Skip to main content

Kepentingan Sarapan Pagi

Alang-alang hari ini EB terbangun awal pagi. Terdetik untuk EB menulis entri tentang sarapan pagi ni. Sebagai seorang pelajar, masa terasa bergerak begitu pantas. Kecuali ketika di dalam dewan exam, tak tahu nak jawab apa. Biasanya bila bangun pagi untuk solat, pelajar akan tidur semula hingga jam 10 pagi lebih kurang. Itupun kalau takde kelas. Kalau yang ade kelas jam 8 pagi, akan bangun jam 7.30 pagi, lepas tu tergesa-gesa nak ke kelas. Jadi ramai yang tidak sempat, atau malas, atau tiada selera untuk bersarapan. Perkara ini mungkin bukan sahaja berlaku di kalangan pelajar universiti macam EB nih, tapi mungkin berlaku untuk semua orang.

Antara faktor yang EB lihat pelajar di sekitar ini tidak bersarapan ialah :

  • masih tidur lagi tunggu matahari terpacak baru nak bangun
  • lewat bangun dan nak ke kelas, so tak sempat
  • duit dah kering, nak jimat kononnya. So makan sekali je sehari
  • bujet nak diet, so kurangkan makanlah tu.>
  • kedai/makanan susah nak jumpa

Itu yang EB terfikir. Kalau ada yang nak menambah, dialu-alukan. Walaubagaimanapun, EB juga golongan yang bersarapan, namun sarapan yang kurang berkhasiat. Bagi yang mahu diet dan kurangkan makan dengan mengelakkan sarapan pagi adalah salah sama sekali! Satu kajian oleh Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan. Selain itu, kajian di Amerika Syarikat pula ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan. Jadi, amalan mengelak sarapan pagi untuk kurus adalah satu langkah yang kurang bijak.

Antara pemakanan yang boleh diamalkan ketika bersarapan ialah:

  • serat harian
  • bijirin sarapan
  • buah-buahan
  • dan sayur-sayuran.

Tapi bila dah bersarapan tu, janganlah makan sampai tak ingat dunia. Nanti lepas tuh gi kelas, tidur pulak akibat terlalu kenyang.  Selepas ini tiada alasan lagi untuk tidak bersarapan. Banyak makanan di Malaysia ini yang boleh didapati dan berkhasiat. Setakat nak buat bijirin tu, 3 langkah je. Buat air, tuang dalam bijirin, makan! Mudah je.

Sarapan pagi itu penting! Ingat ye!

eastbullet

Eastbullet nama samaran dari nama sebenar Naim. Merupakan seorang pekerja 8 pagi - 5 petang. Meminati bidang IT, coding, photoshop dan games. Meluangkan lebih dari 3 jam menggunakan internet.

Leave a Reply