Sejak EB dari sekolah menengah, EB selalu didedahkan dengan perkara berkaitan sains, matematik dan fizik. Tidak pernah terlintas di fikiran EB untuk ambil tahu tentang kesusasteraan tidak kiralah sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Ketika di sekolah, EB boleh dikatakan memang berminat dengan sains. Jadi EB ditempatkan di kelas pertama atau kelas yang mengambil bidang sains. Ada juga antara kawan EB yang ingin mengambil bidang sastera terpaksa mengambil bidang sains. Ini kerana jurang yang diwujudkan pihak sekolah antara sastera dan sains.
Apa jurang yang EB maksudkan? Jurang tersebut ialah kelas sains adalah untuk pelajar yang mendapat gred baik, dan kelas sastera adalah untuk pelajar gred rendah. Patutkah perkara ini berlaku? Adakah bidang yang pelajar harus ambil ditentukan berpandukan gred? Dari pentafsiran EB dalam situasi ini, sastera dianggap satu perkara atau kerjaya yang lemah! Mungkin ramai pelajar sekolah lepasan PMR di luar sana yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang sastera. Hajat mereka mungkin akan terganggu akibat persepsi ramai yang menyatakan sastera adalah untuk pelajar lemah. Ditambah pula dengan pembahagian pelajar lemah kepada bidang sastera yang mungkin pelajar itu mempunyai masalah disiplin. Hilang persekitaran belajar yang selesa.
Sepatutnya perkara sebegini tidak harus berlaku. Sastera adalah satu bidang yang memerlukan kreativiti dan daya pemikiran yang tinggi. Sebagai contoh seorang kawan dan juga bekas jiran bilik EB, dia seorang yang amat hebat mencipta sajak, puisi. Namakan apa saja yang berkaitan dengan sastera, memang hebat dia ni. Banyak juga karya dia yang terpapar di majalah, akhbar, malah dalam plat penghargaan!
One thought to “Belajar Sastera Bukan Bererti Anda Lemah”