Skip to main content

Ulasan : Papan Kekunci z77 dan Tetikus z 7600 E Element

E Element bukanlah satu nama besar dalam industri aksesori komputer. Namun sejak kebelakangan ini produk e element menjadi bualan di serata dunia dengan konsep barang yang murah dan berkualiti. EB sebenarnya sudah lama sangat menyimpan niat nak menggantikan papan kekunci serta tetikus yang sudah lebih 4 tahun digunakan (entri lama untuk papan kekunci dan tetikus dahulu). Kebetulan ternampak iklan yang dipaparkan oleh pihak Revoluzion Technologia yang menjual papan kekunci mekanikal yang mempunyai keupayaan lampu RGB serta tetikus optical dengan harga bujet. EB terus berhubung dengan pihak Revoluzion Technologia yang memerlukan lebih kurang satu minggu untuk pra-tempahan untuk papan kekunci e element z77 manakala tetikus z 7600 adalah stok sedia ada. Untuk memudahkan pihak Revoluzion Technologia, EB minta mereka pos sekali sahaja dua barang tersebut.

e element keyboard mouse

Bungkusan yang diterima dari pihak Revoluzion Technologia agak ringkas dan kemas. Mungkin tiada pembalut buih (buble wrap) yang digunakan, namun bungkusan produk tersebut sendiri sudah cukup untuk memastikan barangan kita tidak rosak semasa penghantaran.

Produk pertama EB nak ulas dengan lebih lanjut ialah Tetikus Z 7600 E Element.

E Element z 7600 Optical E-Sport Gaming Mouse

e element mouse

Tetikus ini bukanlah sejenis yang berkelas tinggi yang menyediakan fungsi-fungsi untuk pemain profesional. Namun bagi EB tetikus ini cukup baik untuk kegunaan seharian (ya, baru guna sehari). Salah satu menjadi daya penarik tetikus ini adalah wayar sambungan tetikus ini adalah jenis sulaman yang ternyata lebih kemas dan tahan dari bengkokkan. Selain itu, tetikus ini mempunyai butang-butang pada kebiasaan tetikus lain iaitu butang tepi untuk memudahkan navigasi web ke hadapan dan ke belakang dan butang untuk menukar sensitiviti kursor. Tetikus ini juga dilengkapi dengan pemberat boleh laras untuk menyesuaikan berat mengikut kehendak pengguna. Untuk larasan pemberat penuh, tetikus ini agak kekok digunakan untuk EB mungkin kerana tetikus sebelum ini lebih ringan. Secara keseluruhan, tetikus ini adalah amat sesuai untuk pengguna kasual seperti EB yang lebih menggunakan untuk melayari web dan video.

e element mouse

Produk kedua EB untuk ulasan kali ini adalah Papan Kekunci z 77 E Element.

E Element z77 Mechanical RGB Keyboard

e element z77 rgb mechanical keyboard

Ini merupakan papan kekunci pertama EB yang mempunyai teknologi mekanikal dan lampu latar RGB. Pada asalnya EB mencari papan kekunci yang mempunyai sebarang lampu untuk memudahkan kerja menaip dalam gelap. Namun bila fikir semula untuk jangka panjang, terus mencari papan kekunci mekanikal RGB dengan bujet rendah. Maka dapatlah papan kekunci e element z77. Pandangan pertama EB papan kekunci ini kelihatan ringkas dan kemas. Tidak menyediakan kekunci macro dan hiburan seperti kebanyakan papan kekunci berkelas tinggi seperti dari jenama Razer dan Corsair.

Struktur papan kekunci z77 e element ini terasa amat kukuh dan mempunyai berat yang tinggi dari papan kekunci biasa. Jadi semasa proses manaip, papan kekunci ini tidak bergerak-gerak dengan mudah. Selain itu, papan kekunci z77 e element ini menyediakan pengampuh tangan untuk memberi keselesaan dan kurang rasa lenguh semasa menaip. Seperti yang telah EB katakan sebelum ini, papan kekunci ini menyediakan lampu latar RGB penuh. Setiap kekunci mempunyai warnanya masing-masing yang boleh pengguna laras mengikut citarasa sendiri. Terdapat 6 laras yang boleh digunakan dengan papan kekunci ini, namun yang paling EB sukai ialah “Rainbow Wave” dan efek ombak yang bermula pada kekunci yang ditekan.

e element z77 rgb mechanical keyboard
pandangan dalam keadaan terang
e element z77 rgb mechanical keyboard
pandangan dalam suasana gelap

Oleh kerana ini papan kekunci mekanikal pertama EB, EB masih tak biasa dengan konsep bunyi yang dihasilkan oleh papan kekunci jenis mekanikal. Sungguh terkejutnya bila EB mula menaip papan kekunci z77 e element ini kerana bunyi yang dihasilkan dari “Outemu Blue Switch” amatlah kuat! Ya, ia sangat kuat sehinggakan mak EB pun tanya “Apa kau buat tuh?”. Rasa bersalah pula bila mula menaip banyak-banyak. Bagi rasa semasa manaip pula, bagi EB tiada banyak beza dengan keyboard biasa. Cuma setiap butang yang ditekan lebih terasa jelas dan responsive. Secara keseluruhannya, papan kekunci ini dapat memberi kepuasan yang maksimum dengan harga yang bujet. Tapi kalau PC anda berada di kawasan banyak orang berehat, kurang menaip erk. “It’s really loud bro!!”

Dapat disimpulkan di sini barangan dari e element bukanlah satu produk yang boleh dipandang remeh. Walaupun produk mereka masih baru dan menawarkan harga yang bujet, kualiti serta “feel” produk terasa premium. Well, I can say that good thing does come in cheap! Selain itu, perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Revoluzion Technologia untuk membeli papan kekunci z 77 element dan tetikus z 7600 amatlah baik dan boleh dipercayai. Untuk ketahui harga dan produk yang disediakan oleh pihak Revoluzion Technologia boleh layari laman facebok Revoluzion Technologia.

….rasa kurang selesa pulak semasa menaip entri ini sambil berada di ruang tamu.. bising weyh!!!!!

eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

Leave a Reply