Skip to main content
tips menjadi pelajar sains komputer

Tips Menjadi Pelajar Sains Komputer

Awal bulan September adalah waktu untuk pelajar mendaftarkan diri menjadi mahasiswa di universiti masing-masing. Jadi agaknya belum terlewat untuk aku ucapkan selamat menjalani kehidupan sebagai mahasiswa. Dalam penulisan kali ini aku nak kongsikan mengenai tips menjadi seorang pelajar sains komputer. Mungkin juga sebahagian poin yang aku tulis ni boleh je aplikasikan untuk kursus-kursus pengajian lain. Namun aku lebih fokuskan pada bidang sains komputer kerana aku merupakan pelajar lepasan sains komputer dari UPM. Walaupun sudah hampir 3 tahun menghabiskan pengajian sains komputer di UPM, aku cuba untuk kongsikan pendapat aku agar menjadi panduan berguna pada rakan-rakan pelajar yang sedang mengambil jurusan ni. Mungkin juga boleh jadi panduan untuk pelajar lepasan SPM / STPM / Matrikulasi atau diploma yang berminat dengan bidang sains komputer ini.

Kebiasaannya tempoh pengajian sains komputer adalah selama 4 tahun. Itu yang aku lalui semasa belajar di UPM lepas la. Tak pasti sekarang macam mana. Masa aku dulu, 4 tahun, dan ade 8 semester. Kira 1 tahun, ada 2 semester. Pada tahun terakhir semester 7, pelajar dikehendaki menjalani latihan industri atau praktikal di tempat pilihan masing-masing. Tapi aku rasa di UPM dah tukar latihan industri pada tahun akhir, semester akhir rasanya. Semua ni bergantung pada universiti masing-masing dan suka untuk aku ingatkan jangan tanya senior bab ni sebab kadang-kadang lain tahun, lain cara pengajian dia. Namun jarangla universiti tukar-tukar jadual pengajian ni, cuma aku lebih sarankan korang dengar masa taklimat pengajian atau tanya pada mentor/penasihat akademik masing-masing untuk pengesahan. Bila dah jadi mahasiswa ni kene mula rajinkan diri cari maklumat sendiri, jangan terlalu harap di-‘suap’ selalu. Aku akan kongsikan poin aku ni bermula dengan secara umum dahulu, dan lebih spesifik kepada pelajar sains komputer. Jom teruskan membaca tips untuk menjadi pelajar sains komputer yang aku sediakan ni.

1. Fokus Dalam Kelas

Benda ni macam cliche la orang kata. Tapi memang ini la perkara paling penting. Tujuan utama kene fokus dalam kelas ni adalah untuk jimatkan masa sebenarnya. Sebab bila korang dah faham sikit-sikit dalam kelas, bila nak ulang kaji nanti cepat je faham dan ingat. Tak perlu nak belek-belek sangat note and buat carian google. Lagi satu kene la rajin libat diri masa aktiviti dalam kelas. Ada pensyarah bagi latihan, buat sekali. Jangan heboh dengan telefon bimbit dan media sosial korang tu.

2. Jalinkan hubungan dengan pensyarah

Jangan korang fikir lain pulak. Jalinkan hubungan ni maksud aku rapat dan hormatlah pensyarah tu sebaiknya. Ini bukan nak bodek atau ‘kipas’ ke apa. Cuma bila kita dah rapat dengan pensyarah ni, senang nak berkomunikasi dan bertukar-tukar idea. Korang akan lebih selesa bila bincang masalah pembelajaran atau nak bincang masalah peribadi ke kalau pensyarah tu ok la.

3. Lebihkan masa di fakulti dari di bilik

Luangkanlah lebih masa korang kat fakulti dan selesaikan lah segala tugasan yang mana sempat sebelum balik ke bilik. Bagi pelajar sains komputer, fakulti patut jadi tempat lepak paling baik sebab kat situ la ade jaringan internet yang baik dan juga banyak makmal komputer untuk korang guna. Dari korang lepak bilik main game atau tidur ke, baik siapkan dulu tugasan.

