Skip to main content

Tutorial Cara Menyiar Video “Livestreaming” Di Facebook Dari PC

Baru-baru ini Facebook telah memperkenalkan fungsi terbaru dalam media sosialnya dengan membolehkan pengguna membuat pengstriman video atau “livestreaming” sama ada dari laman profile peribadi atau laman “fanpage”. Pengstriman video boleh dibuat menggunakan telefon mudah alih atau PC anda sendiri. Pada kali ini saya akan kongsikan tutorial membuat video “livestreaming” di Facebook menggunakan PC anda sendiri. “Livestreaming” menggunakan PC ini boleh dilakukan untuk membuat video siaran skrin PC anda atau pun livestream games yang sedang anda main.

 

Aplikasi Merekod Paparan PC – “Open Broadcaster Software” (OBS)

Perkara pertama sebelum menyiar video strim, anda memerlukan aplikasi yang boleh merekod apa yang sedang dipaparkan dalam skrin PC yang anda gunakan. Pelbagai aplikasi di pasaran yang boleh di muat turun namun saya sarankan untuk menggunakan aplikasi OBS kerananya ia adalah percuma dan mudah untuk dikonfigurasi. Anda boleh memuat turun aplikasi OBS dengan pergi ke laman pautan ini. Setelah selesai muat turun, sila teruskan dengan proses installasi aplikasi tersebut di dalam PC anda. Selepas anda selesai dan membuat aplikasi OBS, anda harus membuka aplikasi OBS ini dengan cara “Run as Administrator”.

facebook livestreaming tutorial

Untuk tujuan tutorial kali ini, saya akan tambah satu “scene” baru untuk facebook dengan “right-click” pada kotak “Scenes:” dan pilih “Add Scene” dan berikan nama Facebook.

facebook live streaming tutorial

Kemudian kita akan teruskan dengan membuat konfigurasi untuk pengstriman kita dengan pergi pada ruangan “Settings”

facebook live streaming tutorial

Pada laman pertama konfigurasi “General”, anda boleh memberi nama pada profil konfigurasi ini kepada yang anda mahu seperti yang saya gunakan kali ini adalah “Facebook_Tutorial”. Ini adalah supaya mudah untuk anda menukar konfigurasi di masa hadapan sekiranya anda telah menetapkan banyak sumber untuk memaparkan strim seperti Youtube, Facebook atau Twitch TV.

facebook live streaming tutorial

Laman seterusnya ialah “Encoding”. Di sini anda akan menetapkan kualiti video yang akan dipaparkan di laman video strim Facebook anda. Konfigurasi di sini adalah yang terpenting bagi memastikan kelancaran dan kualiti video yang anda akan hasilkan. Saya sarankan anda mengikut semua tetapan yang saya berikan di bawah ini dan hanya bermain dengan nilai “Max Bitrate”. Sekiranya anda mempunyai kelajuan internet muat naik (“upload”) yang tinggi, anda boleh tinggikan nilai “Max Bitrate” ini, dan begitu juga sebaliknya. Namun saya sarankan anda tidak letak nilai ini terlalu tinggi kerana penonton anda tidak semua mempunyai kualiti internet yang baik. Jika anda letakkan nilai yang tinggi, penonton anda akan mempunyai isu penampan (“buffering”) iaitu video akan tersekat-sekat semasa menonton.

Untuk lebih memahami tetapan “Bitrate” ini boleh teruskan pembacaan anda dalam ruangan forum OBS yang saya pautkan ini.

facebook live streaming tutorial

Untuk laman “Broadcast Settings”, anda perlu menetapkan nilai untuk konfigurasi facebook yang telah disediakan dari laman facebook sendiri. Untuk mendapatkan nilai-nilai ini, sila ikuti langkah yang dibawah. Bagi bahagian yang saya kuningkan itu, adalah tidak penting untuk tujuan pengstriman video. Jadi anda boleh abaikan.

facebook live streaming tutorial

facebook live streaming tutorial

facebook live streaming tutorial

Nilai “Server URL” perlu diisikan pada ruangan “FMS URL” di bawah dan nilai “Stream Key” diisikan pada “Play Path/Stream Key (if any)”.

