Skip to main content

Kemasukan Pelajar Baru ke IPTA Ditukar September : Kenapa ?

Mungkin ramai yang dah tau tentang pindaan tarikh IPTA dari bulan Julai ke September ni. Terutama bagi golongan pelajar yang akan pertama kali nak masuk IPTA, matrikulasi, stpm, diploma etc. Bagi pelajar yang sedang dalam pengajian di IPTA, mereka akan berehat selama hampir 5 bulan sebelum menyambung sesi baru. Dan bagi pelajar lepasan STPM akan berehat hampir 9 bulan! Lama tuh berehat.

Kenapa tarikh kemasukan IPTA ni dipinda?

Antara apa yang aku terbaca, ini adalah satu usaha untuk menarik pelajar asing ke universiti tempatan. Bila ramai pelajar asing di Malaysia, pelajar tempatan tak dapat la masuk U. he3! Bukan camtu, bila ramai pelajar asing di Malaysia, taraf universiti Malaysia akan meningkat. Maklumlah, negara Malaysia ni kan lebih menfokuskan global. Tarikh kemasukan pelajar ke IPT ini juga adalah untuk menyelaraskan kalendar akademik Malaysia dengan luar negara kerana pembelajaran ijazah pertama di Malaysia mula lebih awal.

Bila tarikh kemasukan IPT bulan September, makin lamalah berehat. Nak buat apa? Macam-macam boleh buat sebenarnya. Antaranya ambil kursus jangka pendek. Kalau perempuan tu, boleh lah belajar memasak ke, menjahit ke. Selain tu, boleh juga nak ambil kerja sambilan. Dari sini boleh melatih “soft skill” dan mendapat pengalaman. Tapi jangan sampai jadi malas nak belajar sebab dapat pegang duit.

Bagi aku, pindaan tarikh kemasukan IPT ni banyak kelebihan dia. Mungkin akan kelam-kabut dalam tahun pertama ni sebab nak selaras kalendar akademik. Semoga berjayalah tarik lebih ramai pelajar warga asing. Boleh buat isteri nanti. šŸ˜€

kemasukan ke ipta

 


sumber : kosmo , bharian

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

8 thoughts to “Kemasukan Pelajar Baru ke IPTA Ditukar September : Kenapa ?”

    1. mengikut dari artikel akhbar di atas, penukaran tarikh kemasukan ke IPTA ini tidak memberi kesan kepada pelajar lepas SPM. hanya untuk pelajar yang mengambil ijazah pertama..

Leave a Reply