Lamanya tidak menulis. Dah macam-macam jadi dengan wordpress aku nih. Mula-mula upgrade ke v3.0, sekarang v3.0.1 pulak. Walaubagaimanapun, perubahan ini tetap menjadikan wordpress satu platform untuk berblog yang terbaik buat semua. Mudah, kemas, dan professional. Ketika ini aku sedang menonton siri American Chopper. Minat tonton siri ni sebab rekabentuk motor yang unik. Selain itu, aku juga minat sangat dengan motosikal. Terdetik dalam hati suatu hari nanti untuk memiliki superbike. Ramai juga kawan-kawan sarankan aku guna moto berkuasa besar. Tapi duit tak reti pulak nak hulur.
Baru-baru ini aku bersama beberapa teman seuniversiti mengadakan satu program di Chenna, Thailand. Program ini pada asalnya dirancang pada bulan Jun lepas, tapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, ditangguh sehingga 31 Julai yang lepas. Dalam program ini aku amat bertuah kerana diberi peluang untuk menjawat jawatan sebagai ketua fasilitator/program. Sesungguhnya memang ini pengalaman pertama aku memegang jawatan sebesar ini. Walaupun sebelum ini pernah terima jawatan hampir sama, tapi ketika itu masih bekerja secara tidak professional. Program yang dijalankan ini pada mulanya dirancang selama 2 hari,2 malam. Tetapi akhirnya dipendekkan kepada 1hari,1 malam sahaja. Memang pening kepala aku nak menyusun semula semua program. Nasib baik memiliki rakan fasi yang hebat-hebat belaka.
Program kami ini lebih menfokuskan kepada kanak-kanak berusia 10-12 tahun. Yang paling uniknya, program kami ini disertai oleh pelajar sekolah “vittaya” dalam bahasa Thai atau “agama” dalam bahasa Melayu. Ada juga antara peserta program yang memakai tudung labuh. aku jadi agak kekok untuk mengendalikan aktiviti pertama kami iaitu “chicken dance”. Tapi aku teruskan juga, ada antara mereka yang bertuduh labuh cuba ikuti tarian secara “sikit2”. Bagi pelajar lain yang tidak bertudung labuh, mengikuti tarian kami dgn penuh keterujaan. Selain itu, perkara paling mengejutkan aku ialah guru-guru atau digelar “ustazah” di sana turut sertai tarian kami. Malah mengalahkan gelagat para peserta sekali. Rasa kekok aku pada awalnya bertukar gembira setelah melihat semua gelagat peserta. Macam-macam lagi aktiviti yang kami langsungkan dalam program tersebut, antaranya explorace dan kolaj.
Di Chenna ini kami hanya hidup dalam penuh kesederhanaan. Kami hanya tidur berlapik “totto” (aku tak tau eja) yang dibentangkan di atas lantai. Tandas pula berasingan dengan blok. Kene berjalan sedikit sebelum dapat mandi dan melaburkan saham BSKL. Mangkuk tandas di sini juga pelik. Konfius aku sama ada tandas itu tandas cangkung atau tandas duduk. Ini kerana bentuk mangkuk seperti tandas cangkung, tp mangkuk yang ditinggikan dalam 5 inchi. Memang satu penyeksaan kalau nak melaburkan saham. Jadi aku cuba untuk kawal pelaburan. Selain itu, tandas mereka juga tiada “flush”, hanya jirus air sahaja.
Macam-macam lagi benda yang aku belajar di sana.
*sangat sedih tak dapat amik sebarang gambar kerana tiada kamera pada masa ini.