Skip to main content
warframe game percuma

Warframe : Permainan Percuma Third Person Shooter Terbaik!

Semakin hari pelbagai jenis game percuma diperkenalkan kepada umum. Antara game percuma yang terkenal ialah Defense of The Ancient (DotA), League of Legends (LoL), dan Team Fortress. Game percuma yang EB akan ceritakan ini amat berbeza dengan contoh tadi tu, nama gamenya ialah Warframe. Warframe adalah ber-genre Third Person Shooter yang menggunakan senapang sebagai senjata utama, pistol sebagai senjata sisi dan pedang sebagai senjata tangan. Selain itu, terdapat 4 kuasa unik untuk setiap Warframe yang dipilih.

Setiap pemain akan memegang watak sebagai Tenno iaitu seorang pahlawan silam yang dibangkitkan dari tidur yang amat lama. Tenno kemudiannya boleh memilih frame sebagai perisai utama yang dikenali sebagai Warframe. Warframe terdiri dari pelbagai jenis yang mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Sebagai contoh, satu Warframe mempunyai kelajuan yang tinggi, namun pertahanan lemah dan sebaliknya. Antara Warframe yang boleh pemain gunakan ialah Rhino, Loki, Ash, Nova , senang kata terdapat lebih dari 20 Warframe boleh dipilih!

warframe game free

Gameplay

Dalam Warframe, pemain akan cuba menyelesaikan misi-misi yang telah disediakan. Setiap misi boleh dimainkan dari 1 ke 4 orang. Antara misi utama yang boleh dimainkan ialah :

  • Misi Menangkap Target
    Pemain perlu membunuh satu target khas dalam sesuatu map. Kebiasannya untuk sampai ke target ini akan dihalang oleh konco-konco dia dan bila pemain tiba di target. Target akan cuba melarikan diri. Pemain perlu mengejar target dan bunuh sebelum target dapat melarikan diri. Sekiranya target berjaya melarikan diri, misi akan gagal.
  • Misi Pertahanan
    Pemain perlu melepasi kumpulan serangan terhadap aset yang perlu kita pertahankan. Kumpulan serangan akan dipecahkan kepada gandaan 5 sebelum pemain boleh tamatkan permainan. Untuk setiap gandaan, musuh akan jadi semakin kuat dan sukar untuk dibunuh. Sekiranya semua ahli pasukan mati atau aset berjaya dirosakkan sepenuhnya, misi akan gagal.
  • Misi Survival
    Pemain akan dibekalkan dengan “life support” sebanyak 100%. Sepanjang masa berjalan, “life support” ini akan berkurangan dan hanya boleh ditambah jika pemain mengaktifkan life support yang lain. Setiap 5 minit, pemain akan diberikan ganjaran dan musuh akan jadi semakin kuat. Misi ini boleh dimainkan selama yang anda mahu selagi semua pemain hidup. Tapi diingatkan, sekiranya “life support” menjadi 0%, nyawa pemain akan turun secara mendadak. Kebiasannya pemain boleh main selama 20 minit dengan mudah, selepas itu musuh akan jadi terlalu kuat yang akan menyukarkan pergerakan untuk mengaktifkan kapsul “life support”

Ini antara misi yang EB selalu mainlah. Nak ikutkan, banyak lagi misi-misi yang disediakan yang memberi ganjaran berbeza. Adakala sesetengah misi istimewa akan diwujudkan dengan menawarkan ganjaran yang unik dan susah untuk dapat dari misi biasa.

warframe game free

Senjata, Mods, dan Item

Seperti yang EB dah ceritakan pada permulaan artikel, senjata terbahagi pada 3 iaitu senjata utama, senjata sisi dan senjata tangan. Terlalu banyak senjata game Warframe ni sediakan kan. Ade senapang, shotgun, sniper dan juga panah. Namun untuk mendapatkan senjata, bukanlah satu perkara mudah. Hanya sesetengah senjata boleh dibeli dengan kredit coin. Kebanyakkan dari senjata,warframe atau mod perlu dibeli dengan platinum(coin yang perlu dibeli dengan duit sebenar). Tapi jangan bimbang, pemain boleh juga dapatkan senjata-senjata lain dengan mencari blueprint untuk membina senjata tersebut.

Mods pula adalah seperti kad kuasa untuk sesuatu item sama ada senjata atau warframe. Mods ini memang banyak membantu untuk menguatkan sesuatu senjata dan menjadikan senjata itu efektif untuk misi yang pemain masuk. Sebagai contoh, terdapat Mods yang akan meningkatkan serangan terhadap faction Granieer, jadi jika misi yang ingin kita pergi itu melibatkan faction grineer, pemain harus gunakan mods tersebut untuk memudahkan misi. Mods hanya akan diberi semasa misi dari membunuh target atau misi survival. Jika terdapat misi istimewa, kebarangkalian untuk mendapat mods yang unik lebih tinggi.

