About eastbullet

Nama diberi Naim namun nama samaran eastbullet digunakan. Masih seorang pelajar. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet. Sebarang pertanyaan boleh emelkan pada na_fajr_mcr@yahoo.com

Persatuan, Kelab Dan Aku

Selagi bergelar mahasiswa, pelbagai peluang yang perlu aku ambil untuk memperoleh pengalaman sebelum menempuhi alam pekerjaan. Pada 19 Mac 2012, aku segera mengambil peluang terbesar dalam hidup aku dengan menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM. Ini boleh dikatakan satu peluang untuk “mencantikkan” resume aku. Aku digandingkan dengan 16 orang mahasiswa lain yang sememangnya tiada seorang pun aku betul-betul kenal.

agm pmfsktm upm
Jumaat lepas, 15 Mac 2013, aku membuat Annual General Meeting untuk Persatuan atas arahan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar UPM. Sememangnya AGM tersebut aku rancang dengan penuh gah dan teratur. Namun seperti yang aku selalu ucapkan, benda kalau buat sorang-sorang memang tak jadi. So, AGM lepas berlangsung sama je seperti sebelum ni yang aku lalui. Simple and plain. Nak diikutkan perancangan, aku nak AGM yang ramai-ramai pelajar datang, lepas tu mengundi untuk pilih siapa kepimpinan baru and so on. Tapi impian dan harapan itu terkubur jugak bila pelbagai perkara berlaku last minutes. Ini mungkin juga disebabkan terpaksa postpone tarikh AGM saat-saat terakhir dari 14 Mac kepada 15 Mac 2013. Jadi bila AGM 15 Mac tu macam ramai yang tak tahu.
agm pmfsktm upm
Namun perkara paling menarik berlaku dalam AGM lepas ialah aku dilantik menjadi Timbalan Presiden 1 pula. YES!! Dari Presiden turun ke Timbalan Presiden 1. Mungkin dari kaca mata dalaman akan nampak yang aku nak guidance mereka je. But dari segi tanggungjawab dan peranan still sama iaitu sebagai T. Presiden. Sememangnya sebelum ini aku dah tetapkan pendirian tak mahu aktif dengan persatuan lagi, sebab aku nak beralih pada kelab dan fokus pada competition. Tapi perkara dah berlaku dan aku dah dilantik pun sebagai Timbalan Presiden PMFSKTM sesi 2013/2014.

Mungkin ramai yang tak faham susah payah aku sepanjang setahun pegang jawatan Presiden lepas yang membuatkan aku rasa tak nak teruskan dengan ber-persatuan. Aku adalah “pelajar luar kampus”! That’s means aku duduk rumah aku dan kene travel 30 km dengan motor Modenas GT 128 aku tiap-tiap hari. Dan perkara paling letih bila duduk luar kampus dan ber-persatuan ini adalah meeting! Bila kelas aku dah habis jam 10 pagi, then meeting jam 4 petang. Dalam gap lama tu aku nak duduk mana?? Kalau ade katil nak baring-baring ok la jugak. Ini aku terpaksa melompat-lompat mencari lab kosong untuk tunggu masa untuk meeting. Kadang-kadang hari yang takde kelas, aku kene bergerak ke UPM untuk hadiri meeting je. Memang memenatkan! Aku bukan mengeluh, tapi itu hakikat. Hakikat yang aku dah tak mau lalui lagi untuk setahun mendatang.
agm pmfsktm upm
Sekarang ini aku masih berbelah bahagi dengan jawatan baru yang aku pegang sekarang. Hasrat aku untuk tidak mahu ber-persatuan untuk sesi akan datang nampak semakin kabur. Aku masih lagi di-pertanggungjawab dengan jawatan T.Presiden 1 PMFSKTM. Aku tak pasti mampu lagi tak memikul tanggungjawab ini. Aku takut akhirnya aku akan dibenci sebab tak beri komitmen dan sebagainya…

p/s : maaf pada kawanku Hazim yang kata nak join persatuan kalau aku join.. aku join pun secara tiba-tiba bro.. dan thanks to you jadi photographer semasa AGM..

