Bagi siapa yang tengok mengikuti perkembangan Bro Hadi sepajang misi ke LONDON menaiki Modenas GT128, mesti ada terbaca tentang isu tajaan pihak MODENAS iaitu syarikat yang menjual motor Modenas GT128 ni. Setelah isu ini dibangkitkan secara halus dalam rancangan SOAL JAWAB , TV3 baru-baru ni, aku ada terbaca penjelasan panjang lebar ni page FB MODENAS. Antara yang diperkatakan ialah :
–permohonan tajaan terlalu lewat
–pihak MODENAS tidak berurusan terus dengan Bro Hadi tapi dengan pengurusnya
–pengurus bro hadi tak bertanggungjawab
Yang selebihnya korang boleh baca dalam gambar di bawah. Bagi aku, dua-dua pihak ada kesalahan masing-masing. Kalau betullah baru nak mintak sponsor 2-3 hari sebelum event, memanglah susah nak lulus. Kecualilah mintak RM1 – RM10 je. Walaubagaimanapun, even event dah bermula, tak semestinya sponsor tak boleh bagi. Banyak cara ada kalau betul-betul nak sponsor.
Takpe la benda dah jadi.. At least dia dah selamat pergi dan selamat pulang
benda macam ni lah kita kene ambil serius, supaya di masa hadapan tak berlaku lagi..
oh..begitu rupanya..kalau lambat..tak leh kata apa la..
masalah pengurusan yang salah.. mungkin kali pertama..
modenas memang s**l..
aku benci gila dengan modenas..
dah lah motor ntah hapa2..
kualiti macam s**l..
perangai melayu2 yang uruskan modenas pun macam tu jugak!
aku sebagai pemilik modenas tak rasa motor keluaran mereka teruk, bolehlah dibanggakan. cuma mungkin reka bentuk mereka masih lemah. enjin semestinya tiada masalah kerana dari kawasaki..
Motor GT128 memang bagus.. Masih tertanya2 adakah kilang Modenas ini wujud kerana selain GT128 kenapa tumpu pada CT100 dan 115 cc je produk pengeluaran kilangnya. Saya cadangkan Modenas daftar diri juga untuk buat motor atas citatasa pelanggan.. Contah mungkin pelanggan mahu Motor Kapcai berkuasa 250cc keatas ia bukan untuk berlumba tapi sebagai fesyen.. Jadi kilang Modenas boleh ambil tempahan itu mengikut harga kilang modenas sendiri upah tolong pasang enjin dan reka modified.