beza sikit tak tahu part mana. Terutamanya pada ball control. (after more than 10 times playing)

Gameplay Features

Beberapa features baru diperkenalkan dalam PES 2013 kali ni.

  • Keeper pass – biasanya dalam PES 2012 bila keeper tangkap bola dan kita tekan pass xde bar kan? Sekarang ni dah ada bar, jadi kene berhati-hati dengan kadar masa bila tekan pass.
  • Short pass in corner – sebelum ni takde features ni. Sekarang ni kita boleh pilih untuk buat short pass dan akan ada player datang dekat.
  • Directional Arrow – seperti yang telah diperkatakan sebelum ni. PES 2013 ada memperkenalkan directional arrow. Arrow ni akan keluar bila tekan LT/L2. Arrow ni berfungsi akan tunjuk di mana arah bola akan bergerak bila kita pass atau shoot. Namun fungsi ni umpama nothing sebab iainya akan ikut dari apa yang analog arahkan. Untuk tekan 3 button sekaligus mungkin agak susah bagi beberapa orang.
  • Strategi Button – jika sebelum ni untuk menukar strategy game yang telah kita setkan dalam gameplan agak leceh(aku pun tak tau tekan apa). Tapi dalam versi PES 2013 ini strategi boleh ditetapkan dengan hanya menggunakan arrow button. Beberapa strategi boleh diaplikasi dalam satu masa.

Graphics

Mungkin ramai kata makin lama PES makin lawa graphic dia. Tapi dari segi penilitian aku kualiti graphics PES dari 2011 sampai 2012 lebih kurang je. Apa yang membezakan cuma details dari segi memek muka, baju, dan sebagainya. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab PC aku setup pada 2007 dan harga tak sampai 2.5k (dulu PC mahai ooo!) pun still boleh run PES smooth je pada high setting. Jadi kalau boleh main PES 2011, aku rasa takde masalah nak run PES 2013. Mungkin apa yang memberatkan dari segi details je, bukan dari kualiti graphic tu sendiri.

pes 2013

Sedikit sedutan gameplay PES 2013 Demo.

Semua ulasan dan info ni adalah berdasarkan PES 2013 versi DEMO. Ingin diingatkan versi Demo ni bukanlah melambangkan produk sebenar yang akan dijual. PES 2013 full akan dipasarkan pada bulan September nanti. Jadi dalam masa beberapa minggu ni pihak KONAMI akan melakukan sedikit perubahan berdasarkan dari feedback peminat. Akhir kata, teruskan bersama blog EastbulletDotCom untuk mengetahui info terkini mengenai PES.

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi – 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

Leave a Reply