Review Setahun Bersama Syokhost Webhosting

Tak disangka hari ini menandakan blog EastbulletdotCom mencapai usia 3 tahun. Maknanya sudah dua tahun blog EastbulletdotCom ini bertapak di dunia maya. Kebiasaannya bila blog dah berusia 2 tahun ni, mesti terkenal dah. Bila sebut je “eastbullet”, wahh , mesti ramai orang tau. Macam beautifulnara lah lebih kurang. Malangnya, bukan itu yang berlaku. Hampeh, memang takde pun orang ambil peduli dengan kewujudan blog ni. Biasanya kalau bila blog tu dah tak terkenal, kebanyakkan bloggers akan tutup je blog tersebut dan cuba buat blog baru dengan niche yang baru. Tapi i am not that kind of person. EB buat blog sebab i want to enjoy it. Rasa special bila ada blog sendiri.

Hendak diceritakan sedikit sejarah. Pada tahun pertama, blog EastbulletdotCom ini berhosting dengan syarikat Baitulbytes Webhosting. Satu syarikat yang makin lama, makin berkembang. Namun, disebabkan beberapa pengalaman pahit dua tahun dengan baitulbytes webhosting, EB menukar hosting kepada Syokhost. Diharapkan syokhosting merupakan hosting terbaik di malaysia. Kini, sudah setahun bersama syokhost. Jadi di sini EB ingin berkongsi pengalaman setahun bersama Syokhost Webhosting yang menggunakan tagline, “Murah dan Berkualiti”.

syokhost webhosting

Betul Ke Syokhost Webhosting Yang Murah?

Inilah soalan pertama yang bemain di fikiran bila dilihat pada tagline murah tersebut. Sememangnya EB akui, Syokhost antara webhosting yang murah di malaysia. Baru-baru ini EB renew pakej 2 blog EastbulletdotCom dan renew domain, harganya tidak sampai RM90. Kadang-kadang ada kita pergi mana-mana seminar atau dengar kata-kata orang, bila nak start beli domain dan hosting ni perlu beratus ringgit Tapi dengan syokhost webhosting, tak perlu pun. Dengan RM88 anda boleh dapat 2gb storage dan 50gb bandwidth dengan unlimited email&ftp. Nak diikutkan dengan keadaan blog EastbulletdotCom ni tak perlu pun storage banyak-banyak, tapi disebabkan EB banyak gunakan untuk jadi sub-host untuk assigment dan sebagainya. RM88 ni pun bukanlah pakej webhosting yang termurah. Masih ada yang murah lagi kalau anda mahu.

Betul Ke Syokhost Webhosting Yang Berkualiti?

Selain dari storage dan bandwidth, perkara seterusnya yang menjadi pertanyaan ramai orang adalah kualiti. Kalau kualiti ni biasanya dari beberapa faktor iaitu speed, downtime dan customer services. Ternyata speed server webhosting dari syokhost antara yang terbaik! Dari segi downtime pula, sepanjang setahun ni boleh katakan tak perasan sangat bila downtimenya. Kalau ada pun, memang segera diperbaiki. Perkara seterusnya yang menjadikan syokhost webhosting terbaik adalah customer services. Setakat ni EB dah ada dua web di bawah didaftarkan dan dihost dengan Syokhost. Selain itu, ada juga dalam 5 referrals yang terpikat dengan syokhost. Memang tak disangkal lagi, syokhost adalah webhosting yang berkualiti.

Cadangan Penambahbaikkan

Walaupun pelbagai pujian layak diberikan kepada webhosting malaysia syokhost, EB ada beberapa cadangan agar dapat diketengahkan di masa hadapan.

