Skip to main content
my workstation

My Workstation And Specifications

Setiap hasil kerja dalam blog ini bukanlah turun dari langit. Semua nya hasil dari usaha aku menulis, merakam, meng-edit kandungan dengan menggunakan PC dan kadang-kadang laptop aku. Sebelum ini aku tak pernah kongsikan ruang kerja aku dalam menghasilkan penulisan blog ini. Jadi dalam artikel kali ini aku akan kongsikan spesifikasi PC yang aku guna, dan ruangan kerja aku.

Sebenarnya PC aku ni dah lama sangat dah beli. Maklumlah blog ini pun dah lama tak dikemaskini. PC ini aku namakan sebagai “Tackle Force” yang dibina pada tahun 2013 bulan Jun. Semua hardware dalam PC ini adalah custom build yang telah dibeli dari IdealTech. Total kerugian semua ini adalah dalam rm3500 beserta speaker dan sebagainya. Namun ada beberapa hardware yang aku guna dari PC lama macam Keyboard, XBOX Controller, Mouse.

Spesifikasi
Bahagian Jenis
Processor Intel Core i5 3570k (OCed:4.2 Ghz)
Motherboard Asrock z77 Pro 3
RAM GSkill Sniper 2x4Gb
Graphic Card Sapphire HD 7870 XT Boost
HDD Western Digital 1TB Blue
Casing CM Storm Scout 2
Cooling CM Hyper 212x
Monitor 23″ Dell U2312 IPS
Speaker Edifier HSC 2330 (2.1 Speaker)

my workstation intel i5 3570k
my workstation intel i5 3570k
my workstation intel i5 3570k
my workstation intel i5 3570k

Sememangnya spesikasi PC aku ni amat terbaik dalam kelasnya! Kerja-kerja rendering video menjadi lebih cepat dan stabil. Selain itu, semasa proses merakam video gameplay juga boleh dilakukan dalam resolusi FULL HD. Jadi selepas ini nantikan lebih banyak video-video gameplay dari EastbulletdotCom. Tak lupa juga pada yang dah lama tunggu tutorial terbaru, aku akan usahakan sampai selesai.

eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

Leave a Reply