Skip to main content

Semester Baru Sebagai Mahasiswa : Bersedia Untuk Lebih Cabaran!

Sudah dua tahun berlalu aku menjadi mahasiswa di UPM. Jika masih dikenang perkara lalu, aku sepatutnya sudah kerja ketika ini bersama rakan-rakan. Tapi takpelah, ini merupakan satu kemanisan yang ditangguh buat seketika. Tak sangka masih ramai kawan-kawan aku yang tak tahu aku sudah tukar universiti dan kos pengajian. Bila dikatakan aku di UPM, disangka aku sudah mengambil master. Hakikatnya, kini aku sudah bergelar mahasiswa tahun 3 di fakulti sains komputer dan teknologi maklumat UPM.

Adakah aku sudah boleh dipanggil abang senior??? Semestinya tidak. Konsep senioriti atau junior tidak akan aku wujudkan di dalam diri aku. Sudah cukup dengan konsep saling hormat menghormati.

Di tahun 3 ini aku semakin perlu berdikari dalam pembelajaran. Dengan kata lain, aku sudah mula perlu memilih sendiri mata pelajaran yang ingin aku ambil tanpa berpandukan jadual yang telah ditetapkan semasa tahun 1 dan 2. Aku juga perlu meningkatkan prestasi dalam bilang luar kelas seperti pertandingan yang disertai. Bila sudah meningkat tahun 3 ini semestinya menjadi harapan pihak fakulti dan pensyarah untuk mewakili universiti. Kini aku masih tertanya-tanya mampukah aku? Dengan pelajaran dan pertandingan memerlukan dua usaha yang berbeza. Ditambah lagi dengan keadaan aku yang perlu berulang 50km sehari untuk berulang ke UPM. Apapun di hati aku ini teringin sangat untuk sertai pelbagai pertandingan, tapi di minda aku sering berfikir sebaliknya.

Aku berazam untuk tahun 3 ini supaya dapat mempertingkatkan lagi prestasi akademik aku yang semakin menghampiri untuk mendapat mata kelas pertama. Dapat laburkan duit rm18 000 kepada perkara lain. Aku doakan untuk diri aku dan rakan-rakan seperjuangan agar diberi kesungguhhan dan keazaman yang tinggi serta berterusan untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan hidup masing-masing.

eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

One thought on “Semester Baru Sebagai Mahasiswa : Bersedia Untuk Lebih Cabaran!

Leave a Reply