  1. Pelbagaikan lagi pakej. Buat masa ini pakej utama disediakan ada 5 dan satu pakej mini percubaaan. Perbezaan pakej ini hanyalah dari segi bandwidth dan storage sahaja. Diharap pihak Syokhost dapat pelbagai kepada beberapa bahagian seperti student, school, universiti something like that. Ini mungkin dapat menarik minat pihak organisasi untuk melanggan syokhost sebagai webhost.
  2. Seterusnya, adanya pilihan untuk upgrade kecil-kecillan. Maknanya, boleh la kalau kita nak upgrade storage sahaja ataupun bandwidth je. Macam baru-baru ini EB ingat nak tambat storage je sikit, tapi tak boleh sebab kene upgrade pakej je. Rasa macam membazir je bandwidth besar-besar.

Setelah setahun bersama Syokhost dengan pengalaman yang baik, EB mengambil keputusan untuk continue berada bersama Syokhost setahun lagi. Walaupun pada mulanya ingat nak langgan dua tahun terus, dapat diskaun sikit. Tapi disebabkan kekangan kewangan hujung-hujung semester nih, terpaksa tangguh dulu hasrat tuh. Nak diharapkan duit dari pengiklanan nuffnang nih, sampai tua lah tak dapat nak merasa renew langganan.

Konklusinya, memang best melanggan Syokhost. Sesuai dengan tagline yang diberikan iaitu “Murah dan Berkualiti”. Diharapkan pada tahun baru ini, Syokhost dapat meneruskan kejayaan dan lebih maju ke hadapan. Jadi anda yang ragu-ragu nak pilih webhosting tuh, terus je langgan Syokhost. Memang tak rugi!! Tapi sebelum tu, kene juga tahu perbezaan webhosting dan domain melalui artikel EB tulis ni.

Tahun 2012 Di EastbulletdotCom

Tahun 2012 merupakan tahun yang amat perlahan bagi blog EastbulletdotCom ini. Sepanjang tahun 2012, hanya 30 posts baru yang dibuat, menjadikan total posts kini adalah 129 posts sahaja. Sikit sungguh jika nak dibandingkan tempoh dua tahun blog EastbulletdotCom.

Entri yang paling mendapat banyak komen pada tahun lepas pula adalah entri tutorial iaitu Tutorial Transparent Header Blog Dengan Photoscape. Sememangnya ramai user yang teringin mahu belajar membuat transparent header. Tapi mereka tiada software adobe photoshop, jadi EB berbesar hati berkongsi cara alternatif membuat transparent header dengan software editor percuma seperti Photoscape. Malangnya ramai juga EB lihat cuba mencuri keyword transparent header ini tapi hanya menampilkan tutorial ala kadar sahaja. Kadang-kadang ada yang cuba disampaikan tu tak betul. Berani untuk EB katakan, sungguh jarang orang yang tahu membuat transparent header dengan photoscape. Ini kerana photoscape tidak menyediakan tools untuk membuang background atau cut background gambar. Tidak pasti jika di pihak photoscape sudah melakukan update terhadap perkara ini.

kedai basikal online neocycle

Antara keyword yang menjadi sumber utama traffik ke blog EastbuletdotCom ialah kedai basikal online. Selain itu entri yang agak sensitif mengenai kedai basikal membuatkan ramai yang teringin membacanya iaitu entri Perbandingan Kedai Basikal Melayu dan Kedai Basikal Cina. Kedai basikal online Neocycle mendapat click tertinggi juga dari entri ini. (sedikit kata-kata untuk pemilik blog neocycle, bila nak beralih pada wordpress self-hosting. smart sikit nak buat catalog. macam usj cycles.) Ternyata semakin ramai rakyat Malaysia sudah berminat untuk berbasikal dengan menjadikan berbasikal sebagai hobi. Ini mungkin tempias daripada peningkatan skuad berbasikal negara sama ada di lebuhraya ataupun di trek. Jika di lebuhraya terkenal dengan Anuar Manan, manakala di trek lebih familiar dengan nama Azizulhasni Awang ataupun The Pocket Rocket Man. Pengaruh basikal fixie juga menjadi salah satu faktor membuat ramai remaja mencari basikal jenis fixie ini. Tapi diharap remaja di Malaysia ini tidak membuat gua annoy lagi dengan mereka.

