Skip to main content
tips nama domain terbaik

Tips Memilih Nama Domain Yang Baik

Domain adalah salah satu elemen yang utama dalam pembinaan blog atau laman web sama ada untuk blog peribadi, portal berita ataupun laman web perniagaan. Proses memilih nama domain terbaik merupakan elemen terpenting untuk menjana pengunjung ke laman web anda. Secara ringkasnya, domain merupakan identiti untuk laman web/blog. Seperti yang diterangkan dalam entri Perbezaan Apa Itu Domain Dan Webhosting, domain terbahagi kepada yang percuma dan berbayar.  Jadi untuk entri ini saya akan kongsikan beberapa tips untuk anda memilih nama domain yang baik untuk laman web/blog.

8 Tips Memilih Nama Domain Terbaik

    1. Guna nama yang menggambarkan anda / jenama

    2. Nama domain menggambarkan identiti anda melalui laman web / blog. Jadi anda haruslah memilih nama domain yang boleh menggambarkan siapa anda. Sebagai contoh saya menggunakan “nickname” sebagai nama domain (eastbullet.com). Mungkin juga boleh gunakan nama anda sendiri seperti naim.com atau firdaus.com. Jika untuk perniagaan, boleh gunakan nama syarikat anda sebagai nama domain.

    3. Pastikan nama domain unik dan masih boleh digunakan

    4. Nama domain pilihan anda mestilah unik dan masih belum wujud dalam dunia maya. Anda boleh cuba menaip nama domain yang anda mahukan di Google untuk melihat sama ada nama tersebut sudah digunakan atau belum. Selain itu, anda boleh gunakan laman instantdomainsearch untuk melihat nama domain yang sedia digunakan.

    5. Target audiens

    6. Audiens untuk laman web/blog anda juga perlu dititikberatkan dalam memilih nama domain. Sekiranya sasaran anda hanya lokal, boleh jadikan bahasa lokal sebagai nama domain contohnya kucingonline.com atau sembangbola.com. Jika anda lebih sasarkan antarabangsa, boleh jadikan bahasa inggeris sebagai nama domain contonya catsonline.com atau footballtalks.com.

    7. Pilih nama domain tanpa aksara istimewa dan bernombor

    8. Untuk mendapatkan nama domain terbaik yang unik. Anda mungkin terfikir untuk tambahkan nombor atau aksara istimewa dalam nama domain. Perkara ini perlu dielakkan kerana ia akan menimbulkan kekeliruan kepada pelawat laman web/blog anda dan juga merumitkan proses pemasaran jika pengunjung ingin menghebahkan nama domain anda kepada kawan-kawan. Sebagai contoh bila nama domain anda pilih ialah capal96.com, kemungkinan bila dihebahkan akan jadi capal69.com atau capal99.com.

    9. Nama domain mudah ringkas dan mudah diingati

    10. Walaupun tujuan utama nama domain adalah untuk penjenamaan, namun tidak semestinya dalam nama domain tersebut anda gunakan untuk menjelaskan tujuan perniagaan / blog anda. Sebagai contoh, tudungonlinejanamaneelofa.com atau beritapolitikdimalaysia.com. Ya, memang nama domain tadi menyatakan jenama / tujuan laman anda. Tapi nama domain terlalu panjang yang pasti menyukarkan pengunjung untuk mengingati nama domain tersebut.

    11. Gunakan .com sebagai “Top Level Domain”

    12. Semakin hari semakin banyak pilihan “Top Level Domain”(TLD) yang ada, sebagai contoh .com, .my, .com.my, .edu, dan .org. Namun sekiranya masih mempunyai pilihan, pastikan nama domain yang anda pilih berakhir dengan .com. Ini kerana kebiasaan pengujung lebih biasa dengan laman web yang berakhir dengan .com untuk kebanyakkan laman web yang terkenal seperti google.com, youtube.com, facebook.com. Sekiranya nama akhir .com telah digunakan pihak lain, anda boleh beralih kepada TLD lokal seperti .my , .id, atau .sg.

    13. Elak ejaan nama domain yang “fancy”

    14. Peredaran zaman membuatkan sesuatu perkataan itu dieja dengan pelbagai hurut walaupun membawa maksud yang sama. Kadang-kadang huruf K diubah menjadi Q, to menjadi 2,dan for menjadi 4. Jadi ejaan nama domain akan menjadi pelik contohnya carabuatduit.com -> carabuatduet.com/carawatwet.com. Pengunjung akan lebih mudah untuk mengingati ejaan nama domain yang betul dari nama yang fancy, kecuali nama tersebut betul-betul ialah jenama/nama syarikat anda.

    15. Anggap pilihan nama domain untuk digunakan selamanya

    16. Sebelum membuat keputusan nama domain terakhir anda, anggaplah nama domain tersebut akan digunakan selama-lamanya. Nama domain itulah yang akan menjadi icon / identiti anda. Ini kerana amatlah rugi jika anda telah membina penjenamaan nama domain untuk dua atau tiga tahun, kemudian tiba-tiba anda mahu ubah kepada nama domain yang lain anda terpaksa ubah semula logo, konten dan beberapa perkara kepada nama domain yang baru.

Diharap selepas membaca artikel ini dalam sedikit sebanyak membantu anda membuat keputusan untuk memilih nama domain terbaik untuk perniagaan atau laman web anda. Apa yang anda perlu buat sekarang adalah segera mendaftarkan nama domain pilihan anda bagi mengelakkan nama anda dirampas oleh orang lain. Semoga berjaya!

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

Leave a Reply