4. Luaskan pengajian selain dari apa yang diajar

Kebiasaannya kita akan rasa apa yang telah belajar di kelas memang dah banyak. Dengan pelbagai subjek lagi kene ambil dalam satu semester. Tapi percayalah cakap aku semua tu masih tak cukup untuk korang buat persediaan hadapi dunia sebenar, iaitu dunia pekerjaaan nanti. Jadi jangan la korang harapkan 100% ilmu dari apa yang belajar dalam kelas sahaja. Cubalah masa lapang tu, cari lagi dan belajar ilmu-ilmu yang ada selain dari yang diajar di dalam kelas. Sebagai contoh kalau dalam kelas dah diajar PHP, masa lapang boleh la cari framework yang gunakan php macam Code Igniter ke, atau Laravel.

5. Buat repositori sendiri

Bagi yang tak tahu, repositori ni macam simpanan data la. Dulu time aku belajar repositori online yang aku guna ialah dropbox. Kira aku akan save semua file-file belajar aku dalam tu, dan juga sebarang assignment yang aku dah buat. So ko boleh akses dari mana ko berada, tak perlu la bawak pendrive merata-rata. Dapat jugak la mengelak dari virus komputer. Komputer kat lab banyak virus weyh! Selain tu juga, benda ni boleh jugak jadi portfolio korang untuk interview nanti. Contohnya, korang ada buat tugasan aplikasi telefon, korang boleh upload code tu kat github sebagai repositori dan tunjukkan pada penemuramah korang nanti. Konfem diorang impress! Selain dari repositori data, korang boleh gak la buat simpanan atau rekod video dan upload kat Youtube or Facebook. Ini bertujuan bagi memudahkan perkongsian kerja-kerja yang korang dah buat tu.

6. Tonjolkan diri

Sikap ni yang biasa aku tengok kurang dalam pelajar sains komputer. Tak suka tonjolkan diri. Tonjolkan diri yang aku maksudkan adalah dengan tunjukkan yang korang boleh buat dan jangan takut untuk mencuba. Kalau ade peluang sertai sebarang pertandingan, terus sertai. Jangan rasa malu atau takut nanti korang yang rugi. Selain itu, ini dapat juga jadi satu motivasi diri sendiri untuk menjadi yang terbaik.

7. Jangan cepat mengalah

Jujur aku cakap, pengaturcaraan atau programming is hard! Perkara ni bukan sesuatu yang kita belajar hari ini, esok terus pandai dan boleh buat applikasi dengan mudah. Ia akan mengambil masa dan korang akan hadapi banyak halangan yang kadang-kadang buat rasa nak give up. Give up tu dengan cara, korang terus copy paste code kawan, tak pun cari kata google, terus copy paste tanpa usaha sendiri. Sepatutnya bila dah stuck, sebagai seorang pelajar korang kene keep try an error dan bincang dengan kawan-kawan atau pensyarah. Cuba tengok masalah yang dihadapi from various angle. Nanti bila korang dapat selesaikan sendiri, kepuasan tu jangan citer la. Memang rasa macam dah pro!

8. Jauhi sikap rasis!

Bila dah masuk universiti ni memang kebanyakkannya korang boleh lihat konsep rasis mula berleluasa. Tak macam masa sekolah dulu. Jadi korang tak perlu terjerumus kepada masalah sosial ni dan berkawan la dengan semua orang. Tak perlu lah nak masuk kelas ikut bangsa masing-masing, buat tugasan pun pilih ahli kumpulan bangsa sendiri-sendiri.

9. Hidup bukan hanya untuk belajar, go out and have a fun sometimes

Akhir sekali, janganla korang terlalu fokus pada pelajaran je sampai jadi stress and takde masa buat benda lain. Sometimes bila free, go out with your friends. Pergi mandi sungai ke, makan kat luar ke. Paling tidak pun, main la bola or badminton dengan kawan-kawan korang. Kurang kan stress dan jaga kesihatan! Selain tu dapat juga erat kan silaturahim sesama rakan sekelas.

Aku cuba nak tulis hingga 10 poin bagi cantik sikit, mampu dengan 9 poin perkongsian aku untuk tips menjadi pelajar sains komputer kali ni. Sebarang pertanyaan berkenaan menjadi pelajar sains komputer ni korang boleh la tanya di ruangan komen di bawah. Yang mana aku boleh jawab, aku akan kongsikan pandangan aku.

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

Leave a Reply