statistik eastbulletdotcom

Traffik blog ini boleh dikatakan lebih didatangi dari search engine iaitu google. Selain itu, Facebook juga menjadi referral kedua tertinggi. Manakala referral dari blogger pula banyaknya datang dari blog Sereniety. Ini semestinya kesan dari Projek Design Header Percuma yang telah EB lakukan satu masa dahulu. Ramai pelawat dari blog Serenity tertarik dengan tawaran yang dipromosikan di blog Sereniety agaknya. Sekiranya ada kelapangan lagi, mungkin projek header percuma itu akan diteruskan.

Visitor pula paling banyak adalah dari negara Malaysia semestinya. Ini adalah memang target reader yang EB sasarkan. Blog EasbulletdotCom ni pun menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa utama. Akibat dari penggunaan bahasa melayu juga, tetamu dari negara jiran ramai yang mendatangi blog EastbulletdotCom. Negara jiran yang dimaksudkan ialah Indonesia. Rasanya satu entri yang menjadi daya penarik adalah entri berkenaan laman web 1Malaysia telah digodam. Harap perkara macam ini tak berlaku lagi di masa hadapan. Kita kan serumpun dan bersaudara.

selamat tahun baru 2013

Kini pada tahun 2013 sememangnya diharapkan blog EastbulletdotCom ini dapat terus menyumbang info dan ilmu yang bermanfaat pada semua. Sebagai penulis blog ini juga,EB harap lebih ramai pengunjung dapat kunjungi blog ini dan hebahkan pada rakan-rakan. Antara perkara yang memberi semangat untuk terus ber-blogging adalah semestinya pengunjung. Selagi ada pengunjung walaupun 20 sahaja sehari, EB akan terus menulis dan berkongsi di sini. Akhirkata, selamat tahun baru kepada yang membaca. Semoga hidup kita akan lebih diberkati dan kita dapat mencapai apa yang dicitakan.

Tutorial Mewarna Lukisan Dengan Adobe Photoshop

Tutorial ini adalah merupakan tutorial kesinambungan dari tutorial melukis menggunakan pen tool dengan adobe photoshop. Setelah belajar melukis, hari ini kita akan belajar mewarna pula dengan adobe photoshop. Tutorial mewarna ini menggunakan langkah yang singkat dan mudah. Mungkin bagi sesiapa yang dah lama ikut tutorial-tutorial di blog eastbuletdotcom ni, rasa macam dah belajar je cara-cara yang ditunjukkan.Baiklah, hasil dari mengikuti tutorial ini adalah seperti di bawah.

tutorial mewarna lukisan

Tutorial Mewarna Lukisan Versi Gambar

Tanpa berlengan lagi, jom ikuti tutorial ini. Harap dapat perhati betul-betul text antara image kerana EB akan tulis sebarang maklumat tambahan di situ.

tutorial mewarna lukisan
Sharpen edge ini dilakukan pada layer outline. Ini supaya outlinenya akan jadi lebih sharp, dan memudahkan tujuan mewarna lukisan.
tutorial mewarna lukisan

tutorial mewarna lukisan
Untuk magic wand tool ini, kadang-kadang akan select benda yang kita tak nak. Contohnya dia akan terselect keseluruhan kawasan. Cara nak atasinya adalah dengan pergi semula pada layer Outline, dan pastikan kawasan tu ditutup dengan betul outlinenya. Guna semula brush dan sambungkan outline yang rasa terputus.
tutorial mewarna lukisan
tutorial mewarna lukisan
Gambar di bawah ini telah ditambah shading dan highlight. EB tak tunjukkan dalam versi gambar sebab susah sikit nak terangkan, dan hasilnya tak berapa kelihatan. Hanya akan ditunjukkan dalam tutorial versi video.
tutorial mewarna lukisan