Item ni boleh EB katakan macam drop yang diberikan dari pihak faction yang kita bunuh dan juga dari kotak-kotak semasa dalam map. Item ini kita akan gunakan semasa nak membina senjata atau warframe baru.

warframe game free

5 Sebab Warframe Game Best

  • Satu dunia permainan yang besar dan banyak perkara boleh dijelajah – Terdapat pelbagai senjata, warframe dan mods yang boleh pemain kumpul dan gunakan ikut kesesuaian. Tidak ada satu perkara yang boleh kita guna sepanjang game. Mesti pemain akan rasa ingin mencari dan mencari lagi item-item lain.
  • Grafik dan animasi yang menarik – Sememangnya warframe satu game yang menawarkan grafik yang berkualiti tinggi walaupun ini adalah game percuma. Setiap animasi dari skill amat menarik terutama kuasa ulti sehingga boleh buat PC jem!
  • Mekanik game berpanjangan – Setiap senjata dan warframe akan mempunyai bar pengalaman. Jadi jika pemain selalu menggunakan warframe atau senjata tersebut, poin pengalaman akan meningkat dan menjadi semakin kuat. Selain itu, sistem rank untuk player menggalakkan pemain menggunakan semua senjata dan warframe dalam game. Ini kerana poin pengalaman maksimum adalah pada level 30. Untuk menaikkan rank player, pemain perlu membuat senjata baru dan naikkan level senjata itu pula.
  • Percuma – Rasanya EB dah cakap perkara ni. Tapi nak cakap lagi. It’s FREE! Game ni memang percuma untuk dimuat turun dan dimainkan. Walapun terdapat beberapa item dalam game yang perlu dibeli oleh duit sebenar. Tapi itu adalah hak masing-masin. Tiada paksaan.
  • Sumber rujukan yang banyak – bagi pemain baru yang ingin memulakan game ini memang amat bertuah kerana banyak sumber yang boleh dijadikan rujukan antara nya di Warframe Wiki dan di youtube Mogamu. Dari sumber ini pemain dapat belajar dan mencari dengan lebih lanjut tentang warframe ini. Komuniti yang besar juga memudahkan pemain untuk mencari item dalam game kerana mereka sering kongsikan pada map mana atau bagaimana cara untuk mendapatkan item rare.

4 Sebab Warframe Jadi Tak Best

  • Pemain – ini salah satu penyebab besar EB kurang main Warframe sekarang ni. Dalam satu misi boleh ada 4 pemain. Jadi kadang-kadang susah nak cukup kuota 4 pemain tu. Jika satu misi tu amat susah, bila tak cukup pemain memang beri kesan besar. Ada juga satu misi khas ni, pemain hanya boleh di-invite. Jadi kalau anda jenis main game forever alone cam EB ni, memang tak jalan lah misi tu bila tiada kawan-kawan yang kita kenal untuk invite.
  • Kekangan Ruangan Inventori – Walaupun warframe sediakan banyak sangat senjata dan warframe untuk pemain gunakan. Tapi yang pelik ruangan untuk simpan dalam inventori amat sedikit. Jadi pemain boleh pilih sama ada nak beli ruangan baru dengan platinum atau buang yang lama, untuk simpan yang baru. Jadi bila pemain dah naikkan level senjata sampai lvl 30, pemain kene jual senjata tu dan buat yang lain. Pemain boleh simpan 3-4 senjata sahaja yang paling kita guna untuk satu masa.
  • Fokus pada masa di negara USA – Kebanyakkan event istimewa yang dijalankan pihak game warframe mesti mengikut waktu di US. Jadi kita kat Malaysia ni kene main pagi-pagi buta untuk join event tersebut yang akan drop item-item rare.
  • Update – Memang update tu bagus untuk game. Tapi warframe ini macam dah gila update je. Kalau update patch minor bug takpe lagi. Tapi boleh EB kata lepas satu dua bulan tak main, dia punya update terlalu banyak sampai kita jadi confuse nak mula balik game. Harap selepas beberapa major update ni, Warframe tak berubah lagi. Sakit kepala nak study mekanik game semula.

Seperti biasa, EB sediakan sedikit babak dalam game untuk video gameplay kali ini. Selamat menonton!

eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

Leave a Reply