Jangan tekan “Preview” lagi buat masa ini, teruskan dulu dengan di bawah.

facebook live streaming tutorial

Seterusnya pada laman “Video”, adalah untuk anda tetapkan resolusi yang mahu anda paparkan kepada penonton. Seeloknya anda perlu padankan dengan resolusi skrin komputer anda, namun buat masa ini Facebook hanya menerima video beresolusi 720p.

facebook live streaming tutorial

0.

facebook live streaming tutorial

Saya langkau laman “Hotkeys” kerana ianya tidak begitu penting semasa tetapan asas, jadi kita terus ke laman “Advanced”. Seperti pada namanya, laman ini memerlukan pengetahuan yang tinggi sebelum anda ubah apa-apa. Diingatkan sebarang kerosakan pada barangan PC anda adalah tanggungjawab masing-masing semasa menetapkan nilai pada laman “Advanced” ini. Jadi untuk langkah mudah saya sarankan ikut sahaja nilai yang saya sediakan ini. Untuk ruangan “x264 CPU Preset”, anda boleh pilih mengikut keupayaan CPU masing-masing. Sekiranya anda mempunyai CPU yang baik, anda boleh gunakan nilai yang lagi rendah iaitu faster, fast, medium, slow, slower. Jika CPU anda hanya berkapasiti biasa, saya sarankan anda guna nilai “veryfast” sudah cukup baik.

facebook live streaming tutorial

Secara asasnya anda telah selesai untuk proses “Settings” dan boleh tekan butang “OK” di bahagian bawah.

 

Seterusnya apa yang perlu anda buat adalah menetapkan “Sources” untuk “Scenes” yang ingin dipaparkan untuk penonton. Sebelum itu, anda dikehendaki membuka “game” yang ingin anda main dan siarkan dalam strim. Sebagai contoh saya mengambil “Project Cars”. Setelah “game” tersebut selesai dibuka dan berada di menu utama, anda perlu “right-click” dalam kotak “Sources” dan memilih “Game Capture”. Selesai memberi nama pada “Game Capture” tersebut, anda akan melihat “window” untuk memilih aplikasi mana yang ingin dipaparkan. Sila pilih nama “game” yang telah anda buka tadi, bagi saya, pilih “Project Cars” dan tekan butang “OK”.

facebook live streaming tutorial

facebook live streaming tutorial

Untuk memastikan tetapan anda betul, boleh tekan butang “Preview Stream” dan seharusnya anda boleh nampak video “game” yang anda telah buka tadi. Namun ingin saya ingatkan di sini bahawa kadang kala anda hanya akan nampak hitam sahaya pada paparan ini kerana game tersebut berada dalam paparan penuh atau “fullscreen”. Tapi jangan risau, jika anda telah pilih “game” yang betul dalam “game capture” tadi, pasti penonton anda boleh nampak apa yang ingin dipaparkan setelah anda memulakan strim.

facebook live streaming tutorial

Sebenarnya anda boleh teruskan “Start Streaming” jika anda telah berpuas hati dengan “Preview Stream” sebentar tadi, tapi saya nak serikan sikit video strim kita dengan meletakkan logo.

 

Jadi anda boleh “right-click” lagi pada ruangan “Sources:” dan pilih “Image” dan “browse” pada gambar logo anda. Setelah selesai pilih gambar, boleh tekan OK dan anda akan nampak pada ruangan “Sources:” akan bertambah satu objek. Anda boleh terus tekan “Preview Stream” untuk melihat hasil setelah menambah gambar tadi. Jika anda tak berpuas hati dengan kedudukan logo yang anda telah tambah tadi, anda hanya perlu “right-click” pada “sources” logo tadi dan klik pada “position/size>Move To Top” dan buat langkah yang sama tapi tukar pada “position/size>Move To Right Edge”. Klik pada “Preview Stream” untuk lihat hasilnya.

facebook live streaming tutorial

Setelah berpuas hati dengan hasil “Preview” anda boleh tekan butang “Start Streaming” dan terus pergi semula pada laman Facebook di pelayar web dan tekan “Preview”.

facebook live streaming tutorial

Di laman ini anda boleh masukkan tajuk video, tag dan juga letakkan status yang ini diposkan pada page Facebook anda. Setelah berpuas hati, tekan pada butang “Go Live” dan secara rasminya anda telah “livestreaming” di facebook!
facebook live streaming tutorial

Anda dapat lihat statistik “livestreaming” anda pada skrin seterusnya dan memilih untuk tamatkan strim dengan menekan butan “End Live Video”
facebook live streaming tutorial

Maka dengan ini tamatlah perkongsian saya tentang tutorial untuk menyiar video secara “livestreaming” di facebook menggunakan PC. Saya berharap anda dapat memahami dan kongsikan tutorial ini kepada rakan-rakan. Jangan malu jangan segan untuk bertanya sekiranya ada bahagian yang kurang jelas dan memerlukan lebih penerangan. Terima kasih sudi membaca dan sila layari laman EastbulletdotCom lagi di masa akan datang!

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi – 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

Leave a Reply