Amacam? Mudah je kan nak mewarna dengan adobe photoshop ni kan? Antara poin yang penting dalam tutorial mewarna ini adalah :

  • semasa membuat outline, garis putus-putus mungkin akan terkeluar
  • expand selection penting kerana mungkin bila kita warna, warna tersebut tak betul-betul memenuhi ruang yang kita mahu.
  • susunan layer juga penting. Pastikan layer outline berada di paling atas. Selain itu, asingkan layer mengikut warna atau kawasan supaya mudah untuk kita melakukan perubahan di masa hadapan.

Diharap rakan-rakan yang membaca dapat memahami dan mengaplikasi tutorial mewarnakan lukisan dengan adobe photoshop ini. Sebarang kesulitan atau pertanyaan boleh maklumkan dalam komen di bawah. Jangan lupa klik like, +1 ataupun tweet entri ini sebagai tanda sokongan kepada EastbulletdotCom. Teruskan membaca blog EastbulletdotCom untuk lebih info dan tutorial-tutorial yang akan dikongsikan kan. Terima kasih..

tutorial

Tutorial Melukis Menggunakan Pen Tool Adobe Photoshop

Kembali dengan tutorial adobe photoshop di EastbulletdotCom. Kali ini kita akan pelajari cara untuk melukis menggunakan adobe photoshop. Disebabkan EB bukanlah orang yang pandai melukis, biasanya EB akan amik vector image yang ada di google dan manipulate dengan photoshop. Jadi untuk tutorial melukis dengan photoshop ini, kita akan fokus pada penggunaan pen tool. EB juga ada sediakan satu vector image monkey yang diambil dari carian google image.

Sample Monkey Vector

sample monkey vector

Sebelum teruskan dengan tutorial melukis menggunakan pen tool photoshop ini, berikut ialah hasil yang anda akan peroleh jika mengikut tutorial ini satu persatu. Kita buat kepala je dulu ye. Badan nanti anda buat la sampai habis.

tutorial melukis pen tool

Tutorial Melukis Menggunakan Pen Tool Versi Video

Tutorial Melukis Menggunakan Pen Tool Versi Gambar

Untuk melukis menggunakan pen tool ini mungkin agar sukar pada mulanya, terutamanya pada bahagian untuk membuat lengkungan. Harap dapat follow tutorial ni sampai pandai ye!!

tutorial melukis pen tool
tutorial melukis pen tool
tutorial melukis pen tool
tutorial melukis pen tool
tutorial melukis pen tool
tutorial melukis pen tool
tutorial melukis pen tool
tutorial melukis pen tool
tutorial melukis pen tool
tutorial melukis pen tool
tutorial melukis pen tool
tutorial melukis pen tool

Selesai sudah tutorial melukis dengan pen tool adobe photoshop ni. Selepas ni anda boleh teruskan dengan bahagian yang lain-lain atau pun boleh je guna image lain. Kita akan belajar mewarna pulak lepas ni. Tapi kalau rasa nak cuba cara yang lebih kurang sama untuk warnakan gambar, boleh rujuk pada tutorial ubah warna dalam gambar dengan adobe photoshop ni.
Diharapkan anda dapat memahami menggunakan pen tool photoshop untuk melukis. Sekiranya ada mana-mana bahagian yang tidak faham, sila komen di bawah. Jangan lupa untuk like, +1 dan tweet post ini jika kelapangan!! Teruskan membaca dan memberi sokongan pada blog EastbulletdotCom untuk tutorial dan info yang lain. Terima kasih!

tutorial