Skip to main content

Aku Bukan Budak Sekolah Agama

Di senja-senja ahad ni selepas aku terbangun dari tidur, tiba-tiba aku terasa ingin menulis. Terus aku bukak blog dan tercatit la lagi satu entri baru di blog ini.

Sebut pasal budak sekolah agama, macam-macam kita boleh rumuskan. Tudung labuh, pakai kopiah, anak-anak soleh dan solehah, hafal al-Quran dan sebagainya. Ada juga pandangan negatif buat budak sekolah agama ni. Contohnya, dalam sekolah tudung labuh luar baju ketat, suka nasihat orang tapi sendiri tak buat dan pelbagai lagi yg malas aku ulaskan.

aku memang bukan dari sekolah agama. Dulu pernah juga aku terfikir untuk masuk sekolah agama time form 1, tp tak tahu kenapa tak terbuka hati. Walaubagaimanapun, pengetahuan tentang agama aku, takde la terlalu cetek sangat, ini sebab aku selalu bergaul dengan insan yang tinggi pengetahuan agamanya.

aku cukup pantang orang kutuk budak sekolah agama. kerana bila diorang kutuk, macam semua budak sekolah agama ni jahat. Memang aku bukan budak sekolah agama. Tapi kalau dah semua orang yang tahu tentang agama korang kutuk, siapa lagi yang nak dijadikan panduan dalam agama?? ikut hati sendiri tanpa nas-nas yang kukuh..???

Bukan ke lebih baik tutup aib orang. Buat ape nak kutuk budak sekolah agama ni dalam blog, facebook or ape2 benda yang terbuka. Ini akan serba sedikit mempengaruhi kanak-kanak lain untuk bencikan sekolah agama. Lebih baik kita sama-sama terima kelemahan orang tersebut dan menjadikan pengajaran buat diri sendiri.

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

Leave a Reply