Skip to main content

Persatuan, Kelab Dan Aku

Selagi bergelar mahasiswa, pelbagai peluang yang perlu aku ambil untuk memperoleh pengalaman sebelum menempuhi alam pekerjaan. Pada 19 Mac 2012, aku segera mengambil peluang terbesar dalam hidup aku dengan menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM. Ini boleh dikatakan satu peluang untuk “mencantikkan” resume aku. Aku digandingkan dengan 16 orang mahasiswa lain yang sememangnya tiada seorang pun aku betul-betul kenal.

agm pmfsktm upm
Jumaat lepas, 15 Mac 2013, aku membuat Annual General Meeting untuk Persatuan atas arahan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar UPM. Sememangnya AGM tersebut aku rancang dengan penuh gah dan teratur. Namun seperti yang aku selalu ucapkan, benda kalau buat sorang-sorang memang tak jadi. So, AGM lepas berlangsung sama je seperti sebelum ni yang aku lalui. Simple and plain. Nak diikutkan perancangan, aku nak AGM yang ramai-ramai pelajar datang, lepas tu mengundi untuk pilih siapa kepimpinan baru and so on. Tapi impian dan harapan itu terkubur jugak bila pelbagai perkara berlaku last minutes. Ini mungkin juga disebabkan terpaksa postpone tarikh AGM saat-saat terakhir dari 14 Mac kepada 15 Mac 2013. Jadi bila AGM 15 Mac tu macam ramai yang tak tahu.
agm pmfsktm upm
Namun perkara paling menarik berlaku dalam AGM lepas ialah aku dilantik menjadi Timbalan Presiden 1 pula. YES!! Dari Presiden turun ke Timbalan Presiden 1. Mungkin dari kaca mata dalaman akan nampak yang aku nak guidance mereka je. But dari segi tanggungjawab dan peranan still sama iaitu sebagai T. Presiden. Sememangnya sebelum ini aku dah tetapkan pendirian tak mahu aktif dengan persatuan lagi, sebab aku nak beralih pada kelab dan fokus pada competition. Tapi perkara dah berlaku dan aku dah dilantik pun sebagai Timbalan Presiden PMFSKTM sesi 2013/2014.

Mungkin ramai yang tak faham susah payah aku sepanjang setahun pegang jawatan Presiden lepas yang membuatkan aku rasa tak nak teruskan dengan ber-persatuan. Aku adalah “pelajar luar kampus”! That’s means aku duduk rumah aku dan kene travel 30 km dengan motor Modenas GT 128 aku tiap-tiap hari. Dan perkara paling letih bila duduk luar kampus dan ber-persatuan ini adalah meeting! Bila kelas aku dah habis jam 10 pagi, then meeting jam 4 petang. Dalam gap lama tu aku nak duduk mana?? Kalau ade katil nak baring-baring ok la jugak. Ini aku terpaksa melompat-lompat mencari lab kosong untuk tunggu masa untuk meeting. Kadang-kadang hari yang takde kelas, aku kene bergerak ke UPM untuk hadiri meeting je. Memang memenatkan! Aku bukan mengeluh, tapi itu hakikat. Hakikat yang aku dah tak mau lalui lagi untuk setahun mendatang.
agm pmfsktm upm
Sekarang ini aku masih berbelah bahagi dengan jawatan baru yang aku pegang sekarang. Hasrat aku untuk tidak mahu ber-persatuan untuk sesi akan datang nampak semakin kabur. Aku masih lagi di-pertanggungjawab dengan jawatan T.Presiden 1 PMFSKTM. Aku tak pasti mampu lagi tak memikul tanggungjawab ini. Aku takut akhirnya aku akan dibenci sebab tak beri komitmen dan sebagainya…

p/s : maaf pada kawanku Hazim yang kata nak join persatuan kalau aku join.. aku join pun secara tiba-tiba bro.. dan thanks to you jadi photographer semasa AGM..

eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

One thought on “Persatuan, Kelab Dan Aku

Leave a Reply